Senarai 10 Terbaik Kedai Asam Pedas Melaka.
Isi Kandungan
- 10 Kedai Makan Asam Pedas Melaka Paling Sedap
- 1. Asam Pedas Mona
- 2. Warung Sri Binjai
- 3. Man Asam Pedas
- 4. Restoran Asam Pedas Selera Kampung
- 5. Asam Pedas Asli Kampung Kandang, Melaka
- 6. Asam Pedas Claypot
- 7. Restoran Berkat Salam
- 8. Asam Pedas Power Abang Piee
- 9. Norra Asam Pedas
- 10. Asam Pedas Pak Man
- Apa lagi Jom Kita Pi Makan Asam Melaka
Melaka cukup sinomin dengan terkenalnya masakan asam pedas. Tidak dapat dinafikan bahawa makanan ini menjadi salah satu tarikan pelancong bagi mereka yang datang ke Melaka. Keenakkan asam pedas Melaka sudah menjadi kebanggaan bagi orang-orang Melaka kerana ada yang menyatakan kalau mahu menikmati asam pedas yang sebenar pergilah ke Melaka walaupun asam pedas ni boleh didapati di negeri-negeri lain.
Hampir setiap restoran di Melaka ini menyediakan menu asam pedas sebagai tarikan utama mereka seperti di Bandar Hilir, Kota Laksamana, Klebang, Bukit Cina dan sebagainya. Namun, seperti yang sedia maklum asam pedas terdapat pelbagai versi kerana sudah menjadi trend setiap resipi itu mengikut daerah di Melaka. Ini adalah kerana ia terpulang kepada masing-masing bagaimana untuk menpelbagaikan masakan itu.
10 Kedai Makan Asam Pedas Melaka Paling Sedap
1. Asam Pedas Mona
Antara kedai Asam Pedas Melaka yang tumpuan pelancong adalah Asam Pedas Hajjah Mona.Tempat ini terletak di Taman Kota Laksamana, Melaka.
Selain itu, tempat ini juga dibuka pada waktu sahur di bulan Ramadhan. Oleh itu, sekiranya sesiapa yang ingin menikmati juadah sahur asam pedas boleh datang ke restoran ini. Waktu operasinya yang agak panjang sehingga pukul 5.00 pagi pasti tidak menghampakan sesiapa yang datang daripada jauh.
2. Warung Sri Binjai
Selain Asam Pedas Mona, warung Sri Binjai yang terletak di Cheng juga turut menawarkan Asam Pedas Melaka yang best. Namun warung ini hanya di buka pada waktu makanan tengahari sahaja.
Kedudukan warung ini terletak berhmapiran dengan maybank Cheng. Tanda-tanda warung yang mudah dikenali adalah warung tersebut berhampiran dengan pokok bijai. Alah kalau nak senang nnti boleh tengok ramai orang dekat kedainya.
3. Man Asam Pedas
Kalau dah sampai melaka, jangan lupa untuk singgah kedai Man Asam pedas. Walaupun kedainya tidak nampak gah atau meriah seperti kedai-kedai asam pedas lain di Melaka, asam peasnya juga sedap dan tersenarai dalam senarai asam pedas terbaik Melaka.
Nasi yang digunakan adalah enak, mungkin dari jenis beras yang bermutu tinggi dan yang paling penting kuah asam pedanya adalah terbaik. Kalau nak cuba boleh singgah di Kota Laksamana No. 20 & 20-1, Jalan Tkl 3/7 Seksyen 3 Kota Laksamana, 75200 Malacca, Malaysia. Dah sampai jangan pulak pusing sebab kedainya nampak biasa-biasa, belum cuba belum tahu.
4. Restoran Asam Pedas Selera Kampung
Tambahan lagi, Restoran Asam Pedas Selera Kampung juga adalah salah satu kegemaran pelancong yang datang untuk mencari asam Pedas Melaka. Ia terletak di G2, Jalan PM3, Mahkota Square Bandar Hilir.
Bagi mereka yang sudah penat berjalan menikmati bandar bersejarah bolehlah singgah di restoran ini. Lokasi yang strategik memudahkan anda mencari kedai tersebut kerana ia berada di tengah-tengah bandar.
5. Asam Pedas Asli Kampung Kandang, Melaka
Bagi yang mencari rasa yang asam pedas yang asli, boleh singgah kedai asam pedas yang terletak di Kampung Kandang, Melaka. Keenakkan asam pedas yang asli pasti membuatkan sesiapa yang datang akan menghirup kuahnya selepas nasi sudah habis.
Harga yang berpatutan sudah semestinya membuat anda tersenyum kerana berbaloi dengan apa yang di makan kerana sekiranya kita datang beramai-ramai di kedai tersebut, tuan kedai pasti akan mengenakan harga yang berpatutan.
Tuan kedai yang peramah ketika memberi layanan kepada pelanggan juga turut membuatkan kita berasa gembira ketika berada di situ. Ini membuatkan kita akan berasa dihargai walaupun baru pertama kali bersua.
