Let’s travel together.

Teknik Mudah Simpan Duit Untuk Melancong

1,451

Pasti semua orang memasang impian untuk melancong sekurang-kurangnya sekali dalam setahun tidak kiralah sama ada melancong dalam Malaysia mahupun luar negara. Walaubagaimanapun kadang kala impian itu dibiarkan berlalu pergi kerana kurang berkemampuan atau lebih tepat lagi kekurangan bajet kewangan atau duit untuk melancong.

Kumpul Duit Untuk Melancong

Bagi anda yang benar-benar ingin melancong pasti anda sanggup ikat perut untuk memenuhi impian anda ini.

Simpan Duit Untuk Melancong dengan 6 Teknik Mudah

Tetapi tahukah anda terdapat beberapa cara mudah kumpul duit untuk melancong yang boleh digunakan bagi membuat simpanan bagi tujuan melancong. Jadi anda boleh mengaplikasikan cara ini tanpa perlu menyeksa diri anda untuk berlapar demi menyimpan duit untuk melancong. Antara cara mudah untuk membuat simpanan ialah :

1. Pasang niat atau tujuan

Ini adalah perkara terpenting sebelum anda mengumpul duit kerana dari sini anda boleh tahu untuk apa simpanan ini dibuat. Seterusnya apabila anda pasang niat dan tujuan, anda akan lebih bersemangat untuk membuat simpanan supaya apa yang diimpikan akan tercapai. Jadi adalah sangat penting untuk memasang niat dan tujuan bagi memudahkan anda untuk membuat simpanan untuk melancong.



2. Buat potongan gaji setiap bulan

Wang Potongan Gaji

Bagi anda yang bekerja dengan majikan, anda boleh menggunakan cara ini untuk membuat simpanan bagi tujuan melancong. Anda boleh membuat potongan gaji setiap bulan sekurang-kurangnya RM 100 ke dalam mana – mana akaun bank anda. Jadi majikan anda akan siap-siap buat potongan awal sebelum memberi baki gaji anda.

Anda akan hanya menggunakan gaji yang tinggal sahaja untuk membayar komitment – komitment anda yang lain. Apabila anda menyimpan dengan menggunakan kaedah ini, anda tidak akan boros kerana anda telah pun membuat simpanan awal – awal lagi.

3. Menabung duit syiling

Simpan Syiling

Amalan menabung dari kecil perlu diterapkan dalam diri setiap manusia kerana dari sini terbentuknya satu kebiasaan dalam diri kita untuk terus membuat simpanan untuk kegunaan masa hadapan. Jadi sangatlah penting untuk mempunyai tabung sendiri kerana anda dapat menyimpan duit di dalamnya.

Selalunya orang tidak suka menyimpan duit syiling dalam dompet mereka kerana akan rasa berat, jadi anda boleh menyimpan duit syiling di dalam tabung yang disediakan. Jangan pandang remeh dengan duit syiling kerana sebenarnya anda akan dapat simpanan lebih jika selalu menyimpan duit syling.



Kadang-kadang orang rasa duit syiling ini nilainya rendah tapi hakikatnya apabila anda istiqomah menyimpan, pasti anda sendiri akan terkejut kerana hasil yang anda dapat bukan sedikit tapi banyak. Jadi raji-rajinlah diri untuk membuat simpanan duit syiling.

4. Main kutu

Main Kutu

Cara ini merupakan cara yang paling popular dikalangan orang perempuan khususnya orang-0rang kampung. Walaupun ada sesetengah orang rasa cara ini sudah lapok tetapi sebenarnya dengan kaedah ini anda dapat meningkatkan simpanan anda untuk kegunaan masa depan.

Kebiasaanya orang yang bermain kutu ini perlu menunggu giliran sebelum mendapatkan simpanan hasil daripada main kutu. Tetapi anda perlu pastikan anda bermain kutu bersama dengan orang-orang yang dikenali kerana ada juga orang yang mengambil kesempatan dengan menipu orang ramai. DUit dari simpanan main kutu ini anda boleh digunakan semasa melancong nanti.

5. Buat kerja “Part Time”

Kerja Part Time

Dengan kegawatan ekonomi sekarang, kerja “part time” ini menjadi pilihan ramai orang kerana dengan kerja sampingan inilah membantu kewangan orang ramai. Jadi bagi anda yang benar-benar ingin melancong, anda juga boleh menggunakan cara mudah ini dimana duit yang anda dapat dari kerja “part time” ini, anda boleh menyimpan dan seterusnya anda boleh gunakan untuk perbelanjaan semasa melancong.

Anda boleh buat kerja “part time” pada hari cuti seperti hari sabtu dan ahad. Banyak kerja “part time” yang boleh anda buat seperti menjadi pemandu Uber atau Grabcar, bekerja di hotel dan sebagainya. Di samping itu, anda juga boleh menambah pendapatan anda apabila membuat kerja “part time” ini dan gunakan untuk membayar segala komitment anda.

6. Berniaga “Online”

Meniaga Online

Zaman sekarang merupakan zaman perkembangan dunia IT, maka tidak hairanlah jika berniaga “online’ semakin digemari orang ramai. Jika anda tidak mempunyai ilmu dalam bidang perniagaan “online”, anda boleh start dari bawah iaitu bermula dari menjadi perniaga secara “dropship” atau agen terlebih dahulu kemudian barulah anda start dengan bisnes anda sendiri.



Sebenarnya dengan menjadi “dropship” dan agen pun anda dah boleh mendapat keuntungan yang lumayan. Pastikan anda menjadi “dropship” yang tidak bermodal supaya tidak ada kerugian yang akan ditanggung kelak.

Simpan DUit Untuk Melancong

Dengan adanya wang dari hasil berniaga “online,” anda dapat membuat simpanan untuk melancong. Lagipun 9 daripada 10 rezeki adalah daripada perniagaan. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menggunakan cara mudah ini untuk membuat simpanan untuk melancong.

Kumpul duit dan Melancong Ke Seluruh Dunia

Jadi jangan lupa untuk gunakan cara mudah ini bagi mencapat matlamat anda iaitu untuk kegunaan melancong. “Nak seribu daya, tak nak seribu dalih, jadi jika anda sungguh-sungguh pasti anda akan berjaya mencapai matlamat itu. Keenam- enam cara ini boleh anda gunakan untuk menambah simpanan untuk melancong ke dalam mahupun luar negara. Usaha tangga kejayaan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.