20 Tempat Makan Best Di Port Dickson Terbaik 2023
Restoran, Cafe, Warung & Destinasi Makan Menarik di Port Dickson, Negeri Sembilan Senarai Terkini 2023
Isi Kandungan
- 20 Tempat Makan Menarik di Port Dickson
- 1. Kafe Kampung Kaw PD
- 2. Ayam Bakar Station Port Dickson
- 3. Kopi dan Kueh
- 4. Fazlina Steamboat Pantai Bagan Pinang
- 5. Nasi Lemak Depan Kubur
- 6. Warung Teh O 50 sen
- 7. Mient Burger
- 8. Nasi Lemak Burger Bt 6
- 9. Restoran Deen Berjaya (Kari Kepala Ikan) Port Dickson
- 10. Warung Salai BT 5 Medan Remis
- 11. Cendol Azmi PD
- 12. Dusun Pakdin
- 13. Cowboy PD Restoran
- 14. PD Famous Cendol Coconut Shake
- 15. Restaurant Aden – Nasi Arab
- 16. Restoran Citarasa Kampung PD
- 17. Warung Bobok
- 18. Lantak Kafe
- 19. Redd Place
- 20. Port Lanun
Port Dickson merupakan salah satu pusat peranginan yang sering menjadi tumpuan penduduk dalam Malaysia mahupun pelancong luar Negara kerana keindahan alam semula jadi dengan pemandangan laut yang mengamati 1001 kenangan. Jadi sesiapa yang masih belum menjejakkan kaki ke Port Dickson, anda sangat – sangat rugi kerana banyak benda menarik yang ada di PD.
Menjadi kelaziman, kalau bercuti di mana-mana tempat peranginan di Malaysia sudah tentu kita ingin mencuba makanan tempatan yang sedap, popular dan suasana yang menarik. Port Dickson yang menjadi lokasi peranginan popular di Negeri Sembilan mempunyai banyak port makan menarik untuk diterjah baik untuk sarapan pagi, makan tengahari, western lauk orang Nogori ataupun makan malam di medan ikan bakar popular.
Jadi kami senaraikan tempat makan best di Port Dickson yang mesti di singgah apabila menjejakkan kaki ke Port Dickson nanti. Kami senaraikan berdasarkan cadangan penduduk penduduk setempat.
20 Tempat Makan Menarik di Port Dickson
1. Kafe Kampung Kaw PD
Salah satu tempat sarapan pagi terbaik dan sedap di Port Dickson, wajib singgah kalau bercuti ke PD. Menjadi pilihan penduduk setempat dan pelancong tempatan untuk bersarapan dengan menu sedap yang pelbagai dari nasi lemak sehingga la kuih muih sesuai dengan citarasa orang Melayu.
Terdapat berbagai jenis sarapan pagi yang disediakan seperti nasi lemak, roti bakar, soto, roti bakar kaya, roti bakar telur goyang, bubur nasi dan tentunya minuman kegemaran Malaysia Teh Tarik Kaw serta kopi pastinya memberikan tenaga untuk anda memulakan hari.
Menu utama yang popular di Kafe Kampung Kaw ini adalah Nasi Lemak Kambing bakar (dicadangkan makan brunch terus) dan Roti gemuk. Apa yang best, suasana yang best dan layanan staff agak pantas menjadikan kedai makan ini pilihan utama dengan rata-rata memberikan review terbaik dan mantap.
Lokasi
PT3038, Jalan Haji Sirat, Kampung Baru, 71050
Waktu Operasi
7.30 am – 2.30 pm setiap hari kecuali Jumaat,
2. Ayam Bakar Station Port Dickson
Untuk makanan tengahari terbaik, kami cadangkan untuk anda mencuba ke Ayam Bakar Station Port Dickson. Port makan lunch ini wajib anda singgah dan pasti tak akan menyesal.
Walaupun menunya agak simple iaitu nasi putih dengan ayam bakar ataupun daging bakar, anda pasti tidak akan kecewa dan akan sangat berpuas hati. Kami cadangkan anda untuk mencuba menu kambing bakar. Memang SURR!
Set hidangan makan tengahari ini didatangkan bersama nasi panas, sup dan minuman. Apa yang menarik, untuk nasi tambah dan sup diberi percuma.
