Apa Yang Menarik Di Bandung | Tarikan Makanan, Alam, Membeli Belah dan Lain-lain
Isi Kandungan
Sebut sahaja pasal Bandung mesti ramai yang terbayangkan kain-kain dan baju-bajunya yang murahkan. Tidak hairanlah ianya dilabelkan sebagai syurga membeli-belah untuk para wanita apabila berkunjung ke negara Indonesia ini dah jadi macam takde benda menarik di Bandung selain shopping.
Indonesia turut diberi gelaran ‘Paris Van Java’ kerana kaya dengan keindahan alam semulajadi untuk diterokai bagi yang suka menikmati keindahan alam di sana.
Terdapat banyak sebab mengapa para pelancong dan juga penduduk tempatan gemar berkunjung ke Bandung, tidak kiralah dari segi makanannya, perbelanjaan dan keindahan alam semulajadi. Ya, ibu kota Jawa Barat ini memang tidak pernah mengecewakan setiap pengunjung yang datang. Ianya terletak di antara tiga pergunungan iaitu kebanyakan daripada kotanya berada di tempat yang tinggi. Oleh sebab itu Bandung terkenal dengan udaranya yang begitu nyaman dan dingin sekali.
Maka tidak hairanlah ianya sering menjadi salah satu destinasi popular yang sering mendapat tempat dihati pengunjung tempatan mahupun luar negara.
Apa Yang Menarik di Bandung ni?
Pada Setiap hujung minggu terdapat ramai penduduk dari Jakarta akan turun ke Bandung untuk merehatkan minda daripada kesesakan kota. Hampir 90% rakyat Malaysia akan berkunjung ke sini setiap kali musim cuti perayaan atau cuti sekolah.
Di antara tempat-tempat dan aktiviti menarik di Bandung untuk dilawati ialah :
1. Alam Semulajadi
Gunung Tangkuban Perahu
Merupakan satu kawasan gunung berapi yang paling popular dan dikunjungi ramai. Ianya boleh dikatakan tempat yang mesti dikunjungi bagi sesiapa yang pertama kali menjejakkan kaki ke sini. Ianya terletak kira-kira 20 km dari utara kota Bandung.
Gunung yang berketinggian sekitar 2084 meter dari aras laut itu, menyebabkan suhu pada waktu siang mencecah sekitar 17 darjah celcius secara puratanya. Pemandangan dari atas puncak gunung ini begitu cantik kerana kita boleh melihat pemandangan gunung-ganang dibawahnya. Rakyat tempatan mempunyai cerita lagenda yang hebat mengenai Puteri Gunung Tangkuban Parahu ini.
Sari Ater Hot Spring
Ianya mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja dari Gunung Tangkuban Perahu. Sari Ater Hot Spring ini merupakan kolam air panas yang berasal daripada gunung berapi disekitarnya. Ia amat sesuai sekali untuk merehat dan menyegarkan badan sama ada mandi atau merendam kaki ke dalamnya. Sesetengah orang berpendapat bahawa dengan mandi air panas tersebut dapat merawat beberapa jenis penyakit kulit.
Di sini juga terdapat restoran dan gerai-gerai untuk anda singgah makan atau minum. Selain itu juga, terdapat beberapa aktiviti yang lain antaranya ialah aktiviti menunggang kuda atau sekadar untuk mengambil gambar sahaja sebagai kenang-kenangan. Di sini juga terdapat tempat untuk mendirikan khemah dan terdapat gelanggang tenis.
Cidiwey
Ianya berasal dari sebuah daerah di Kabupaten Bandung. Nama asalnya adalah dari Potugis Kuno yang mebawa maksud buah kiwi untuk Ciwi dan Dey bermaksud hari. Daerah ini bersempadan dengan Kabupaten Cianjur dan daerah ini amat terkenal sekali dengan penghasilan produk pertanian. Kawasan tanha tinggi di Ciwidey banyak terdapat ladang-ladang teh yang seolah-olah membentuk carpet yang menutupi kawasan pergunungan.