6. Asam Pedas Claypot
Restoran yang terletak tidak jauh daripada asam pedas Hajjah Mona iaitu Asam Pedas Claypot juga salah satu port makan asam pedas melaka. Walaupun kedua-dua tempat ini terletak berdekatan antara satu sama lain, ia masih juga menjadi tumpuan orang ramai.
Tempat ini juga menyediakan makanan asam pedas secara set iaitu nasi putih,telur masin,timun,sambal belacan dan ketiga-tiga makanan ini sudah mampu menarik selera makan.Malah, tidak dapat dinafikan bahawa tempat ini juga selalu menjadi tempat tumpuan syarikat produksi membuat pengembaraan dan para artis juga selalu datang ke restoran ini.
Terdapat juga live band yang simple oleh anak tempatan disini menjadikan pilihan ramai pelancong. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa restoran ini menjadi perhatian bagi golongan artis juga.Bagi waktu operasi restoran ini adalah di buka pada pukul 6.00 petang hingga 4.00 pagi.
7. Restoran Berkat Salam
Kalau sebut asam pedas ada juga yang gemar makan Asam Pedas tetel. Tetel adalah daging lembut yang bercampur dengan urat, tulang, lemak dan yang seangkatan dengannya sebab itu kalau nak beli kena pandai pilih nanti boleh tercabut gigi nak makan tetel.
Salah satu restoran yang menu paling utama pilihan pelanggan asam Pedas tetel adalah Restoran Berkat Salam. Restoran Berkat Salam yang terletak di Bukit Katil juga adalah salah satu tempat yang popular bagi pengemar asam pedas di Melaka yang yang mencari asam pedas tetel. Restoran ini terletak di Jalan tun Hamzah, Ayer Keroh Melaka.
8. Asam Pedas Power Abang Piee
Asam Pedas Abang Piee turut juga menjadi sebutan kepada para pelancong.Tempat ini terletak di Jalan Puteri Hang Li Poh, Bandar Melaka. Waktu operasi bagi kedai adalah pada pukul 7.00 malam sehingga 3.00 pagi.
Lokasi kedai Asam Pedas Power abang Piee terletak berhampiran depan kubur bersejarah Bukit China dan BSN. Nanti kalau dah sampai sini get ready lah untuk beratur panjang yea sebab memang ramai orang. Dari segi masakan memang ternyata power dan sanga-sangat recommended.
9. Norra Asam Pedas
Bagi mereka yang gemar keadaan yang santai ketika menikmati asam pedas pula, Norra Asam Pedas juga turut menjadi pilihan rata-rata pelancong di Melaka. Gerai ini terletak di medan selera Semabok yang berhampiran dengan tapak pasar malam Semabok.
Ia juga turut menyediakan asam pedas ikan,telur ikan juga. Ini amat sesuai untuk mereka yang ingikan kelainan. Bagi mereka yang datang ke sana pasti tidak akan rasa rugi.
10. Asam Pedas Pak Man
Asam Pedas Pak Man juga adalah salah satu tempat yang sediakan asam pedas yang terbaik seperti ikan sembilang,pari,kembung dan tenggiri. Rasa asam pedas yang disediakan oleh Pak Man sentiasa membuat setiap pelanggan yang datang ke situ sentiasa menambah nasi mereka berikutan kuahnya yang pekat sekali.
Malah,jika terdapat ramai yang berkunjung situ, kita tidak perlu menunggu lama kerana mereka menyediakan servis perkhidmatan yang terbaik sekali. Lokasi tempat ini adalah terletak di Kampung Ujung Pasir. Bagi waktu operasi mereka adalah daripada pkul 8.00 pagi sehingga 7.00 malam.
Apa lagi Jom Kita Pi Makan Asam Melaka
Kami hanya sempat senaraikan 10 sahaja, sebenarnya masih banyak lagi tempat-tempat yang menyediakan asam pedas yang terbaik, namun masih lagi dalam pemerhatian dan bakal menjadi bahan bualan bagi penggemar asam pedas.
Berdasarkan tempat-tempat yang telah disenaraikan, bagi mereka yang menyediakan asam pedas perkara utama yang membuatkan asam pedas tersebut menjadi sedap adalah menggunakan ikan yang segar. Ini adalah kerana secara automatik ikan itu memberi rasa yang sedap dan manis pada masakkan itu.
[…] yang diberikan. (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); Di Melaka terdapat banyak tempat makan best dan juga tempat menarik yang dapat anda lawati dengan membawa ahli keluarga atau sahabat […]
[…] keluarga atau pun bersama rakan-rakan untuk bercuti. Jangan lupa untuk singgah dan mencuba keenakan Asam Pedas Melaka bila dah sampai […]
[…] Senarai penuh Kedai Asam Pedas Terbaik Melaka boleh rujuk posting Senarai 10 Terbaik Kedai Asam Pedas Melaka yang kami kongsi sebelum […]
[…] di Kampung Pandan Kuala Lumpur. Restoran ini menjadi tarikan utama kerana menyediakan masakan asam pedas yang sangat […]
[…] || []).push({}); Antara menu popular ialah pisang cheese, coconut shake, burger bakar dan asam pedas. Ghadong Kopitiam ini terletak di Batu 71/2, Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson. Harga […]