Let’s travel together.

 11 Tempat Menarik Di Sabah Yang Mesti Anda Dilawati

1,563

Negeri di bawah bayu itulah gelaran yang diberikan kepada negeri Sabah kerana negeri ini sangat kaya dengan muka buminya yang bergunung – ganang, berhutan mekar dan dikelilingi Laut Sulu di bahagian timur lautnya, Laut China Selatan pula di bahagian pantai baratnya. Maka tidak hairanlah terdapat banyak tempat menarik di Sabah yang sentiasa menjadi pilihan destinasi pelancongan penduduk tempatan mahupun pelancong dari luar negara.

Mabul Tempat Menarik di Sabah

11 Tempat Menarik di Sabah Yang Mesti Anda Lawati

Negeri ini sangat kaya dengan keindahan dan keunikan alam semula jadi dan banyak aktiviti yang boleh dilakukan di negeri Sabah ini. Jadi mari kita tinjau beberapa tempat menarik di Sabah yang sentiasa menjadi perhatian orang ramai untuk berkunjung di sini. Negeri ini juga menyumbang kepada perkembangan pelancongan di negara ini.

11. Pulau Manukan

Pulau Manukan merupakan tempat pelancongan yang berjaya menarik ramai orang untuk berkunjung ke Sabah.

Pulau Manukan Tempat Menarik di Sabah

Pulau ini merupakan pulau ke-2 yang terbesar di Taman Marin Tunku Abdul Rahman dan ia menjadi destinasi pilihan ramai pelancong kerana tempatnya sangat tenang dengan air laut yang tenang dan sangat selamat untuk sesiapa sahaja termasuklah kanak – kanak.

Pulau Manukan Sabah
Sumber Gambar: kinabaluhomestay.wordpress.com

Pulau ini jenis berhutan di mana anda boleh bersantai di bawah rimbunan pokok sambil menikmati udara segar di sini. Antara aktiviti yang terkenal di sini ialah snorkelling. Hal ini kerana kawasan laut yang dalam sedikit dan berdekatan dengan jati.



Anda juga boleh menajamkan skill berenang anda di sini dan bagi sesiapa yang tidak berapa pandai berenang anda jangan risau kerana anda akan diberikan jaket keselamatan. Pulau ini sangat sesuai bagi sesiapa yang ingin menenangkan fikiran dari kesibukan di bandar.

10. Weston Wetland park

Selain itu, Weston Wetland Park yang terletak di Beaufort, Sabah juga antara lokasi tempat menarik di Sabah yang menawarkan pemandangan indah dengan haiwan – haiwan yang tenang.

weston wetland park Sabah

Terdapat juga monyet – monyet belanda yang bergerak bebas di sekeliling kawasan ini yang pasti akan membuat anak – anak anda berasa teruja.



Di waktu senja anda akan dapat lihat matahari terbenam dari sungai di taman ini. Manakala di waktu malam pula anda boleh membuat aktiviti bersama keluarga iaitu menaiki bot untuk melihat kunang – kunang yang memancarkan cahayanya dan itu merupakan satu memori yang tidak akan dilupakan.

9. Muzium Negeri Sabah

Seterusnya ialah Muzium Negeri Sabah yang terletak di Kota Kinabalu juga adalah antara tempat menarik di Sabah. Muzium ini dikelilingi oleh taman indah yang penuh dengan kehijauan yang berkeluasan 17 hektar.

Muzium Negeri Tempat Menarik di Sabah

Di sekitar muzium ini juga terdapat sebuah zoo dan kampung warisan. Terdapat banyak pameran yang ada di sini antaranya ialah Muzium Peradaban Islam Sabah dan Pusat Sains dan Teknologi. Anda boleh menambah ilmu pengetahuan tentang negeri Sabah di muzium ini.

Tempat Menarik di Sabah Muzium

Muzium ini mula beroperasi dari jam 9 pagi sehingga 5 petang dan yuran masuk hanyalah RM2 bagi warganegara dan RM15 bagi pelancong serta percuma untuk pelajar, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU). Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk melihat sendiri kepelbagaian negeri Sabah di sini.

8. Signal Hill Observatory Platform

Signal Hill Observatory Platform yang terletak di Jalan Bukit Bendera juga merupakan antara satu tarikan utama di sini. Bentuknya seperti UFO dan ia terletak di Signal Hill, puncak tertinggi di Kota Kinabalu.

Signal Hill Observatory Platform
Sumber Gambar : Flickr/laikt8

Di sini anda boleh melihat pemandangan sekitar Kota Kinabalu sehingga ke pulau – pulau yang terdapat di sekelilingnya sambil menikmati angin sepoi – sepoi bahasa. Waktu operasinya adalah setiap hari dan bermula dari jam 8 pagi sehingga 12 pagi. Tiada bayaran dicas bagi sesiapa yang ingin melawat ke sini.

7. Masjid Negeri Sabah

Bagi anda yang beragama Islam, anda wajib melawat Masjid Negeri Sabah kerana masjid ini memiliki keunikannya yang tersendiri iaitu seni binanya yang menggabungkan bangunan – bangunan pada zaman keagungan Islam dan zaman moden.

Masjid Negeri Sabah

Manakala kubahnya pula diinspirasikan daripada masjid terkenal di dunia iaitu Masjid Biru di Istanbul, Majid Al- Aqsa di Baitulmaqdis dan Masijd Jame di New Delhi. Memang sangat kreatif pembinaan masjid ini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri kehebatan masjid ini.

