Let’s travel together.

10 Tempat Makan Best di Langkawi yang Patut Anda Cuba

Sumber: Google
4,032

Sebut sahaja Pulau Langkawi, pasti coklat dan pinggan mangkuk merupakan perkara utama yang berlegar-legar di fikiran anda. Masakan tidak, Pulau Langkawi yang merupakan salah satu tempat peranginan bebas cukai di Malaysia ini sentiasa menawarkan pelbagai barangan yang berkualitu pada harga yang lebih murah. Kali terakhir saya pergi ke Langkawi memang mengalami kesukaran mencari tempat makan best di Langkawi dan bagi saya jika travel makan mesti kedai yang sedap-sedap barulah syok.

Pakej Ke Pulau Langkawi Pulau PulauSungguhpun begitu, negeri yang turut dikenali sebagai bumi Helang ini ternyata lebih menyeronokkan dari yang disangka! Mari sertai pengembaraan saya kali ini dalam 10 tempat makan menarik di Pulau Langkawi yang patut anda cuba.

Tempat- Tempat Makan Best di Langkawi yang Patut anda Cuba

1. Laksa Power

Tempat Makan Best Di Langkawi Laksa Power
Gambar: yanmieonline

Jejak saja kaki di bumi Utara ini, pasti Laksa menjadi buruan utama para pelancong sama ada tempatan mahupun luar negara memandangkan laksa cukup sinonim dengan masyarakat setempat di kawasan Utara Malaysia ini.



Tak rugi anda berkunjung ke gerai Laksa Power yang terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Langkawi. Turun sahaja dari kapal terbang, anda boleh berjalan kaki sahaja ke gerai ini untuk merasa rojak dan cendol pulut selain laksa yang dikatakan ‘power’ ini.

Tempat Makan Best di Langkawi
Gambar: yanmieonline.com

2. Restoran Seashell

Kedai Makan Best Di Langkawi Restoran Seashell
Sumber: Google

Bagi anda yang mengidamkan suasana yang tenang dan semula jadi, restoran ini sangat sesuai dijadikan sasaran anda sebaik sahaja sampai di Langkawi! Mana tidaknya, restoran ini menyediakan tempat makan outdoor iaitu di tengah-tengah sawah padi di samping turut menyediakan ruang makan yang romantis di ruang dalam kedai.

Restoran Seashell
Sumber: Google

Bagi anda yang pertama kali melihat sawah padi di depan mata, lokasi makan di tengah-tengah bendang ini pasti mampu memberikan anda satu kelainan baru dan memori yang lebih romantis, apatah lagi jika menjamu bersama yang tersayang.

Sambil makan, sambil berkasih sayang dan sambil-sambil itu juga bolehlah menikmati angin sepoi-sepoi bahasa yang sangat menenangkan.

 

3. Kak Yan Nasi Campur 

Kak Yan Nasi Campur Kedai Makan Best
Sumber : Google

Bagi anda yang suka menjamu nasi campur, Kak Yan Nasi Campur pastinya tidak akan menghampakan! Puluhan jenis menu masakan campur yang dihidangkan di restoran ini sememangnya akan membuatkan anda rambang mata.

Kerabu Bronok
Kerabu Bronok

Antara menu unik dan terkenal di restoran ini ialah kerabu bronok yang dipotong mentah-mentah dan dibuat kerabu. Tidak sah kedatangan anda ke Langkawi jika anda tidak merasa bronok ini kerana hidupan laut ini sukar ditemui dan hanya terdapat paling banyak habitatnya di Pulau Langkawi.

 

4. Hafiz Rojak

Terkenal dengan nama Hafiz Rojak, gerai yang hanya bergerak dengan menggunakan van ini ternyata benar-benar memberi saingan besar kepada makanan-makanan lain di Pulau Langkawi ini.

Hafiz Rojak
Sumber: anniesham.blogspot.com

Selain pernah dikunjungi oleh kru-kru Jalan-Jalan Cari Makan TV3 untuk pengambaran, beliau juga cukup terkenal dengan laksanya yang sedap sehingga pernah memenangi Pertandingan Laksa Lazat peringkat Pulau Langkawi.



