Tempat Makan Best di Shah Alam
Bandar Raya Shah Alam ialah ibu negeri bagi Negeri Selangor Darul Ehsan , Malaysia dan terletak berhampiran dengan bandaraya Kuala Lumpur. Shah Alam juga merupakan salah satu bandar yang makin pesat membangun dari pelbagai aspek iaitu seperti pelancongan, ekonominya dan perindustrian. Terdapat banyak tempat makan best di Shah Alam yang boleh dikunjungi oleh para pelancong atau penduduk sekitar Shah Alam dan KL.
Kedai dan Tempat Makan Best Di Shah Alam
Island BBQ Steamboat merupakan destinasi yang jauh sedikit dari bandar utama Shah Alam tetapi merupakan salah satu tempat makan yang menjadi bualan ramai kerana keenakan masakannya terutamanya steamboat.
Restoran ini terletak di Lot 3370, Jalan Kemboja U5,Kamoung Melayu Subang, Shah Alam ini telah menggunakan konsep makan secara bufet dan menyediakan suasana tempat ala – ala kampung.
Terdapat banyak kemudahan yang disediakan yang berjaya menarik ramai pengunjung untuk mengunjungi restoran ini antaranya ialah kemudahan ruang parking yang disediakan untuk para pelanggan di samping ruang solat iaitu surau untuk memudahkan para pengunjung muslim menunaikan solat.
Antara makanan yang menjadi tarikan utama para pengunjung ialah steamboat yang mempunyai dua pilihan iaitu tom yam dan sup serta mempunyai pelbagai seafood yang segar. Selain steamboat, laksa dan nasi goreng juga ada dijual di sini. Bagi penggemar makanan laut bolehlah cuba menikmati kelazatan masakan di restoran Island BBQ yang mula beroperasi dari jam 5 petang hingga 12.30 tengah malam.
Tam Nasi Ayam juga merupakan salah satu tempat makan best di Shah Alam yang terletak di Jalan Pelabur B 23/B, Seksyen 23, Shah Alam.
Menu utama restoran ini sudah semestinya nasi ayam di mana terdapat pelbagai jenis nasi ayam iaitu nasi ayam bakar, nasi ayam golek dan nasi ayam goreng rempah. Selain daripada menu utama ini, hidangan lain juga turut disediakan seperti masakan panas, roti nan cheese, roti john dan otak –otak.
Restoran ini juga menyediakan minuman yang menyegarkan seperti air Kelaut di mana ia merupakan gabungan jus dan koktail serta dicampur dengan buah – buahan yang dihiris halus. Restoran ini juga menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti ruang solat dan ruang parking. Restoran ini mula beroperasi dari jam 7 pagi sehingga 1 pagi.
Seterusnya restoran ini menjadi tumpuan ramai wanita terutamanya bagi peminat – peminat drama Korea kerana restoran ini menyediakan masakan ala – ala Korea. Gangnam Station Restaurant yang beralamat di G45,Block 6, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, Shah Alam menjadi tarikan ramai pengunjung kerana menu yang disediakan berbeza dengan restoran – restoran lain dan sesuai untuk seisi keluarga kerana menu yang disediakan secara combo.
Selain itu, suasana dalamannya yang unik seperti berada di Korea juga memberi satu pengalaman yang tidak terhingga kepada pelanggan yang datang. Antara menu yang berjaya mencuri perhatian pengunjung ialah udang pancake, kek nasi, goreng mee ala Korea, bulgogi dubap dan banyak lagi.
Selain dari masakan Korea, restoran ini juga menyediakan masakan lain seperti BBQ dan seafood. Restoran ini mula menjalankan perniagaannya dari jam 11.30 pagi hingga 10.30 malam. Restoran ini juga pernah disiarkan dalam rancangan televisyen iaitu Jalan – Jalan Cari Makan dan menajadi tumpuan tempat makan best di Shah Alam.
Bagi peminat makanan ala barat bolehlah singgah di Restoran Grease yang lokasinya di Seksyen 13 Shah Alam. Restoran yang mula beroperasi dari jam 6 petang sehingga 12 malam ini menyediakan menu ala barat yang berjaya menarik ramai pengunjung untuk menjamu selera di sini.
Signature dish yang lebih kepada ala – ala greasy western menyebabkan restoran ini digilai ramai. Restoran ini sentiasa menjadi port untuk mereka makan malam kerana suasana yang nyaman di samping juadah yang menarik seperti steak, cheesy burger, pasta dan sebagainya.
Selain itu juga, Nasi Arab Restoran Aroma Hijrah juga merupakan salah satu tempat makan yang mesti cuba kerana menyediakan makanan ala Arab seperti shawarma, kambing bakar, kebab, khabsah dan nasi mandi yang sedap dan lazat.
Suasana restoran ini juga membuatkan pengunjung berasa berada di tanah Arab kerana konsep yang diketengahkan dalam restoran ini seperti di Tanah Arab. Bagi pengunjung yang ingin menjamu selera di restoran ini bolehlah ke Jalan Opera H, TTDI JAYA, Shah Alam dan restoran ini mula beroperasi dari jam 11 pagi sehingga 10.30 malam.
Shell Out merupakan salah satu makanan yang menjadi kegilaan ramai orang pada masa kini kerana mempunyai banyak pilihan seafood yang boleh dicuba.
My Story Cafe’ merupakan tempat makan yang paling sesuai buat penggemar shell out kerana kafe ini menyediakan pelbagai pilihan seafood yang banyak dan masakan berempah yang sedap dengan harga yang berpatutan.
Kafe yang terletak di Jalan Anggerik Vanilla, Kota Kemuning ini mula menjalankan operasi perniagaannya dari jam 12 tengah hari sehingga 12 tengah malam. Antara juadah yang disediakan ialah Kim Chuan Bamboo Lala, Udang Galah, Kerapu dan sebagainya.
Bagi orang pantai Timur pula, Nasi Kak Wok TTDI menjadi lokasi tumpuan antara pilihan kedai makan best di Shah Alam.
Nasi Kak Wok yag berasal dari Kelantan sememangnya sudah terkenal di Kelantan selain dari Nasi Air Dingin. Nasi Kak Wok merupakan hidangan ringkas yang iaitu nasi putih, ayam goreng kunyit dipotong dadu dan kuah gulai ayam tapi yang uniknya ianya dibungkus seperti nasi lemak yang biasa kita lihat orang Kelantan panggil nasi belauk. Dibuka dari jam 9 pagi hingga nasi dan lauk abis lebih kurang pukul 3 ptg ditutup.
Awas, sekiranya ingin mencuba nasi Kak Wook sila pergi awal kerana anda perlu beratur panjang. Lokasi kedai adalah di TTDI Shah Alam berdekatan dengan Nasi Arab Restoran Hijrah.
Tidak hairanlah jika Shah Alam sentiasa menjadi perhatian para pengunjung dari dalam mahupun luar negara kerana mempunyai keunikan yang tersendiri. Selain dari mempunyai tempat – tempat yang menarik yang boleh dikunjungi, Shah Alam juga mempunyai tempat makan yang berjaya menarik ramai pengunjung untuk menjejakkan kaki di bandar raya ini.
Nanti kalau dah sampai Shah Alam jangan lupa untuk singgah di tempat makan best di Shah Alam yang kami kongsikan ini.
[…] perlu juga diutamakan, jadi pemilihan hotel bajet sangatlah bertepatan. Tapi jangan lupa singgah tempat makan best yang ada di Shah Alam […]