6. Sabah Indoor Climbing Centre

Seterusnya ialah Sabah Indoor Climbing Centre yang terletak di Jalan Burung Puin, Kota Kinabalu. Tempat ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin mencuba aktiviti lasak dan anda tidak perlu risau jika anda kurang mahir dalam aktiviti wall climbing kerana ramai pakar yang akan membantu anda untuk menghadapi cabarannya.

Sabah Indoor Climbing Centre
Sumber Gambar: sabahbah.com

Aktiviti ini mampu meningkatkan keyakinan diri dan mewujudkan sifat kepimpinan dalam diri anda. Bagi sesiapa yang ingin datang ke sini pastikan anda datang di antara Isnin hingga Jumaat dari jam 4 petang sehingga 10 malam sahaja.

5. Tambunan Raflesia Reserve

Selain itu juga, jika anda dah sampai ke negeri Sabah jangan lepaskan peluang ke Tambunan Rafflesia Reserve untuk melihat sendiri bunga yang paling besar di dunia ini.

Tambunan Rafflesia Reserve

Di sini anda boleh membuat aktiviti jungle trekking dan yang paling penting anda dapat melihat bunga yang paling unik dan paling pelik ini.



Tetapi sebaik sahaja anda mendekati bunga ini, pasti anda kurang selesa dengan baunya yang busuk. Bunga ini mengeluarkan bau busuknya untuk memerangkap lalat dan serangga lain untuk dimakannya. Yuran masuk di sini ialah hanya RM5 sahaja.

4. North Borneo Railway

North Borneo Railway merupakan nama tempat yang sangat unik di sini yang juga merupakan salah satu kawasan yang menjadi pilihan orang ramai kerana anda boleh merasai sendiri pengalaman menaiki kereta api yang penuh nostalgia.Ia merupakan laluan kereta api yang tertua di Borneo dan Sabah.

North Borneo Railway
Sumber Gambar : Sabahguide.com

Semasa menaiki kereta api ini anda akan disajikan dengan panorama indah hutan-hutan hujan, sawah padi, bandar – bandar di pesisir pantai dan sebagainya. Ciri – ciri klasik kereta api ini bukan sahaja dari segi luarannya, malahan ruangan dalamannya membuatkan anda terasa seperti hidup di dalam era 1900-an . jadi jangan lepaskan peluang apabila anda datang melancong ke sini.

3. Desa Cattle Daisy Farm

Desa Cattle Daisy Farm yang juga dikenali sebagai New Zealand kecil negeri Sabah kerana panorama sekelilingnya yang kelihatan seperti di negara orang Maori.

Itinenary Ringkas Ke Sabah Desa Dairy ParkPemandangan ladang lembunya yang sangat menyejukkan mata dengan kehijauan rumputnya yang sangat luas mampu membuat sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki ke sini berasa sangat teruja dan bersemangat.

Tempat menarik di malaysia sabahup2date
Foto Kredit sabahup2date

Anda juga boleh membeli belah di sini iaitu dengan membeli produk – produk tenusu hasil dari ladang ini sendiri.

2. Nabalu Park

Taman kinabalu yang terletak di Mount Kinabalu National Park juga merupakan salah satu tarikan kerana taman ini merupakan tempat di mana eksplorasi pendakian puncak Gunung Kinabalu dimulakan.

Nabalu Park
Sumber Gambar: sabahtourism.com

Taman ini dijadikan sebagai kawasan biologikal yang paling penting di dunia dengan lebih daripada 4500 jenis flora dan fauna yang merangkumi 100 jenis mamalia dan lebih daripada 110 jenis siput darat dan 326 jenis burung yang ada di sini.



Jadi anda tidak perlu lagi ke zoo apabila anda sudah menjejakkan kaki di sini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri flora dan fauna yang ada di taman ini.

1. Ladang Teh Sabah

Jika dah sampai di negeri Sabah ini jangan lepaskan peluang untuk ke Ladang Teh Sabah yang terletak di Sandakan ini. Ia merupakan ladang teh organik yang satu – satunya ada ni kepulauan Borneo.

ladang teh sabahDi sini anda dapat melihat pemandangan hutan rimba dan Gunung Kinabalu yang sangat mengasyikkan. Anda juga bolehlah ke kilang the di sini dan melihat sendiri demonstrasi pembuatan the dari proses ia dipetik sehinggalah bahagian pembungkusan.

Akhir sekali, jika anda datang melancong ke Sabah jangan lupa untuk melawat kesemua tempat – tempat menarik di Sabah ini. Tidak dinafikan terdapat banyak lagi lokasi yang tidak senaraikan.



Sabah memang sangat kaya dengan keindahan alam semula jadi. Jadikan Sabah sebagai satu destinasi pelancongan anda yang seterusnya. Semoga anda dan keluarga mendapat satu pengalaman yang menarik apabila bercuti di sini.

 

3 Comments
  1. Jom Singgah says

    Visitor Rating: 5 Stars

  2. […] sebuah negeri yang terbesar di Malaysia yang bertempat di Kepulauan Borneo bersama-sama dengan Negeri Sabah dan Brunei. Keindahan flora dan fauna di sini memang berjaya menarik ramai pelancong dari dalam […]

  3. Anonymous says

    Visitor Rating: 5 Stars

Leave A Reply

Your email address will not be published.