Kawah Putih
Agak kurang popular tetapi sebenarnya kebanyakan orang mengatakan bahwa Kawah Putih ini lebih cantik daripada Tangkuban Perahu. Ianya mendapat gelaran Kawah Putih kerana kawah gunung berapi tersebut mempunyai batuan dan pasir yang memutih mengelilinginya. Air hujan yang jatuh lama-kelamaan akan membentuk menjadi sebuah tasik dan air tasiiknya akan kelihatan kehijauan. Dan sememangnya satu pemandangan yang cantik dan unik. Waktu yang terbaik disarankan untuk ke sana adalah waktu pagi.
Memetik buah strawberry
Satu lagi aktiviti yang menarik ialah memetik buah strawberry kerana cuacanya yang agak dingin menjadikan tempat ini sesuai untuk penanaman strawberry. Ada banyak kebun strawberry di sini. Anda digalakkan untuk datang lebih awal untuk lebih selesa kerana pada hujung minggu ramai orang akan datang ke sini.
Makan tengah hari di Ciwidey
Restoran Sindang Reret adalah salah satu tempat makan yang menarik terdapat di sini. Restoran ini menyediakan masakan Sunda seperti ikan gurami, ikan emas, ayam bakar atau goreng, gepuk (potongan atau hirisan daging yang dimasak hingga empuk dan rasanya agak pedas dan manis) dan banyak lagi. Ada sejenis salad Sunda yang dipanggil Karedok kerana ia diperbuat daripada sayur-sayur yang segar seperti timun, taugeh, kobis dan lain-lain.
Pada hujung minggu atau cuti umum, pihak restoran ada menyediakan perkhidmatan Flying Fox bagi pengunjung.
Makanan ringan tradisi Ciwidey
Antaranya ialah Kalua Jeruk (diperbuat daripada kulit limau) dan Berondong Jagung (jagung yang digaul bersama gula serta produk buah strawberi.
Situ Petengang
Destinasi ini memang popular sekali dan sangat cantik dengan keindahan ladang teh yang menutupi permukaan gunung. Kalau dekat Malaysia kita ada Cameron Highland. Kalau anda melihat dari puncak ladang ini seolah-olah anda sedang melihat sebidang permaidani hijua yang terbentang luas. Memandangkan kawasan ini adalah kawasan tanah tinggi maka suhunya amatlah sejuk sekali.
2. Puncak Bogor
Suatu tempat yang terletak di tanah tinggi dan anda boleh melihat keindahan Kota Bogor dari puncak. Antara pemandangan yang dapat anda lihat ialah dengan melihat keindahan matahari terbenam dari puncak. Anda juga boleh mengunjungi gerai-gerai yang terdapat di sana dengan suasananya yang dingin. Antaranya ialah :
Kebun Teh Gunung Mas
Kawasan kebun teh yang popular dengan pengeluaran teh yang utama di kawasan Jawa Barat ini merupakan salah satu lokasi menarik di Bandung. Anda juga boleh melihat bagaimana penghasilan teh itu bermula daripada daun teh sehingga prosesnya siap. Anda boleh mengelilingi kebun teh tersebut.
Taman Safari
Terletak di Sicarua, Puncak. Taman Safari ini sesuai untuk hiburan anda sekeluarga terutama pada anak-anak. Terdapat 2500 spesis haiwan yang tingal di dalam habitat asalnya. Anda boleh melihatnya melalui tingkap kenderaan anda.
Air Terjun Cilember
Berada di Desa Cilember, Sicarua iaitu kira-kira 21 km daripada Bogor. Sesuai untuk anda membawa keluarga di mana ianya terdapat taman rama-rama dan tempat berkhemah.
Bodogor Ecowisata
Merupakan salah satu pusat pedidikan Cagar Alam Bodogol yang terletak di bahagian barat Taman Nasional Gunung Gede-Pangrango. Di sini anda juga boleh melihat pelbagai jenis binatang dan tumbuhan.
4. Factory Outlet Dan Tempat Membeli-Belah
Pasar Baru
Pasar baru ini dibuka dari ajm 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang dan ianya mempunyai empat tingkat. Di sini anda boleh dapatkan pelbagai jenis kain ela, baju kebaya, telekung dan bermacam-macam lagi seperti kain kapas, sutera, satin dan lain-lain lagi. Pakaian dan aksesori untuk perkahwinan juga ada terdapat di sini. Begitu juga dengan pakaian kanak-kanak.