Manakala minuman air kordial di sini jika menggunakan gelas yang sama, boleh top-up sepuas hati tanpa caj tambahan. Bolehlah menikmati hidangan ini sepuas-puasnya!
Lokasi
5, Kampung Tanjung Pelandok, 71050 Si Rusa
Waktu Operasi
Rabu – Ahad (8am – 4pm), Isnin & Selasa cuti
3. Kopi dan Kueh
Untuk lokasi minum petang terbaik anda wajib try Kopi dan Kueh. Berkonsepkan cafe, kedai ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin melepak dengan kawan-kawan ataupun minum petang dengan yang tersayang.
Dari luaran, cafe ini nampak simple sahaja tetapi kalau dah masuk memang akan rasa wow abis dengan susunan dan dekorasi yang memang menjadikan salah kafe instagram di PD.
Untuk pencinta kopi, anda wajib datang ke kedai ni. Menu untuk cafe ini adalah standard macam biasa Americano, Latte, Mocha tetapi dicadangkan untuk mencuba Caramel Machiatto atau Iced Mocha.
Bagi menu makanan, kebanyakan adalah terdiri dari kek dan roti. Ada juga nasi lemak tiga segi. Pelbagai jenis seperti kek, croissant, sourdough bagel, peach strudel dan croffle! Fuh, pasti anda tak tahu nak pilih mana satu.
Lokasi
No 49, Kampung Baru Sirusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu Operasi
Isnin – Ahad (2pm – 10pm), Sabtu dan Ahad (10am – 8pm), Khamis dan Jumaat tutup
4. Fazlina Steamboat Pantai Bagan Pinang
Kedai Steamboat ini berkonsepkan Foodtruck dan memang sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan dari PD malahan juga dari Seremban. Ada yang Sanggup datang dari Senawang ke PD semata-mata nak makan Fazlina Steamboat Pantai Bagan Pinang sahaja.
Menu setamboat seperti kedai-kedai steamboat lain tetapi yang menjadikan Fazlina Steamboat lebih Lazat adalah kuahnya. Apa yang kurang best bila nak minum air sahaja sebab gerai ini hanya meneydiakan air sirap dan instant sahaja. dah datang sini stanby untuk bawa air minuman sendiri.
Yang menjadikan pengalaman menikmati steamboat lebih enak bila duduk berehat bersama keluarga dan rakan-rakan diatas tikar dan meja yang disediakan sambil melayan angin pantai malam. Cubalah sendiri anda pasti puas hati.
Makan cucuk-cucuk steamboat, jangan lupa ambil telur puyuh. Memang layan sambil menikmati angin laut atau sunset.
Lokasi
73, Jalan Pantai, Kampung Bagan Pinang, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu Operasi
Selasa – Sabtu (5pm – 3am), Ahad (5pm – 12malam), Isnin tutup
5. Nasi Lemak Depan Kubur
Dengar nama kedai memang agak seram. Sampaikan pernah satu ketika dulu viral sekejap dan pernah disiarkan oleh MStar. Actually, kisah Asal usul nama kedai takdelah seram seperti namanya.
Sebelum ini, kedai ini dipanggil kedai ni kedai makan Kak Ann. Disebabkan oleh lokasi kedainya yang terletak betul-betul depan kubur dan rasa nasi lemaknya yang sedap menjadikan penduduk tempatan dan juga pelancong luar memanggil dengan nama yang mudah iaitu Nasi Lemak Depan Kubur.
Menu yang terkenal di kedai Nasi Lemak Depan Kubur ialah resepi sambal kawah, namun pengunjung boleh menikmati hidangan lain seperti roti canai, lontong, bihun goreng dan bakso. Sesekali kalau ada datang ke PD boleh singgah tempat makan best ini.
Lokasi
Jalan kemang 6/depan tanah perkuburan islam telok kemang Kampung telok kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu Operasi
Setiap Hari (7am – 12pm), (5.30pm – 11malam)
6. Warung Teh O 50 sen
Nama warung ni memang sangat-sangat catchy dan mesti melekat di kepala sama juga dengan hidangan yang disediakan. Walaupun nama kedai teho 50 sen, tetapi hidangan yang sedap adalah Asam Pedas.
