Let’s travel together.

Terokai Suasana Pasar Malam Cameron Highland

Jom Terokai Aktiviti Malam Best di Cameron Highland

Kredit: Chan Chong Chian
1,072

Pasar Malam Brinchang – Jom Terokai Aktiviti Malam Best di Cameron Highland

Cameron highland merupakan salah satu destinasi pusat peranginan pilihan pelancong rakyat Malaysia terutama dari KL, Selangor, Utara dan Pantai Timur Malaysia. Ini kerana lokasi yang strategik, cuaca yang sejuk dan juga lokasi meraik yang banyak.

Waktu Operasi Pasar Malam
Kredit: Akmal dan Alia

Kos penginapan juga agak berpatutan dan murah berbading lokasi pusat peranginan lain di Semenanjung Malaysia.

Salah satu aktiviti dan lokasi menarik menjadi pilihan adalah Pasar Malam di Brinchang Cameron Highland.

 

Susasana Malam Golden Hill
Kredit: I’M Sam

Lokasi & Waktu Operasi Pasar Malam Cameron Highland

Juga dikenali sebagai Pasar Malam Brinchang atau Pasar Malam Golden Hills, ia terletak betul-betul berhadapan Golden Hills Apartment.

Lokasi Pasar Malam Cameron Brinchang
Kredit: Hank Chen

Pasar Malam Cameron Highland biasanya dibuka pada waktu petang dan beroperasi selama enam jam setiap hari Jumaat dan Sabtu. Ramai pengunjung yang datang lebih awal untuk mencari tempat letak kereta dan menikmati suasana sekitar sebelum bermula aktiviti membeli-belah.

Udang Cameron Golden Hill
Kredit: Pirul Ma

Pasar malam ini berakhir pada pukul 10 malam dan biasanya penuh sesak dengan pengunjung yang ingin menikmati makanan dan membeli barang-barang yang dijual.

Pasar Malam ini beroperasi pada setiap Jumaat dan Sabtu malam, bermula dari jam 5pm hingga ke 11pm.

Pasar-Malam-1
Kredit: Nurul Suzuliyana

Apa Yang Special Kat Pasar Malam Brinchang Ni?

Yang buat pasar malam Brinchang ini hot ada 2 sebab. Pertama, ini sahaja tarikan malam yang ada kat Cameron.

Dan kedua, sebab cuacanya yang sejuk. Jadi kalau makan jagung atau ubi stim panas-panas, mungkin terasa dibawa terbang ke Korea kejap. Memang sangat sesuai untuk dijadikan lokasi percutian bulan madu buat pasangan baru berkahwin dengan bajet yang rendah.

Pasar Malam Brinchang Strawberry
Kredit: norlailyothman7

Pilihan Makanan Pasar Malam Golden Hill

Perkara paling susah untuk membuat keputusan bila ke Cameron Highland adalah penetuan menu makan. Buat anda yang kebuntuan tentang mencari makanan di Cameron Highlands, bolehlah datang ke sini.

Jagung Manis Cameron
Kredit: Chee Ho Wong

Terdapat banyak penjaja yang menyediakan pelbagai jenis makanan. Di pasar malam ini, anda juga boleh mencuba makanan tempatan. Terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh anda cuba di sini. Dari makanan ringan hingga makanan utama, semuanya dijual di sini. Anda juga boleh mencuba teh tarik dan teh herba yang terkenal di Cameron Highlands.

Jalan-Jalan Cameron Highland
Kredit: Chan Chong Chian

Untuk anda yang esoknya nak balik awal pagi, dan tak mahu singgah ke mana-mana dalam perjalanan balik nanti, pasar malam Cameron ini ada buah strawberry dan juga sayur-sayur. Bolehlah jadi tempat tarikan terakhir yang anda singgah sebelum balik nanti. Tapi harga kat sini, tinggi.

Starwberry Cameron Highland
Kredit: Kil

Secara keseluruhannya, pengalaman membeli-belah di Pasar malam Cameron Highland adalah sangat menyeronokkan. Anda boleh mendapat barangan yang unik dan murah. Selain itu, anda juga boleh mencuba makanan tempatan yang sedap. Sesuai untuk dijadikan sebagai tempat berbelanja bagi pelancong yang berkunjung ke Cameron Highland.

Leave A Reply

Your email address will not be published.