Let’s travel together.

Persediaan Sebelum Melancong Yang Wajib Anda Tahu

3,005

Melancong, bila sebut pasal melancong pasti dalam fikiran sudah terbayang banyak tempat menarik yang ingin kita pergi. Tak kira jauh atau dekat destinasi yang hendak kita tuju, pasti memerlukan persiapan secukupnya betul tak. Bagi anda yang sudah lama berhajat ingin melancong ke luar negara, berikut adalah langkah-langkah persediaan sebelum melancong yang boleh anda ikut terutama bagi yang pertama kali ingin ke luar negara.Persediaan Sebelum Melancong

Persediaan Sebelum Melancong (Keluar Negara atau Dalam Negara) Yang Perlu Tahu

Tentukan Lokasi Percutian

Dari segi lokasi, banyak elemen yang perlu dimasukkan antaranya ialah:Lokasi Persediaan Sebelum Melancong

Ciri-ciri lokasi : apa yang menarik di sana yang membuatkan ia menjadi tempat perlancongan dan adakah anda berminat dengan tarikkan yang terdapat di sana.

Jadi pilihlah lokasi yang menarik bagi anda dan cari sedikit info berkenaan kawasan tersebut terutama maklumbalas daripada pelancong yang pernah ke sana.

Bajet anda : ini yang paling penting, janganlah sampai anda berhutang semata-mata ingin berjalan dan melancong ke luar negara.

Melanconglah mengikut kemampuan anda, buat kira-kira setiap perbelanjaan bagi menampung kos yang diperlukan dengan betul seperti perjalanan, makanan, tempoh penginapan dan duit poket. Jadi pilihlah lokasi yang sesuai dengan bajet anda.


Promosi

Bagi menjimatkan kos perbelanjaan, ada beberapa langkah yang boleh dilakukan seperti pilih lokasi yang menawarkan promosi, pakej percutian yang murah dan beli tiket perjalanan dengan awal atau yang menawarkan promosi.

Tugasan Persediaan Sebelum Melancong Selesaikan Tugasan

Selesaikanlah segala tugasan yang penting terlebih dahulu sebelum anda pergi melancong, risau nanti anda melancong dalam keadaan susah hati dan lebih malang lagi anda terpaksa balik semula bagi menguruskan kerja yang belum selesai dengan sgera.

Sediakan Intinerari

Intinerari ni seperti jadual perlancongan, ia bagi memudahkan urusan anda disana serta melepasi pegawai imigresen dengan lebih cepat.

Ada sesetengah buah negara yang mempunyai kawalan imigresen yang ketat seperti Australia. Jadi bila anda menunjukkan jadual aktiviti anda sepanjang berada di negara mereka akan lebih mudah untuk melepasinya.

Packing Persediaan Sebelum Melancong Pakaian Dan Bag

Sediakan pakaian yang secukupnya berdasarkan cuaca di negara yang anda akan pergi.

Jika negara tersebut sejuk, pastikan anda membawa sekurang-kurangnya sepasang baju thermal, sarung tangan, stokin tebal, muffler, baju sejuk, seluar tebal dan kasut.

Jika bukan musim sejuk, cukuplah sekadar yang diperlukan bagi mengurangkan kos bagasi.



Kalau boleh gunakan bag yang tahan lasak terutama sekali jika anda tidak membawa sekali bag anda bersama, risau sekiranya berlaku perkara yang tak diingini seperti pecah atau roda rosak kerana bag yang banyak menyebabkan bertindih-tindih di dalam kapal terbang.

Ubatan Dan Peralatan

Bawa segala ubat yang anda perlukan dalam satu bekas, label dan senaraikan nama dan jenis ubat bagi memudahkan urusan pemeriksaan imigresen.

Anda juga boleh membawa losyen pelembap kulit ketika musim sejuk bagi mengelakkan kegatalan.Ubatan Persediaan Sebelum Melancong

Bawa barang yang penting seperti botol air yang boleh dilipat atau yang nipis sebab di sesetengah negara luar tidak mempunyai paip air di tandas, jadi anda boleh bawa air dari luar sebelum masuk ke tandas.

Makanan

Anda digalakkan membawa makanan yang tahan lama kerana di sesetengah tempat agak sukar untuk menemui makanan halal bagi yang muslim atau harga makanan yang mahal.

Jadi anda boleh alas perut sementara mencari tempat makan yang sesuai. Makanan yang boleh anda bawa seperti maggie, serunding dan sambal goreng yang kering.

Dokumen

Sediakan segala dokumen penting seperti passport, visa perjalanan, tiket penerbangan, slip tempahan hotel dan segala tiket tempahan yang anda buat.

Dokumen Persediaan Sebelum Melancong Cetak semua dokumen tersebut dan letakkan dalam satu tempat yang selamat.Jika anda lupa mencetaknya, kemungkinan besar kos mencetak di luar agak tinggi.

Yang paling penting, periksa nama anda di laman web imigresen bagi mengetahui status untuk ke luar negara.

Duit Dan Kad

Tukar duit atau mata wang di pengurup wang yang berlesen terlebih dahulu dan sediakan yang secukupnya sebelum berlepas. Elakkan menukarnya di lapangan terbang atau bank bagi mengelakkan cas yang lebih tinggi.

Duit dan Kad Persediaan Sebelum Melancong Aktifkan kad kredit atau kad debit anda dengan hanya menelefon pihak bank atau aktifkannya sendiri melalui internet banking bagi penggunaan kad di luar negara jika diperlukan.

Keselamatan

Daftar dengan kedutaan atau pejabat konsulat Malaysia di negara yang akan anda pergi bagi memudahkan urusan anda jika berlaku perkara tak diingini di negara tersebut.

Pihak kedutaan akan menghubungi anda bagi proses evakuasi dari degara tersebut. Selain itu, anda digalakkan membeli insurans kembara bagi membantu anda jika berlaku kes kecemasan seperti kemalangan jalan raya, mungkin bagi anda tidak berbaloi tetapi “sediakan payung sebelum hujan” lebih elok.

Kedutaan MalaysiaJika anda telah persiapkan segala urusan untuk melancong, anda juga perlu memaklumkan kepada saudara yang terdekat dan jiran bersebelahan rumah anda bagi makluman mereka agar jika ada perkara penting yang perlu disampaikan atau berlaku kecurian dirumah anda.

Anda juga perlu menjaga kesihatan agar segala yang dirancang berjalan dengan lancar, elakkan diri dari melakukan perkara yang boleh menyebabkan kemudaratan.



Peringatan terakhir buat anda, jangan sesekali meninggalkan barangan anda di lapangan terbang, pastikan semua sentiasa ada bersama anda atau jangan terlalu baik hati untuk menjagakan barangan orang yang anda tidak kenal di lapangan terbang. Silap hari bulan anda yang dipersalahkan kerana ada barang terlarang bersama anda.

Leave A Reply

Your email address will not be published.