Untuk pengetahuan, warung ni sudah tidak lagi menyediakan teh o dengan harga 50 sen, tinggal nama kedai sahaja. Lokasinya betul-betul bersebalahan masjid Bagan Pinang.
Berbagai menu di sediakan di warung makan menarik di PD ni. Sesuai untuk dijadikan port makan tengahari ketika berkunjung ke Port Dickson dan sekiranya anda singgah cubalah rasai menu Asam Pedas.
Lokasi
73, Jalan Pantai, Kampung Bagan Pinang, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu Operasi
Setiap Hari (7am – 12pm), (5.30pm – 11malam)
7. Mient Burger
Mungkin ada di antara pembaca yang mengemari masakan western. Jangan risau kalau anda datang melawat Port Dickson, banyak tempat makan berkonsepkan makanan western. Antara yang paling sedap dan recommend adalah Mient Burger PD.
Mient Burger ni terkenal sebagai salah satu port makan dan lepak malam-malam di Port Dickson. Menu yang popular adalah Burger dan Roti John yang dah disesuaikan dengan tekak rakyat Malaysia.
Pelbagai perasa burger selain yang biasa didapati, seperti Burger Arnab, Rusa dan burger Kambing. Bagi kami, burger yang paling best adalah burger Ayam Kripy. Setiap hidangan dihidangkan dengan French Fries, Nugget, Drumet, Wedges atau Bebola Daging.
Anda juga patut mencuba minumannya yang sedap seperti Air A&W float atau longan fizz.
Lokasi
258, Kilometer 1, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu Operasi
Sabtu – Rabu (2pm – 1am), Jumaat (345pm – 1am), Khamis Cuti
8. Nasi Lemak Burger Bt 6
Ini merupakan salah satu pilhan yang tepat buat anda yang mencari tempat makan malam yang menyajikan makanan melayu nasi berlauk, nasi lemak atau burger. Nasi lemak burger Bt 6 ni asalnya sebuah gerai kecil tepi jalan yang menjual nasi lemak dan burger.
Restoran ini menjadi pilihan utama tak kira penduduk tempatan atau pelancong. Menu yang ditawarkan adalah dari pelbgai jenis masakan lauk pauk yang boleh dimakan dengan nasi lemak atau nasi putih. Manakala untuk pilihan menu western, selain dari burger anda juga boleh mencuba chicken chop, fish and chips, nuggets dan sebagainya.
Kalau dah singgah sini cubalah nasi lemaknya yang sememangnya sedap dan juga burger daging special. Agak menarik menu yang ditawarkan dengan harga rahmah.
Lokasi
22 Taman Si Rusa Jaya Batu, 6, Jalan Pantai, Bandar Baru Sunggala, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu Operasi
1pm-11pm (setiap hari, tutup pada hari Jumaat)
9. Restoran Deen Berjaya (Kari Kepala Ikan) Port Dickson
Bagi pelancong yang sememangnya mengemari masakan kari mamak, alang-alang dah sampai Port Dickso boleh la mencuba pula masakan mamak dari PD. Deen Kari kepala ikan sememangnya terkenal dengan masakan mamak dan paling utama adalah masakan Kari Kepala Ikan. SURRR!
Rata-rata pengunjung yang datang dan mencuba hidangan kari kepala ikan ini sangat berpuas hati. Selain dari kari kepala ikan, menu lazat yang lain seperti asam pedas juga menjadi pilihan rata-rata pengunjung. Seperti kebiasaan juga terdapat lauk-lauk lain seperti Sotong, Ayam Goreng Mamak dan sebagainya.
Menu sampingan yang disediakan seperti roti canai, tosai rawa, capati, vadey, murtabak juga sememangnya agak sedap dan anda perlu cuba dan rasai sendiri.
Lokasi
Jln Dato’ K. Pathmanaban, Bandar Port Dickson, 71000
Waktu Operasi
Setiap hari (6.30am-5pm), Hari Jumaat minggu pertama & minggu ke-3 setiap bulan cuti.
10. Warung Salai BT 5 Medan Remis
Tidak lengkap percutian anda ke Negeri Sembilan sekiranya tidak merasai masakan tradisi iaitu hidangan salai. Salah satu restoran terbaik di Port Dickson untuk masakan salai ialah warung salai Bt 5. Lokasi betul-betul di bawah hotel Mirage bersebelahan Kereta Sewa Port Dickson MYEZGO.
Menu paling sedap kat restoran ini adalah Gulai Salai Ayam Kampung. Rasa salai pedas berlemak dengan aroma kuah yang pekat menjadikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Selain itu, Asam pedas tetel juga menjadi pilihan utama selain dari masakan salai. Peminat asam pedas wajib mencuba dan singgah ke restoran ini ketika bercuti di Port Dickson.
Warung ini menawarkan beberapa jenis salai masak lemak cili api terdiri dari Daging, Ayam kampung, Keli, Perut, Puyuh, Talapia dan Itik. Alang-alang singgah singgah sekali membeli kuih keria Melaka yang terletak di hadapan warung ini.
Lokasi
Jalan Remis 2, Medan Remis Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu Operasi
Setiap hari (11.00am-6.30pm)
11. Cendol Azmi PD
Bagi penggemar cendol atau rojak boleh cuba untuk singgah ke Cendol Azmi PD. Kedai makan best di Port Dickson ini merupakan salah satu lokasi yang underrated untuk pelancong tetapi merupakan tempat hot untuk orang tempatan.
Kedai makan ini menyediakan hidangan jenis cendol yang sememangnya sangat sedap untuk di makan pada waktu petang sambil bersantai bersama keluarga atau teman-teman.
Rasa cendolnya yang lemak manis sememangnya menjadi pilihan utama pengemar cendol. Selain dari cendolnya yang popular, Azmi Cendol juga menyediakan makanan jenis rojak campur yang memang sinonim dengan cendol. Memang sangat sesuai di makan di waktu petang dengan suasana pantai Port Dickson.
Di sini juga ada sediakan nasi lemak, Rojak Mee dan juga ABC untuk jenis hidangan lain. Bagi yang nak mendapatkan suasana street food, boleh ke gerai yang dibuka khusus di hadapan kedai oleh pemiliknya.
Lokasi
Kampung Bahasa Kapor, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu Operasi
Setiap hari (9.00am-7.00pm)
12. Dusun Pakdin
Lokasi Kedai makan ini merupakan pilihan yang tepat buat anda yang mencari masakan western dengan suasana yang sangat special ala-ala dusun. Menu istimewa kedai ini adalah masakan western seperti steak dan chicken chop, spagetti ataupun pizza.
Apa yang menarik, kedai ini jarang diketahui ramai dan hanya viral dikalangan penduduk tempatan. Suasana Dusun pak Din ini juga sangat sesuai untuk bergambar kenangan dengan keluarga atau teman dan diupload ke Instagram atau Facebook.
Selain dari masakan wester, kedai ini juga menyediakan masakan melayu seperti Nasi Lemak, Nasi Ayam atau Nasi Goreng.
Lokasi
NO 2578, Jalan Mawar 18, Taman Port Dickson Utama, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu Operasi
Setiap hari (6.00pm-12.00am)
13. Cowboy PD Restoran
Salah satu tempat makan best di Port Dickson ialah Cowboy Place. Restoran ini sangat menarik kerana konsep kedainya yang unik. Sekali kita dengar nama kita jangkakan restoran ini akan menyediakan makanan ala barat/western. Tapi sebenarnya restoran ini popular dengan hidangan Nasi Kukus Ayam Panggang.
Restoran yang berkonsepkan makanan melayu tetapi bertemakan kedai “ KOBOI”. Restoran ini telah berpindah dan lokasi baru terletak di tepi jalan yang beralamat diKampung Sungai Menyala, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan. Dekorasi ruangan kedai memang unik dan apabila anda sampai di restoran ini , anda pasti akan Nampak beberapa lukisan orang koboi dengan tali dan berpistol.
Nasi ayam kukus panggangnya memang menjadi kegilaan ramai keran ayam-ayam ini sentiasa dipanggang di atas bara api mengikut permintaan harian pengunjung. Harganya bermula dari RM6 hingga RM7 bagi setiap satu set nasi kukus ayam panggang. So, jangan lepaskan peluang untuk menikmati sendiri masakkan di restoran ini.
