Let’s travel together.

Destinasi Popular: 10 Tempat Menarik Di Jogjakarta

1,311

Kalau nak di ceritakan semua tempat menarik di Indonesia ni memang lebih dari beribu tempat, jadi untuk entri kali ni kami akan kongsikan khusus tempat menarik di Jogjakarta.

Tempat Menarik di Jogjakarta

Jogjakarta atau nama lainnya ialah Jogja , Yogya, Yogyakarta, Djogja, Ngayogyakarta, Ngayogyakarta Hadiningrat, Yoja/Yojo. Memang sangat banyakkan nama lainnya, jadi tak hairan la bila orang sebut lain dari apa yang pernah kita dengar tu. Memang namanya terlampau banyak.



Kenapa dalam nama tempat ni ada nama Jakarta bila di buang Jog ?? sebab pada awal tahun 1946 hingga akhir tahun 1949 ibu kota Indonesia dipindah ke Jogyakarta kemudian dipindah kembali ke Jakarta.

Jogjakarta lebih terkenal dengan sejarah kesultanan mereka dan bangunan-bangunan mereka yang unik. Disana juga terdapat kawasan hutan dan pantai yang cantik untuk anda yang gemarkan keindahan alam semulajadi.

Destinasi Popular dan Tempat-Tempat Menarik di Jogjakarta

Antara tempat menarik di Jogjakarta yang wajib anda kunjungi apabila berkunjung ke sini ialah :

10. Taman Sari

Taman Sari Jogjakarta

Tempat ini sangat bersejarah bagi warga indonesia kerana inilah istana bagi sultan yang pertama iaitu Hamengkububuwono. Istana ini dibina oleh orang Portugis dan Madiun untuk sultan tetapi kini ia dibuka untuk orang awam. Bangunan ini dikekalkan bentuk asalnya bagi memperlihatkan keasliannya yang bercirikan Jawa. Terdapat banyak terowong lama yang masih menjadi misteri pembinaannya.



Banyak perkara yang dimanfaatkan di sini seperti pusat internet (kampung cyber), galeri seni lukisan dan topi, pembuatan patung untuk wayang kulit dan juga menjadi tempat bagi kanak-kanak setempat bermain.

9. Istana Ratu Boko

Istana Ratu Boko
Photo Kredit: bobo.grid.id

Istana ini terletak di atas bukit, dibina pada zaman pemerintahan Rakai Panangkaran yang merupakan keturunan Wangsa Syailendra. Tidak banyak yang menarik di sini, lebih sesuai bagi mereka yang suka bergambar terutama gambar perkahwinan kerana kawasan ini lapang dan berlatar belakangkan tapak istana, selain itu anda boleh melihat pemandangan Jogjakarta dari .atas sini

8. Goa Pindul

goa pindul

Goa tu gua sebenarnya,  apa yang menarik di sini ialah sungai bawah tanah yang mempunyai 3 peringkat. Peringkat pertama zon terang, peringkat kedua adlah zon malap, peringkat ke tiga adalah gelap. Kedalaman air lebih kurang 8 meter, jadi anda akan dibawa menggunakan pelampung yang di usung oleh pengiring di sini, mereka yang terdiri dari orang sini dan sudah lama dalam bidang ini sangat mahir selok belok kawasan ini.



Selepas melintasi 3 zon ini, tibalah masanya untuk menyelam. Jangan risau setiap orang akan dibekalkan jaket keselamatan, lagi pon pengiring di sini sudah cekap dalam membantu pelancong. Dan anda juga boleh masuk ke dalam Gelatik atau Gua Kristal kerana dinding gua tersebut bersinar sinar seperti kristal lebih-lebih lagi bila disuluh cahaya.

7. Gunung Api Purba

Gunung Api Purba
Photo Kredit: surga-itu-indonesia.blogspot.my

Menurut cerita orang di sini, nama purba itu diletak kerana gunung ini telah ada beribu tahun lamanya akibat dari letusan gunung berapi. Sangat menarik bagi mereka yang suka mendaki gunung, pemandangan yang sungguh indah. Mungkin boleh digambarkan seperti Bukit Broga tetapi ia mempunyai keunikkan nya tersendiri.

6. Candi Borobudur

Candi Borobudur

Ini adalah temple bagi agama buddha, tetapi menjadi tarikkan pelancong untuk datang ke sini untuk melihat bentuk bangunannya yang unik sambil melihat matahari terbit. Jadi jika anda ingin melihat matahari terbit kena lah datang seawal subuh. Tetapi di sebabkan ini adalah tempat suci bagi agama buddha ada beberapa peraturan yang telah mereka tetapkan. Dan sangat bertuah jika anda dapat datang ke sini kerana ia merupakan Candi paling besar di dunia.

5. Pusat Pembuatan Rengginang

Rengginang merupakan makanan ringan seperti keropok tetapi ia diperbuat menggunakan bahan utamanya iaitu nasi. Jadi anda boleh lihat cara mereka membuat dan membungkus untuk dipasarkan.

4. Keraton

Keraton Jogjakarta

Keraton yang berasal dari perkataan Keratuan iaitu  rumah raja. Jai bagi siap yang menjadi Raja atau Gabenor harus menetap di sini dan masih menjadi rumah raja sehingga kini. Tanah di sini di lapisi oleh tanahdari gunung berapi yang diimport dari luar. Banyak sejarah kesultanan yang dipamerkan untuk tontonan para penggunjung.

3. Batik Plentong

Batik Plentong

Batik yang dihasilkan sangat asli, dengan corak tradisional yang dilukis menggunakan tangan membuatkan ia menjadi lebih menarik. Anda boleh lihat secara terus proses pembuatan corak batik yang mereka buat. Jadi sangat menarik bagi anda yang ingin membeli batik.

2. Malioboro

Malioboro

Malioboro adalah sebahagian daripada Kota Jogjakarta. Ini adalah salah satu tempat yang menarik untuk anda kunjungi sekiranya sampai ke sini. Kebanyakan orang yang datang ke sini adalah untuk membeli cenderamata kenang-kenangan buat saudara-mara, sahabat handai mahupun ahli keluarga yang lain sebagai cenderahati. Di sini terdapat pelbagai jenis batik yang dibuat pakaian, sandal atau kasut, beg tangan dan banyak lagi.

1. Tugu Jogjakarta

Tugu Jogjakarta

Tugu Jogjakarta adalah salah satu ikon Kota Jogjakarta yang sangat popular. Lokasinya yang sangat mudah iaitu di Jl. Margo Utomo (dahulu dikenali sebagai Jl Mangkubumi), Jl. Diponegoro, Jl. A.M. Sanagji dan Jl. Jend Sudirman. Pengunjung tempatan atau pengunjung dari luar datang ke sini untuk mengabadikan gambar kenang-kenangan di monumen ini.



Bentuk bangunannya yang sederhana seperti tiang silinder. Anda dapat lihat bahagian atasnya semakin mengecil. Di bahagian dasar tugu, terdapat pagar yang mengelilinginya.

Jom Melancong Ke Indonesia dan Melawat Tempat Menarik di Jogjakarta

Banyak tarikan lain yang terdapat di Jogjakarta ini, orang disini sangat kreatif menyebabkan bandar ini menjadi tumpuan para pelancong, tarikan yang ada seperti basikal LED, basikal yang dihiasi dengan lampu LED warna warni menjadikan ia sebagai tarikan pada waktu malam, JToku studio yang membuiat patung raksasa dan karekter superhiro. Jadi Jogjakartamerupakan bandar yang mempunyai banyak tarikkannya sendiri.

Leave A Reply

Your email address will not be published.