Pelancaran Rasmi Logo Visit Malaysia 2020
Baru-baru ini Kementerian Pelancongan Malaysia telah melancarkan kempen Visit Malaysia 2020 bersama-sama dengan logo visit malaysia 2020 di Chiang Mai, Thailand.
Slogan ‘Travel.Enjoy.Respect’ dipilih sebagai slogan untuk kempen Visit Malaysia kali ini. Slogan ini dipilih sebagai pemangkin untuk meningkatkan kehadiran pelancong luar ke Malaysia yang akan disambut dengan penuh adat dan menceriakan.
Menurut YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz, kempen ini dijangka menjadikan Malaysia menerima lebih 36 juta pelancong luar menjelang 2020 dan mengutip kemasukan wang asing sekaligus meningkatkan pengaliran wang masuk ke dalam negara kita sebanyak RM168 bilion.
Kehadiran banyak hotel mewah yang baru seperti Four Seasons, Movenpick dan Hilton juga antara yang bakal menyumbang kepada penawaran yang mencecah 1,000 bilik buat para pelancong.
Logo Visit Malaysia 2020
Dengan rasminya logo Visit Malaysia 2020 dilancarkan. Dengan rekabentuk yang ringkas bertemakan warna yang berwarni warni dengan lambang yang mengambarkan identiti Malaysia yang pelbagai kaum dan budaya dengan corak luaran bertemakan setem.
Apa pendapat anda sebagai rakyat Malaysia?Adakah logo dan slogan yang digunakan pada kempen Visit Malaysia 2020 cantik dan catchy kena dengan citarasa anda atau sebaliknya? Jom kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah.