Let’s travel together.

Senarai 11 Tempat Menarik Di Serawak

Photo Kredit : yummytravel.de
983

Bagi anda yang ingin mencari destinasi untuk bercuti di Borneo anda bolehlah menjadikan Sarawak sebagai lokasi percutian anda kerana banyak tempat menarik di Serawak ini mempunyai banyak keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Bagi sesiapa yang ingin mencari ketenangan dengan menyelami keindahan alam semulajadi, inilah tempat yang sangat sesuai untuk anda lawati.

Tempat Menarik di Serawak

Negeri Sarawak merupakan sebuah negeri yang terbesar di Malaysia yang bertempat di Kepulauan Borneo bersama-sama dengan Negeri Sabah dan Brunei. Keindahan flora dan fauna di sini memang berjaya menarik ramai pelancong dari dalam mahupun luar negara di samping permukaan muka buminya menjadikan ia sebuah negeri yang kaya dengan ribuan spesies tumbuhan dan haiwan.

Tempat – Tempat Menarik Di Serawak – 11 Lokasi Popular Yang Best

Penduduk di negeri ini juga masih mengekalkan gaya hidup tradisional dan sudah semestinya apabila anda sampai ke sini anda akan dapat pelajari kepelbagaian etnik yang ada di negeri ini.



Sambil bercuti boleh anda meningkatkan pengetahuan negeri Sarawak ini. Jadi mari kita senaraikan beberapa tempat menarik di Serawak yang wajib anda lawati semasa melancong ke Bumi Kenyalang ini.

11. Taman Negara Niah

Signboard Taman Negara Niah

Taman Negara Niah merupakan salah satu tempat menarik di Serawak yang popular ini kerana taman ini memiliki sebuah gua yang termasyur di dunia di mana penemuan sejarah dunia ditemui di dalam gua ini.

Pakar arkeologi telah menjumpai pelbagai bukti kewujudan awal kehidupan manusia di Asia Tenggara di sini. Antara barang penemuan ialah lukisan batu, kayak kecil seperti keranda dan fosil manusia.

Niah Tempat Menarik di Serawak

Selain daripada anda melihat sejarah di dalam gua ini, banyak aktiviti yang boleh anda sekeluarga lakukan di sini antaranya jungle trekking, melawat Traders Cave, Rumah Chang dan banyak lagi aktiviti menarik yang anda boleh cuba di sini.



Apabila anda ke taman ini pastikan anda membawa lampu suluh, baju hujan atau payung, kasut dan berpakaian sesuai untuk mendaki. Bagi sesiapa yang memang rasa nak melawat ke sini anda Cuma perlu bayar RM10 sahaja.

10.  Muzium Tekstil

Muzium Tekstil Tempat Menarik di Sarawak
Photo Kredit : sarawaktourism.com

Selain itu juga, anda boleh juga  ke Muzium Tekstil yang terletak di Jalan Tun Abang Haji Openg, Kuching. Di sini anda akan dapat melihat seni bina yang sangat unik hasil gabungan pengaruh Renaissance Inggeris dan Penjajah British.

Muzium Tekstil Serawak
Photo Kredit : sarawaktourism.com

Pada awalnya bangunan ini dijadikan sebagai pusat perubatan dan seterusnya sebagai Pejabat Jabatan Pendidikan. Dan akhirnya muzium ini dibuka kepada orang ramai pada tahun 2000.Di sini anda boleh melihat bagaimana tekstil- tekstil Sarawak dibuat di dalam Muzium ini.

Sarawak Muzium tekstil Serawak
Photo Kredit : sarawaktourism.com

Koleksi tekstil dan pakaian di sini dihasilkan sendiri oleh etnik masyarakat Sarawak. Bayaran masuk adalah percuma dan anda boleh berkunjung ke sini pada hari Isnin sehingga Jumaat dari jam 9 pagi sehingga 4 petang.

9. Rumah Panjang Annah Rais Bidayuh

Rumah Panjang Annah Rais Bidayuh
Photo Kredit : bestwaykuchingtour.blogspot.my

Seterusnya anda juga boleh menikmati keunikan penduduk negeri ini apabila anda melawat ke Rumah Panjang Annah Rais Bidayuh. Negeri Sarawak memang terkenal dengan keunikannya terutamanya rumah panjang yang sering menjadi simbolik di sini.

Rumah Panjang Serawak
Photo Kredit : www.longhouseadventure.com

Rumah Panjang ini terletak di kaki bukit Borneo Highland dan di sini anda akan dapat melihat kehidupan masyarakat Bidayuh. Pada awalnya rumah ini diwujudkan bagi mengelakkan ancaman penyamun yang mana dapat memudahkan mereka berkumpul untuk menentang penyamun.



Rumah panjang ini merupakan rumah panjang yang paling panjang di negeri Sarawak ini. Di sini juga anda boleh melawat kolam air panas.  Rumah Panjang ini terletak di Padawan, Siburan ,Sarawak.

8. Tugu Kuching

Tugu Kuching Menarik di Serawak
Photo Kredit : hasnyjalil.com

Selain Itu Tugu Kuching juga antara tempat menarik yang boleh anda lawati apabila berkunjung ke Sarawak. Tugu ini mewujudkan suasana yang unik kepada negeri Sarawak dan memang tak sah jika anda tidak bergambar untuk menjadikan ia sebagai satu memori yang terbaik sewaktu melancong ke sini.



Anda juga boleh membeli belah apabila sampai ke sini kerana tugu ini terletak berhadapan dengan pusat membeli belah. Simbolik kucing ini wujud kerana pada zaman dahulu terdapat banyak kucing hutan yang wujud di sekitar sungai di kawasan tersebut.

7. Taman Orkid Kuching

Taman Orkid Kuching Menarik di Serawak
photo kredit : ayards.blogspot.my

Bagi peminat bunga – bungaan anda jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri kecantikan bunga orkid di negeri ini. Taman Orkid Kuching yang bertempat di seberang sungai dari Waterfront menjadi satu tarikan terpenting di kawasan ini.

Taman Orkid Kuching Menarik di Sarawak
Photo Kredit : mysarawak2.blogspot.my

Anda boleh menaiki bot kayu yang juga dipanggil sebagai Penampang untuk ke taman ini. Anda juga dibenarkan mengambil gambar di sini jadi jangan lupa bawa kamera ya. Untuk masuk ke Taman Orkid ini anda tidak perlu mengeluarkan duit kerana ia adalah percuma dan dibuka setiap hari kecuali hari Isnin.

6. Taman Buaya Jong

Taman Buaya Jong Serawak
Photo Kredit : jongscrocodile.com

Taman Buaya Jong adalah yang terbesar di Malaysia, terdapat lebih seribu ekor buaya yang ada di sini. Di sini anda boleh melihat aksi buaya menyambar bangkai ayam yang di letakkan pada tali rentang pada waktu makan mereka.

Taman Buaya Jong menarik di serawak
Photo Kredit : jongscrocodile.com

Anda juga boleh melawat mini zoo untuk melihat haiwan seperti monyet, ular sawa, musang dan banyak lagi. Bayaran masuk adalah RM22 bagi orang dewasa dan RM 11 bagi kanak –kanak.

5. Hutan Simpan Semenggoh

Hutan Simpan Semenggoh

Hutan Simpan Semenggoh yang terletak di Jalan Puncak Borneo juga antara satu tarikan kerana di sini anda boleh melihat Orang Utan yang diberikan latihan oleh ranjer –ranjer untuk hidup di dalam hutan sebelum dilepaskan ke hutan .



Bayaran masuk hanyalah RM10 sahaja da waktu operasinya pula pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula dari jam 8 pagi sehingga 4.45 petang.  Anda boleh melihat keletah orang utan pada waktu makan mereka.

4. Masjid Jamek Kuching

Masjid Jamek Kuching

Anda jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri seni bina Masjid Jamek Kuching yang terletak di Petra Jaya Kuching. Masjid ini digelar Masjid Lama Negeri Sarawak dan merupakan masjid pertama yang dibina di Sarawak pada tahun 1847.

Masjid Jamek Kuching Serawak
Photo Kredit : flickr.com

Sewaktu pembinaannya masjid ini diperbuat daripada papan dan atapnya pula daripada kayu bulan dan kini masjid ini diperbaharui dengan dindingnya berwarna merah jambu dan kubahnya keemasan. Jadi bagi orang Islam anda bolehlah melihat kecantikan masjid ini apabila melawat ke sini.

3. Taman Negara Gunung Gading

Taman Negara Gunung Gading
Photo Kredit : sarawakiana.net

Taman Negara Gunung Gading adalah tempat pemuliharaan Rafflesia yang dijalankan secara tertutup tetapi Jabatan Taman Negara mula membukanya untuk orang ramai melihat sendiri khazanah alam dengan lebih dekat lagi.

Taman Negara Gunung Gading Serawak
Photo Kredit : alexanderleong.blogspot.my

Bunga ini biasanya akan berkembang besar apabila musim hujan. Bayaran masuk yang diperuntukkan adalah RM20 sahaja. Di sini anda juga boleh melihat pemandangan di Bandar Lundu.

2. Kuching Wetlands National Park

Menarik Kuching Wetlands National Park Serawak
Photo Kredit : visit-malaysia.com

Kuching Wetlands National Park juga merupakan taman yang terdiri daripada laut, pantai dan ekosistem air tawar. Di sini anda boleh melihat pelbagai jenis binatang liar di kawasan berpaya bukau seperti helang laut buaya dan proboscis monkey.

Kuching Wetlands National Park
Photo Kredit : yummytravel.de

Kawasan ni juga berdekatan dengan muara sungai Salah dan Laut Sibu. Anda perlu menaiki bot untuk sampai ke taman ini dan anda akan dibantu oleh pemandu pelancong.

1. Taman Negara Kubah

Taman Negara Kubah Serawak
Photo Kredit : sharingakianamiko.blogspot.my

Seterusnya ialah Taman Negara Kubah yang memiliki banyak tarikan seperti gunung, paya bakau, dan pelbagai jenis binatang. Taman ini terletak di Jalan Lundu – SampadI Kuching.

Taman Negara Kubah Sarawak
Photo Kredit : sharingakianamiko.blogspot.my

Bagi sesiapa yang sukakan aktiviti lasak anda boleh melakukan aktiviti jungle trekking, dan macam – macam lagi. Anda juga boleh bermandi -manda di sini kerana air terjun yang ada di sini. Fairy Cave & Wind Cave atau juga digelar Gua Pari – Pari ini merupakan satu nama yang unik kerana ia diambil sempena bentuk batu stalagmite yang terletak di bahagian pintu masuk gua.

Taman Negara Kubah Sarawak
Photo Kredit : sharingakianamiko.blogspot.my

Terdapat banyak tangga yang disediakan untuk menaiki gua ini. Bagi sesiapa yang rasa tak mampu untuk menaiki tangga yang banyak, anda tunggu sahaja di bawah. Laluan di dalam gua adalah gelap dan anda perlu membawa sendiri lampu suluh.



Bayaran masuk bagi orang dewasa ialah RM 3 dan untuk kanak- kanak hanya RM1.50 sahaja. Waktu operasinya pula dari jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang dan dibuka pada setiap hari.

Jangan Lupa Singgah Tempat Menarik Di Serawak Ini, Pengalaman Anda Pasti Berbeza

Akhir sekali, masih banyak lagi tempat menarik di Serawak yang boleh anda kunjung sewaktu melancong ke Sarawak ini. Memang tidak dinafikan anda pasti akan berpuas hati dengan setiap tempat menarik di Serawak ini kerana ia menjanjikan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan yang paling seronoknya ialah anda dapat melihat sendiri keunikan etnik – etnik yang ada di negeri ini.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menjadikan negeri Sarawak ini sebagai salah satu pilihan anda sekeluarga untuk bercuti.

1 Comment
  1. […] tekanan anda ditempat kerja disamping dapat meluangkan masa bersama keluarga tersayang? Kuching, Sarawak adalah tempat yang paling menarik untuk anda lawati kerana terdapat pelbagai tempat menarik di […]

Leave A Reply

Your email address will not be published.