Apa Tunggu Lagi Jom Jalan Jalan ke Port Dickson
Akhir sekali jangan lepaskan peluang singgah ke tempat makan best di Port Dickson ini untuk menikmati pelbagai masakan dari pelbagai tempat makan menarik di Port Dickson. Meluangkan masa bersama – sama keluarga tercinta di tempat peranginan ini sambil mencuba pelbagai jenis juadah pasti menjanjikan satu percutian yang penuh bermakna untuk diri anda dan keluarga.
Lokasi
Port Dickson, Lot 643 Jalan Pantai batu 6 71050 teluk kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu Operasi
Selasa – Khamis (9.00am-7.00pm), Jumaat – Isnin (9.00pm-8.00pm)
14. PD Famous Cendol Coconut Shake
Salah satu tempat menarik dan best untuk santai di Port Dickson sambil minum petang adalah PD Famous Cendol Coconut Shake. Menu utama yang istimewa semestinya Cendol dan Coconut Shake. Pelbagai pilihan menu cendol yang ada seperti cendol kacang merah, cendol durian, cendul pulut & cendol jagung disediakan di sini.
Berkonsepkan food court, Selain pelbagai pilihan cendol dan Coconut Shake, kedai ini juga menyediakan pilihan kuih-muih, makanan jenis western, Sotong Bakar, kerang rebus, rojak, laksa, nasi kambing bakar & macam-macam lagi.
Konsep food court ini memudahkan pengunjung yang mencari pelbagai jenis makanan untuk singgah dan menjamu selera di sini.
Lokasi
Lot 981, hadapan Petron Teluk kemang, Kampung Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu Operasi
Setiap Hari (11.00am-7.00pm)
15. Restaurant Aden – Nasi Arab
Restoran Aden merupakan restoran yang terkenal dengan masakan Arab. Restoran ini merupakan satu-satunya restoran di PD yang menawarkan menu Timur Tengah yang menawarkan rasa yang disesuaikan dengan tekak Melayu. Antara menu yang ada dijual disini ialah nasi mandi, masakan panggang dan pelbagai lagi.
Bagi sesiapa yang teringin untuk menikmati masakan dari negara Timur Tengah ini bolehlah datang bersama keluarga tersayang untuk menikmati pelbagai jenis menu yang disediakan dan yang pasti akan membuat anda semua datang semula ke sini.
Saiz hidangan yang besar selain daripada makanannya yang enak pasti akan memuaskan selera anda untuk menimati masakan dari Negara Yaman ini.
Lokasi
No 61Jalan, Pd center point 61Bandar, Jalan Mahajaya, Kampung Bahasa Kapor, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu Operasi
Setiap Hari (10.00am-10.00pm)
16. Restoran Citarasa Kampung PD
Antara kedai makan tengahari yang sedap dan menu yang pelbagai untuk makan tengahari yang disyorkan. Restoran citarasa Kampung PD menyediakan pelbagai jenis masakan tengahari yang terdiri dari pelbagai jenis masakan Melayu dan Negeri Sembilan.
Anda wajib singgah kedai makan ini sekiranya datang bercuti ke Port Dickson. Kebanyakannya menu lauk-pauk adalah terdiri dari masak lomak. Selain masak lemak, restoran yang sedap ini juga ada sediakan masakan ikan bakar. Daging kambing bakar yang disediakan memang padu dan terbaik.
Lokasi
Citarasa Kampung PD, 1, Port Dickson By Pass, Taman Puteri, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu Operasi
Setiap Hari (7.00am-5.00pm)
17. Warung Bobok
Walaupun nama kedai kedengaran agak pelik, tetapi warung Bobok merupakan restoran yang patut anda kunjungi. Walaupun kedai makan ini nampak agak simple, tetapi hidangan yang disediakan memang lazat dan sesuai dengan citarasa semua.
Antara menu yang laris kat sini nasi goreng kambing, sup kambing, sizzling dan juga kambing cili apinya. Dan ada juga goreng-gorengan dan makanan berkuah macam mee bandung, mee udang dan mee kari. warung ini terkenal dengan lauk kambing dalam kebanyakan menunya.
Lokasi
Lot 2317, Jalan Kg Sawah Sunggala, Si Rusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu Operasi
selasa – Ahad (5.30pm-12.00pm), Isnin Cuti.
