Let’s travel together.

18 Tempat Percutian di Terengganu – Sempena 2017 Tahun Melawat Terengganu

Sumber: Google
841

Ingin bercuti ke Terengganu? Mencari tempat percutian di Terengganu? Bersempena Visit Beautiful Terengganu 2017 (2016 merupakan tahun melawat Kelantan), banyak lokasi yang menarik ada di Terengganu Darul Iman ini. Terengganu mempunyai tempat yang cantik, budaya yang menarik, orangnya yang baik-baik.

Tempat percutian di Terengganu
Sumber: Google

Negeri Terengganu bukan sahaja kaya dengan hasil laut malah ianya sebuah destinasi pelancongan yang cukup lengkap dengan pelbagai tempat menarik. Bukan setakat itu, negeri ini juga turut kaya dengan warisan tradisional yang dijaga dengan baik sekali, memang sesuai untuk dilawati kerana terdapat banyak tempat percutian di Terengganu yang unik. Memang rugi kalau anda dan keluarga tidak datang untuk melihat dengan mata sendiri peninggalan bersejarah yang terdapat di sini.

Yang syoknya lagi, di sini anda dapat melihat bermacam gaya hasil-hasil seni fabrik warisan kebangsaan, mana taknya, di negeri inilah batik dan sutera banyak dihasilkan. Selain tempat menarik makanan tradisionalnya pun menjadi daya tarikan disini.



Sekiranya anda merancang perjalanan ke Terengganu nanti selain ke pulau-pulau, di sini ada beberapa tempat menarik di Kuala Terengganu beserta lokasi-lokasi yang perlu anda lawati di negeri ini.

18 TEMPAT PERCUTIAN DI TERENGGANU

1. Pantai Batu Buruk

Tempat percutian di Terengganu Pantai Batu BurokTerletak di Bandar Kuala Terengganu dan berhampiran dengan Hospital Sultanah Nur Zahirah, pantai ini sangat terkenal dengan kemeriahannya. Di sekitar pantai ini juga terdapat banyak tempat makan bukan sahaja restoran-restoran makanan segera, malahan masakan enak hasil laut Terengganu juga banyak. Kalau anda teringin nak makan ikan celup tepung, keropok, sate ikan dan bermacam lagi, datanglah ke Pantai Batu Buruk ini. Disini juga anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti menaiki kuda dan terdapat juga buaian untuk kemudahan pengungjung.

2. Pasar Payang

Tempat percutian di Terengganu Pasar Payang

Mencari cenderahati dari Terengganu terdapat bermacam produk yang dijual di sini seperti sutera, songket, batik, periuk belanga, makanan, keropok, rempah-rempah dan banyak lagi. Sebuah pasar yang sangat besar dan amat terkenal dalam kalangan pelancong. Kalau anda nak membawa pulang buah tangan hasil Terengganu datanglah ke Pasar Besar Kedai Payang.

3. Desa Murni

Tempat percutian di Terengganu Desa MurniDesa Murni merupakan lokasi membeli-belah pakaian dengan mempunyai bermacam-macam jenis rekaan kain batik, kain pasang, baju melayu, telekung dan kain pelikat. Ia juga boleh dikatakan sebagai syurga membeli-belah bagi wanita kerana di sini juga menempatkan beribu-ribu pilihan tudung muslimah kerana Desa Murni juga turut dikenali sebagai pusat tudung muslimah terbesar di pantai timur.

4. Kompleks Kraf Noor Arfa

Tempat percutian di Terengganu Noor Arfa

Kompleks Kraf Noor Arfa ini merupakan lokasi yang sangat menarik untuk dilawati untuk sesiapa yang sukakan pelbagai ukiran yang cantik seperti batik. Seni bina tempat ini yang memiliki reka bentuk tradisional Terengganu menjadikan tempat ini lagi cantik dan menarik untuk dikunjungi.

Sebuah lokasi yang perlu dilawati untuk mengenali dan melihat dengan lebih dekat lagi keindahan dan keunikan seni batik di Malaysia dan wajib dimasukkan di dalam senarai tempat percutian di Terengganu.  Yang menariknya lagi, anda boleh membeli secara borong batik-batik di sini. Terdapat juga kraftangan lain yang dipamerkan di sini seperti anyaman, ukiran kaca dan wau.

5. Pusat Budaya Kraf Terengganu

Tempat percutian di Terengganu Pusat Budaya

Berada di tempat Perindustrian Chendering, di sini anda bersama keluarga dapat mengenali dengan lebih dekat hasil kraftangan Terengganu seperti ukiran kayu, produk tembaga, pembuatan songket, sarong, sutera dan banyak lagi.

