Let’s travel together.

PULAU PANGKOR PULAU PERCUTIAN TEPI LAUT

624

Pulau Pangkor merupakan pulau yang terletak di Perak jadi sekiranya anda hendak ke Pulau Pangkor anda perlu pergi ke Lumut, di Lumut ini terdapatnya jeti ke Pulau Pangkor. Pulau Pangkor adalah sebuah pulau yang cantik dan menjadi pilihan pelancong untuk pergi bercuti.

Nama Pulau Pangkor adalah daripada bahasa Thai iaitu “Pang Ko” yang bermaksud pulau yang cantik. Tarikan utama pelancong datang ke sini ialah air laut yang jernih, hidupan laut dan coral yang masih terjaga, dan kecantikan pantai. Pulau Pangkor merupakan salah satu pulau yang bersejarah yang mana ia pernah menjadi kubu Belanda pada zaman dahulu.

Pulau Pangkor

Pelancong yang hendak pergi ke Pulau Pangkor boleh membawa kenderaan sendiri sehingga ke Lumut. Terdapat tempat parking yang telah disediakan disini khas kepada pengungjung yang ingin tinggalkan kereta di Jeti Lumut tetapi perlu membayar harga parking, namun jangan risau ada orang yang akan menjaga kereta anda. Untuk ke Pulau Pangkor anda boleh membeli tiket feri di Jeti Lumut yang beroperasi seawal 6.30 pagi sehinggan 8.30 malam.



Perjalanan ke Pulau Pangkor mengambil masa kira-kira dalam 30 minit, bila sampai disana anda jangan risau tentang pengangkutan kerana banyak van dan teksi telah menunggu di Jeti untuk menghantar anda ke chalet atau resort penginapan. Sekiranya anda ingin melawat tempat-tempat yang menarik di sini, anda boleh menyewa kereta, basikal atau motosikal untuk mengunjungi lokasi pilihan anda di Pulau Pangkor.

Tempat menarik di Pulau Pangkor

TEMPAT-TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI DI PULAU PANGKOR

  • Kota Belanda – Merupakan Kubu peninggalan Belanda yang menjadikan kubu ini tempat penyimpanan bijih timah.
  • Perkuburan Belanda – Sebuah perkuburan Belanda yang juga tempat peninggalan sejarah Belanda pernah datang ke Pulau Pangkor.
  • Batu Bersurat – Menceritakan tentang seorang kanak-kanak telah dibaham oleh harimau, menurut penduduk tempatan juga batu ini asalnya kecil tetapi semakin lama semakin besar.
  • Kilang Satay Fish – Tempat menghasilkan makanan diperolehi dari hasil laut yang fresh-fresh lagi.
  • Kilang Ikan Bilis
  • Tukang Bot
  • Taman Fu Lin Kung
  • Pekan Pangkor
  • Masjid Terapung Pulau Pangkor

PANTAI MENARIK DI PULAU PANGKOR

PANTAI MENARIK DI PULAU PANGKOR

  • Pantai Puteri Dewi
  • Pantai Teluk Ketapang (Turtle Bay)
  • Pantai Teluk Nipah
  • Pantai Pasir Bogak
  • Teluk Man
  • Teluk Segadas
  • Teluk Gedung
  • Teluk Cempedak
  • Teluk Dalam
  • Coral Bay

Pulau Menarik Pulau Pangkor

PULAU MENARIK

  • Pulau Pangkor Laut
  • Pulau Mentangor
  • Pulau Giam

AKTIVITI MENARIK DI PULAU PANGKOR

Aktiviti Pulau Pangkor

  • Island Tour dengan Van – Melawat tempat-tempat menarik di sekitar pulau.
  • Mandi laut dan bersantai di tepi pantai – Anda boleh bermandi manda dan melihat pemandangan yang cantik dan menarik.
  • Memancing ikan dan candat sotong – Jika anda suka memancing jangan lepaskan peluang pergi memancing disekitar perairan Pulau Pangkor.
  • Jungle trekking – Kalau sukakan cabaran bolehlah berjungle trekking di Tortoise Hill.
  • Berkayak – Aktiviti berkayak juga disediakan disini dengan dikenakan bayaran.
  • Snorkeling – Jika nk tengok hidupan laut dan coral yang cantik boleh snorkeling di pulau ini.
  • Scuba diving – Tengok kehidupan di dalam laut yang cantik dan menarik yang ada di pulau ini.
  • Pukat tarik – Hendak merasa menangkap ikan menggunakan pukat tarik, ia bergantung kepada pakej.
  • Water sport – Bermain jet ski, menaiki banana bot, berkayak, island hopping dan bermain bola tampar pantai.
  • Boat trip – Menaiki bot melihat pemandangan di sekitar perairan Pulau Pangkor.
  • Sunset cruising

Tempat Makan Best Pulau Pangkor

TEMPAT MAKAN BEST DI PULAU PANGKOR

  • Warung mans
  • Yee Lin Restaurant
  • Pangkor Kopitiam
  • Sandy Spoon
  • Restoran Pasir Bogak
  • Chef Makbul Kitchen
  • Restoran Fong Leong
  • Daddy Cafe
  • Uncle Lim’s Kitchen
  • Nipah Deli Steamboat & Noodle House
  • Fisherman’s Cove

PENGINAPAN DI PULAU PANGKOR

Penginapan Pulau Pangkor

  • Coral Bay Resort
  • Golden Beach Resort
  • Sea View Resort
  • Uptown Beach Resort
  • Pangkor Sandy Beach Resort
  • Pangkor Village Beach Reseort
  • Pangkor Laut Resort
  • Puteri Bayu Resort
  • Anjungan Beach Resort & Spa
  • Flora Beach Resort
  • Budget Beach Resort
  • Lyana Villa Chalet
  • Nipah Bay Villa
  • Ombak Inn Chalet
  • Purnama Beach Resort
  • Pangkor In Chalet
  • Pangkor Indah Beach Resort

Pulau Pangkor merupakan puau yang sangat cantik disini juga anda boleh merasai pengalaman menjadi nelayan serta menghayati hari-hari seorang nelayan,

Jika anda ada cadangan destinasi percutian yang menarik sila komen di bawah dan saya akan tambah artikel untuk tatapan pembaca semua.

Atau anda ada kenangan manis menginap di mana – mana resort di atas dan mahu berkongi pengalaman, saya harap anda boleh tinggalkan komen dibawah kerana ia sangat membantu orang lain membuat pilihan mereka.

Leave A Reply

Your email address will not be published.