Harga pakaian di sini lebih murah berbanding dengan harga di Malaysia, lebih-lebih lagi jika anda membelinya secara borong.
Jalan Cibadayut
Ianya terkenal dengan barangan kulit. Barangan utama di sini ialah beg tangan dan kasut untuk lelaki dan wanita. Terdapat banyak deretan kedai dan terkenal dengan kasut atau sepatu kulitnya. Jarak dari pusat bandar hanyalah 30 minit sahaja. Selain daripada kasut, anda juga boleh dapatkan barnagn lain seperti jaket kulit, topi kulit, tali pinggang kulit, dompet kulit, sandal dan sebagainya.
Jalan Dago
Terkenal dengan pusat fesyen terkini yang menawarkan pelbagai jenis pakaian model terkini untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. Antara factory outlet yang ada kat sini ialah :
- Blossom
- Grande
- Rafles
- Glamour
- Runaway
- Jetset
- Centre Branded
Rumah Mode
- Antara yang terbesar di Bandung.
- Terdapat banyak pilihan pakain untuk wanita, kanak-kanak dan lelaki.
- Kebanyakan berbentuk kasual jeans dan t-shirt.
- Heritage
- Kawasan yang popular di mana terdapat banyak pilihan pakaian.
- Terdapat juga café atau restoran disekitarnya.
Donatello
- Barangan kulit berjenama tempatan seperti kasut, tali pinggang, beg wanita, beg galas dan banyak lagi.
- Cihampelas Shopping Street
- Harga yang murah dan amat berbaloi sekali.
- Terdapat bermacam-macam pakaian dan jeans.
For Men
- Hanya terdapat barangan untuk lelaki.
- Tempat yang sangat untuk kaum lelaki membeli-belah.
- Harga yang ditawarkan juga berpatutan.
The Secret
- Tempat pakaian yang popular dengan pakaian yang berjenama.
- Suasana di sini sedkit santai.
- Terdapat pakaian kana-kanak juga di sini.
Jalan Cihampelas (Cihampelas Walk)
- Pusat berbelanjaan yang sangat mewah dengan udara yang bersih dan nyaman.
5. Makanan
Kampung Daun
Suasana yang romantik dan begitu selesa sekali kerana suasananya dikelilingi oleh pohon-pohon dan alam semulajadi menjadikan Kampung Daun salah satu lokasi menarik di Bandung. Makanan Sunda dan Padang merupakan menu utama di sini. Ia sangat sesuai untuk anda yang membawa keluarga dengan suasanya yang santai.
Kartika Bandung
Ianya merupakan salah satu tempat wajib yang perlu anda kunjungi apabila sampai ke Bandung. Di sini juga amat terkenal sekali dengan bakerinya seperti kek lapis, pisang molen, pastry, nonya cakes, ais krim dan banyak lagi.
Floating Market Bandung
Mesti anda terbayangkan Floating Market Bangkok yang emnjual sayur-sayuran, buah-buahan dan pelbagai jenis makanan kan?? Sebenarnya berlainan sikit keadaan di sini. Ianya merupakan salah satu tempat buatan manusia yang menempatkan kedai-kedai kecil dan juga taman haiwan peliharaan. Di tengah-tengah pasar ini terdapat tasik yang anda boleh mengayuh perahunya. Selain itu juga, terdapat banyak makanan-makanan Indonesia yang pelik-pelik dengan harga yang ditawarkannya juga amat murah.
Kopi Luwak Cikole
Anda peminat kopi? Memang sesuai kalau anda bercuti ke Bandung. Anda boleh mencuba kopi eksotik ini. Ianya digelar sebagai kopi musang (luwak), biji kopi ini dihasilkan daripada biji kopi yang dimakan oleh musang dan dikeluarkan semula melalui najisnya yang kemudiannya dibersihkan. Sejak kurun ke 19, kopi ini semakin mendapat sambutan dan menjadi salah satu kopi termahal di dunia.