Rugi benar jika tidak menikmati laksa yang pernah menerima anugerah ini jika anda sudah sampai ke tanah Mahsuri ini. Van Hafiz Rojak ini boleh ditemui di tepi Pantai Kuah atau Pantai Kok setiap hari.

5. Nasi Dagang Pak Malau

Nasi Dagang Pak Malau
Sumber: Google

Teringin sarapan pagi yang berat sambil bersantai-santai? Anda patut rasa Nasi Dagang Pak Malau yang berdekatan dengan Masjid Kg. Bukit Temin di Kuah, Langkawi ini.

Tempat Makan Best Nasi Dagang Langkawi
Sumber: Google

Bukan sahaja rasa keenakan dan keaslian nasi dagangnya yang menjadi tarikan, malah suasana warung yang selesa dan ringkas juga pasti mampu memberikan anda ‘rasa kampung’ yang nyaman!

 

6. Artisan Pizza

Alang-alang sudah sampai di Pantai Cenang Langkawi, elok juga anda singgah di Artisan Pizza. Selain menyajikan pizza, restoran ini turut menyediakan pelbagai menu ala barat lain seperti burger, sandwich, baguette dan aiskrim.

Artisan Pizza
Sumber: Google

Bagi anda yang mahu makan sambil bersantai-santai di dalam hotel atau homestay, Artisan Pizza sedia menghantar pesanan ke depan pintu anda dengan dari pukul 9 pagi sehingga 12 malam tanpa apa-apa cas tambahan. Percuma? Ya, percuma!

 

7. Islandish Seafood Restaurant

Islandish Seafood Resturant
Sumber Gambar: Wanista.com

Gemarkan makanan laut yang segar? Islandfish Seafood Restaurantlah jawapnnya! Di samping harganya yang berpatutan, anda juga boleh memilih cara masakan pilihan anda, iaitu sama ada dimasak Chinese style atau Thai style. Lebih menggiurkan, anda boleh pilih sendiri hidangan anda dari hidangan laut yang dipamerkan hidup-hidup. Segar dan enak, bukan? Jom cuba tempat makan best di Langkawi Islandish Seafood Restaurant ini.

8. Jom Ikan Bakar

Destinasi Jom Ikan BakarDestinasi menarik seterusnya merupakan Jom Ikan Bakar yang terletak di Padang Matsirat yang menyajikan pelbagai jenis ikan bakar untuk hidangan anda.

Destinasi Makan Jom Ikan Bakar
Sumber: Google

Selain ikan bakarnya yang enak dan lazat, restoran ini turut terkenal kerana sambal belacannya yang sedap dan harganya yang sangat murah.

 

9. Yellow Café 

Jika anda menjejakkan kaki ke sini, jangan keliru pula jika anda melihat ramai pelancong asing di kafe ini. Anda masih di Langkawi, jangan bimbang! Dek keenakan hidangan ala barat dan aneka menunya, kafe ini sering dikunjungi oleh para pelancong asing mahupun tempatan.

Yellow Cafe Langkawi Kedai Makan Best
Gambar: Yellow Café Langkawi

Lokasi kafe ini yang berdekatan dengan Underwater World Langkawi menjadikannya destinasi pilihan para pengunjung sebagai tempat makan best di Langkawi setelah cuci mata melihat hidupan laut di situ.

10. Restoran Wan Thai

Destinasi terakhir yang patut anda cuba setelah menjejakkan kaki ke bumi Helang ini pastinya adalah Restoran Wan Thai.

Yellow Cafe Langkawi
Gambar: Wanista.com

Restoran ini memang terkenal dengan ‘aura thai’ yang menghidupkan di samping masakan ala Thai yang asli dan sangat enak. Antara makanan terkenal di restoran ini adalah otak-otak yang sarat disajikan udang, isi ketam, ayam dan kerang. Memang tak rugi anda singgah menjamu selera di sini!



Pasti anda terliur membayangkan hidangan-hidangan enak dan segar yang saya kongsikan di atas. Tunggu apa lagi? Cepat-cepat rancang percutian anda ke Pulau Langkawi dan singgah di tempat makan best di Langkawi ini!

Leave A Reply

Your email address will not be published.