Anda juga boleh membuat tempahan khas produk kraftangan mengikut citarasa anda sendiri. Apa salahnyakan untuk membawa pulang sesuatu yang istimewa sekali-sekala datang ke Terengganu.

6. Masjid Kristal

Masjid Kristal Tempat percutian di Terengganu

Masjid Kristal yang dibina berdekatan dengan Taman Tamadun Islam juga merupakan tempat menarik yang menjadi tarikan pelancong untuk datang ke sini. Tidak lengkap sekiranya datang ke Terengganu tapi tidak datang ke sini. Masjid yang terletak di Pulau Wan Man ini dibina menggunakan hanya besi, kristal dan kaca.



Reka bentuk yang unik dan sangat cantik menarik minat pelancong untuk datang ke sini dan menjadi terkenal di seluruh dunia. Waktu terbaik untuk menangkap gambar masjid ini adalah pada waktu matahari terbenam kerana cahaya matahari yang cantik pada waktu itu akan terpancar pada sekeliling masjid ini yang dibuat daripada material yang memantulkan cahaya.

7. River Cruise Taman Tamadun Islam

River Cruise Tempat percutian di Terengganu

Selain daripada melihat replika-replika yang ada Taman Tamadun Islam ini, pelancong juga boleh melihat permandangan yang indah melalui menyusuri sungai di Pulau Wan Man dengan menaiki bot sambil melihat pemandangan Masjid Kristal dan Taj Mahal dari sudut yang indah di dalam air.

Masa yang diambil dalam perjalanan menaiki bot cruising ini adalah sekitar 45 minit. Antara destinasi yang dilalui oleh bot dari TTI ini adalah Muzium Negeri, Pulau Sekati, Pulau Haji Siah, Pulau Api, Seberang Takir, Pulau Duyung, Pulau Warisan dan banyak lagi.

8. Taman Tamadun Islam

Tempat percutian di Terengganu Taman Tamadun

Taman Tamadun islam merupakan salah satu tempat meraik di Terengganu yang sangat menarik untuk dilawati dan pasti akan datang kesini bila anda datang melancong ke Terengganu.

Disini terdapatnya pelbagai rekaan bangunan yang terkenal dalam dunia islam yang pasti anda boleh lihat bila datang kesini. Taman Tamadun Islam menampilkan 21 replika bangunan yang dibina disini seperti Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Kubah As Sakhrah, Kota Lama Islam Aleppo, Istana Alhambra dan banyak lagi.

Sebuah lokasi yang menarik untuk menambahkan ilmu pengetahuan pelancong tentang Islam yang bukan sahaja membawa kesejahteraan malahan kemajuan dalam pelbagai aspek.

9. Bukit Besar

Tempat percutian di Terengganu Bukit BesarBukit Besar merupakan salah satu lokasi yang terletaknya di Kuala Terengganu dan berdekatan dengan laluan untuk pergi ke Taman Tamadun Islam. Disini terdapatnya tulisan ikonik di Terengganu iaitu ‘Allah Peliharakanlah Terengganu.’ Ramai yang datang ke Bukit Besar sebagai destinasi untuk berekreasi dengan cara berjalan mendaki ke atas bukit ini untuk menikmati keindahan Terengganu dari puncaknya. Bila berada di puncak anda akan dapat melihat Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam dan kecantikan Sungai Terengganu dari sini.

10. Istana Maziah

Bukit-Puteri-and-Istana-Maziah
Gambar Sumber anjungsantai.com

Sekiranya datang ke Terengganu dan ingin melawat atau melihat istana, anda boleh melawat ke Istana Maziah. Istana Maziah merupakan tempat rasmi bagi Sultan Terengganu, lokasinya adalah di kaki Bukit Puteri. Batu asas istana ini diletakkan pada tahun 1895.



Di hadapan istana ini terdapat Dataran Maziah yang merupakan taman mini yang dihias dengan indah. Jadi bila anda datang ke Terengganu bawalah keluarga anda ke sini untuk melihat keindahan istana ini dengan lebih dekat lagi.

11. Masjid Tengku Tengah Zahara (Masjid Terapung)

Masjid Tengku Tengah Zaharah
Sumber dari naeltrg.blogspot.my

Masjid ini terletak berhampiran dengan pantai menjadikan lokasi pilihan pengunjung untuk datang ke sini untuk melihat keindahan pemandangan yang ada disini. Terengganu memang mempunyai banyak binaan masjid yang cantik, masjid ini adalah salah satu darinya.

Masjid Terapung ini diberikan nama sedemikian kerana dari jauh masjid ini seolah-olah terapung di atas air. Masjid ini memiliki ciri-ciri reka bentuk islam dan tempatan. Datanglah ke sini untuk menikmati kecantikan masjid ini ditemani dengan angin laut yang tenang.