Namun jangan risau, kopi luwak di sini telah pun mendapat sijil Halal dan mengikut proses pembersihan yang teliti serta diiktiraf. Mereka juga akan menunjukkan cara proses pembuatan kopi luwak secara lebih terperinci.
6. Hiburan
Trans Studio Bandung
Dah sampai di Bandung nanti, jangan lepaskan peluang untuk mencuba salah satu roller coaster terlaju di Asia dengan kelajuan 120 km/j. Antara taman tema yang terbesar yang terdapat di Asia Tenggara.Taman tema indoor terbesar di Indonesia ini terbahagi kepada tiga kawasan iaitu Studio Central, Lost City, dan Magic Corner.
Kanak-kanak juga dapat mempelajari ilmu sains dengan santai di bahagian Science Centre. Setelah penat bermain, boleh membeli belah dan menjamu selera di Trans City Mall di tingkat bawah atau menginap di salah satu hotel bertaraf 5 bintang di Bandung iaitu The Trans Luxury Hotel.
Saung Angklung Udjo
Dalami dengan lebih dekat lagi kekayaan Budaya Sunda dengan berkunjung ke Saung Angklung Udjo. Angklung merupakan alatan muzik tradisional Sunda yang terkenal dan diperbuat daripada buluh.
Di sini anda boleh menonton pertunjukan tarian dan wayang golek serta mencuba bermain angklung sendiri. Kawasan ini dibangunkan untuk mengekalkan tradisi masyarakat Sunda supaya tidak ditelan arus pemodenan Indonesia.
Dusun Bambu Family Leisure Park
Apabila sampai sahaja di sini, anda sudah dijemput dengan kenderaan berhias untuk dibawa ke Puncak Dusun Bambu. Di situlah terdapat lokasi gazebo terkenal yang berbentuk sarang burung.. Terdapat juga beberapa chalet dengan pemandangan cantik untuk bermalam di sini.
Kanak-kanak juga boleh meluangkan masa dengan ke taman permainan ‘The Labyrinth’ serta taman arnab yang comel. Terdapat pelbagai restoran untuk anda menjamu selera di sini sambil menikmati pemandangan indah.
Farmhouse Susu Lembang
Satu lagi tempat yang menarik di Bandung yang wajib dikunjungi adalah Farmhouse yang mengingatkan anda kepada senibina Tudor dan Bukit Tinggi di Pahang. Anda juga boleh menyewa pakaian bercirikan Eropah untuk mengambil gambar.
Tempat ini sangat sesuai untuk dikunjungi seisi keluarga kerana pelbagai aktiviti boleh dilakukan. Aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah bermesra dengan haiwan ternakan ladang di Petting Zoo dan bergambar di Love Locks. Antara yang cukup terkenal juga adalah Hobitton, iaitu rumah hobbit mini yang dibina daripada inspirasi filem The Hobbit atau Lord of The Rings seperti di New Zealand. Keindahan landskap dan suhunya yang nyaman menjadikan anda boleh ber ‘feel’ ala Eropah.
Jika di floating market tiket boleh ditukar untuk mendapatkan minuman panas, di sini anda boleh menukarkannya dengan secawan susu segar.
Wah, banyak benda menarik di Bandung ye !
Inilah antara senarai tempat-tempat dan juga apa yang menarik di Bandung yang popular dan sering menjadi pilihan para pelancong.
Jangan anggap Bandung hanyalah tempat untuk shopping sahaja. Terdapat pelbagai kawasan pelancongan yang menarik di Bandung yang masih boleh diterokai. Kawasan gunung berapinya serta lokasi alam semulajadinya yang lain pasti akan memberikan pengalaman baru buat anda. Bandung juga menyediakan kawasan sesuai untuk kunjungan seisi keluarga terutamanya yang mempunyai ternakan dan pemuliharaan haiwan serta taman tema.
Anda pasti akan merindui Bandung setelah pulang ke tanah air nanti kerana keindahannya sering terpahat di ingatan.
Sekiranya berminat untuk melancong ke bandung boleh hubungi Go Rocket Travel and Tours atau whatsapp terus ke 0189580144.