18. Lantak Kafe
Lokasi tempat menarik ini menyediakan pelbagai jenis juadah yang sangat sedap. Terdapat beberapa buah gerai di bawah satu bumbung. Disini menyediakan pelbagai jenis masakan western, Sizzling, Asam Pedas, Masakan Panas dan juga Shellout.
Apa yang menarik dan menjadi lokasi tumpuan untuk menjamu selera makan malam adalah kepelbagaian menu dan juga live band yang boleh anda layan sementara menunggu makanan anda sampai.
Lokasi
Lantak Kafe No. 3 Lot 968 Batu, 3, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu Operasi
setiap hari (5.00pm-12.00pm)
19. Redd Place
Lokasi kedai makan western yang best di area Port Dickson ini terletak di Jeti Nelayan Telok Pelandok. Alang-alang dah sampai PD apa kata anda cuba kedai makan western tepi pantai di PD ini.
Yang paling best kat sini suasananya yang sangat tenang kerana lokasinya betul-betul di tepi pantai. Anda tidak akan menyesal kerana disini anda boleh menikmati hidangan western sambil melayan deruan angin pantai dan bunyi ombak.
Menu yang disediakan adalah makanan western yang terdiri dari Lamb Chop, Chicken Chop dan juga masakan grill. Selain western , anda juga boleh menikmati hidangan masakan panas seperti nasi dan mee goreng.
Lokasi
Pantai, Kampung Baru Telok Pelanduk, Negeri Sembilan
Waktu Operasi
setiap hari (3.00pm-12.00pm)
20. Port Lanun
Bagi pengunjung yang datang ke port dickson dan mencari lokasi makan ala-ala hipster, kami mencadangkan anda untuk singgah ke Restoran Port lanun di PD ini. Konsep yang sama dengan lantak cafe, gerai yang banyak di bawah satu bumbung.
Port best ini menyediakan pelbagai jenis juadaah yang menyelerakan terdiri dari masakan western, grill, masakan panas, Sizzling dan juga ikan bakar. Suasana yang meriah ala-ala hipster menjadikan salah satu lokasi tumpuan di Port Dickson.
Dah datang sini nanti jangan lupa untuk mencuba makanan seafood dan juga bakar-bakar yang pasti anda akan berpuas hati.
Tips untuk anda datang ke sini, datang awal kerana parking terhad.
Lokasi
lot 1641, batu 8, Jln Pantai, Taman Baru Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Waktu Operasi
setiap hari (6.00pm-11.30pm)
Inilah di antara senarai tempat makan menarik di Port Dickson. Kebanyakan senarai adalah pilihan Jom Singgah dan penduduk tempatan. Kami senaraikan dari port Sarapan hinggalah Makan malam dengan pelbagai jenis juadah yang patut anda cuba.
Tips berguna buat anda yang berkunjung ke Port Dickson, buat tempahan lebih awal pada waktu yang sesuai bagi mengelakkan kesesakan pelanggan dan parkir yang penuh untuk restoran-restoran tertentu. Rancang perjalanan anda dan selamat bercuti.
[…] anda bercuti di Port Dickson, tidak perlu risau dari segi makanan kerana terdapat banyak kedai makan best di Port Dickson yang mempunyai menu yang pelbagai dari western, asam pedas, makanan tradisional dan […]
[…] satu sebab utama mengapa mereka memilih untuk menginap di hotel sekitar Port Dickson adalah kerana kos penginapan di hotel-hotel di Port Dickson adalah lebih rendah jika dibandingkan […]
[…] selesa. Kedai-kedai makan sedap di Port Dickson juga banyak boleh rujuk artikel kami sebelum ini Tempat Makan Best di Port Dickson. Tetapi kedai makan yang wajib anda singgah sekiranya sudah sampai di Port Dickson adalah Cowboy […]
SAYA SUCJET KEDAI MAKANAN YANG SEDAP JUGA RESTORAN SUKANDS FOOD STATION DIGEMARI SEMUA PELANGGAN NASI AYAM HAINAN PALING TOP DIPORT DICKSON
Boleh hubungi kami melalui whatsapp 0109544944 atau emailkan di writer@pakarpercutian.com untuk kami tambah dalam senarai.