12. Bot Penambang di Dataran Shahbandar

Tempat percutian di Terengganu Shahbandar

Selain di Taman Tamadun Islam di sini juga anda boleh merasai menaiki bot, anda boleh menaiki bot disini untuk ke Seberang Takir dan melihat perkampungan nelayan dengan lebih dekat lagi dan kalau dah puas berjalan, boleh pekena kopi di kedai kopi yang terdapat di sini.

13. Masjid Abidin

Tempat percutian di Terengganu MasjidMasjid Abidin yang juga digelar sebagai Masjid Besar atau Masjid Putih ini merupakan masjid yang tertua di Terengganu yang mula dibina pada tahun 1793 oleh Sultan Zainal Abidin II. Bangunan yang asalnya daripada kayu ini telah diubah kepada bangunan batu pada tahun 1852 dan banyak lagi penambahbaikan yang telah dilaksanakan sehingga ia menjadi sebuah masjid yang besar.

Berhampiran masjid ini juga terdapat Makam DiRaja yang lama. Masjid ini juga terletak berhampiran dengan pantai menjadikan lokasi pilihan pengunjung untuk datang ke sini untuk melihat keindahan pemandangan yang ada disini.

14. Tasik kenyir

Tempat percutian di Terengganu Tasik Kenyir

Tasik kenyir juga menjadi pilihan pelancong bila mereka bercuti ke Terengganu, Tasik Kenyir merupakan tempat percutian di Terengganu yang terletak di kawasan barat daerah Hulu Terengganu adalah tasik yang terhasil daripada pembinaan Empangan Kenyir pada tahun 1985.



Antara tarikan ada di sini adalah Kenyir Waterpark, Taman Santuari Kelah, Air Terjun Langsir, Kenyir Elephant Village (KEV) dan banyak lagi. Disini anda boleh merasai tidur diatas bot yang seperti berada diatas rumah.

15. Rantau Abang

Tempat percutian di Terengganu Rantau Abang

Sebut saja Rantau Abang mesti ramai pelancong kenal tempat ini, salah satu pantai yang sangat cantik dan yang popular di Terengganu. Pantai Rantau Abang yang terletak 62 km dari bandar Kuala Terengganu dan 17 km dari bandar Dungun. Sebuah lokasi yang terkenal dengan tempat penyu bertelur, jadi bila datang ke sini anda boleh melihat anak-anak penyu.

16. Muzium Terengganu

Tempat percutian di Terengganu Muzium

Hendak tahu tentang sejarah-sejarah boleh datang ke Muzium Negeri Terengganu yang dibina seperti istana kayu lama ini adalah antara muzium yang terbesar di Asia. Salah satu tempat yang menarik untuk datang bersama keluarga. Ramai yang tidak tahu bahawa muzium Terengganu merupakan salah satu destinasi tempat percutian di Terengganu.

17. Pulau Warisan

Tempat percutian di Terengganu Pulau Warisan

Pulau Warisan juga menjadi pilihan pelancong bila datang ke Terengganu, lokasi tempat percutian di Terengganu ini yang kelihatan seperti I-City di Shah Alam dengan lampu-lampu pokoknya yang berwarna-warni menjadikan pemandangan disini lebih menarik dan cantik. Disini juga sangat sesuai untuk anda yang sukakan kawasan santai sambil melihat pemandangan yang menarik disini.

18. Kampung China (China Town)

Tempat percutian di Terengganu Kampung China

Salah satu lokasi yang menjadi pilihan sesiapa sahaja bila datang ke Terengganu tempat yang sangat sesuai untuk berfotografi. Kampung Cina ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti kedai cenderamata, kedai kopi, pejabat, kedai pakaian, restoran dan pelbagai lagi.

Tempat percutian di Terengganu Kampung CInaKesemua yang terdapat di sini masih mengekalkan tradisi warisan Cina terdahulu. Jika berada di sini, perhatikan keunikan struktur bangunan lama yang masih elok dan antik. Ada sahaja hasil seni yang menarik perhatian dengan warna-warninya di setiap lorong di celah deretan kedai. Seni lukisan yang dihasilkan di China Town ini juga terbahagi kepada beberapa bahagian berbeza seperti Lorong Warisan Dunia, Lorong Kenangan, Lorong Penyu dan lain-lain.

1 Comment
  1. […] kan. Semestinya ramai yang tertanya-tanya dimana tempat makan best di Kuala Terengganu. Sememangnya Negeri Terengganu kaya dengan pelbagai jenis makanan lain yang juga tidak kurang sedapnya. Selain itu juga, negeri […]

Leave A Reply

Your email address will not be published.