Pakej Umrah Ziarah Turki Terbaik dari cutiumrah.com
Pakej Umrah Ziarah - Mustaqim Travel
Isi Kandungan
Kalau sebut pasal Umrah dan Haji, kami pasti semua orang Islam mempunyai cita-cita untuk menjadi tetamu Allah dan menunaikan ibadah di Tanah Suci ini. Terdapat pelbagai pakej-pakej umrah yang tersedia bergantung kepada bajet dan tempoh perjalanan, dan juga taraf hotel dan jarak hotel ke Masjidil Haram. Salah satu pakej yang popular adalah Pakej Umrah Ziarah Turki.
Umrah ziarah bagaikan sudah menjadi ‘trend’ ramai terutama sekali jemaah dari Malaysia yang mengambil peluang untuk mengunjungi negara-negara berdekatan seperti Istanbul di Turki sebelum mengerjakan umrah.
Bagi yang belum mengetahui keindahan dan kecantikan turki boleh membaca artikel kami sebelum ini Tempat Menarik di Turki bagi memberikan gambaran mengenai Negara Turki dan Bandar Istanbul.
Dengan melawat tempat-tempat bersejarah di Turki dan meyelami keagungan Islam pada zaman Uthmaniyyah pasti dapat , menaikkan semangat juang Islam dalam dada jemaah sekaligus memberikan keyakinan menunaikan ibadah Umrah. InsyaAllah.Ada ke travel agent yang bagus untuk Umrah Ziarah Istanbul ini? Ya! semamangnya ada dan banyak travel agent yang menawarkan pakej seumpama. Tetapi kami ingin mengesyorkan travel agent Cuti Umrah yang dikelola oleh Ustaz Mustakim naib juara program tv Manhajj Mutawwif di Astro Oasis.
Pakej Umrah Ziarah Turki dari cutiumrah.com
Pakej Umrah ziarah Turki berkonsepkan santai dan mesra. Di samping melakukan ibadah umrah jemaah dapat menikmati keindahan negara Turki dan memperoleh ibrah dan pengajaran pada tamadun Islam yang agung suatu ketika dahulu di zaman Khalifah Uthmaniah. Selain itu ianya berkonsepkan pakej mampu milik dan selesaBertaraf VIP untuk semua jemaah.
Dengan Pakej Umrah Ziarah Turki ini jemaah akan dibawa ke Mekah dan Madinah untuk menunaikan ibadah Umrah ( 8 Malam Tanah Suci (4 Malam Mekah, 4 Malam Madinah) dan juga di Turki (4 Hari 3 Malam Istanbul+Bursa). Apa yang menarik ianya termasuk Ziarah Khas ke Toif & Badar.Mutawwif untuk umrah adalah dibawa sendiri oleh Ustaz Mustakim dan untuk pemandu pelancong di Turki akan diberikan pemandu pelancong yang fasih berbahasa Ingeris. Ini termasuk sekali pengangkutan mewah yang akan membawa jemaah dan semua kenderaan yang membawa jemaah dilengkapi kemudahan wifi semasa di Turki nanti.
Penginapan Bertaraf 5 Bintang
Rata-rata yang mencari pakej semestinya akan mencari pakej yang disediakan perginapan yang terbaik. Jadi, dengan Pakej yang disediakan oleh pihak Cuti Umrah ini, jemaah akan disediakan penginapan yang bertaraf 5 bintang.Ya, hotel yang disediakan adalah bertaraf 5 bintang jadi anda tidak perlu risau kerana agensi pelancongan ini tidak seperti agensi yang lain ada sesetengahnya yang memberikan bilih hotel lima bintang tetapi terpaksa duduk seramai 8 orang. Memang tidak selesa dan menganggu urusan ibadah disana nanti.
Pihak Cuti Umrah telah menetapkan harga bilik maksimum hanya untuk berkongsi empat orang tetapi harga yang dibayar adalah agak munasabah dan jauh lebih murah berbanding pakej lain. Jika ingingkan lebih keselesaan boleh memilih untuk bilik bertiga dan berdua tetapi harga anda perlu membayar lebih sedikit.
Senarai penginapan Hotel yang akan disediakan dengan Pakej Umrah Ziarah Turki adalah seperti berikut:
*Sudah termasuk pengangkutan bagi urusan Umrah dari Miqat Tanim
*Penginapan di HOTEL PULLMAN bertaraf 5 bintang dengan jarak kurang 30 meter dari KAABAH disediakan untuk setiap tetamu Allah.
Pengurusan Visa Saudi
Bagi yang belum pernah keluar negara, perkara penting sebelum anda berlepas adalah untuk mendapatkan Visa. Setiap tahun kita membaca berita di akhbar, facebook atau mendengar cerita ramai jemaah yang tidak dapat menunaikan Umrah disebabkan oleh kegagalan mendapatkan Visa Umrah.Kerajaan Arab Saudi memperkenalkan Peraturan bagi mendapatkan Visa Umrah harus melalui Muasasah Arab Saudi yang dilantik. Bermakna pihak Travel Agency (TA) di Malaysia mesti menanda tangani perjanjian untuk bernaung di bawah Muasasah yang menjadi pilihan TA.
Prosedur dan peraturan dalam permohonan Visa sememangnya semakin sukar. Dokumen lengkap perlu disertakan dengan sokongan pihak kedutaan. Kegagalan menyertakan salah satu dokumen sokongan boleh menyebabkan permohonan Visa Umrah ditolak oleh pihak Embassy.
Susah sangat ke nak perolehi Visa Umrah ? Tidak susah sekiranya anda mendapatkan melalui agent yang berdaftar dan sah dan cuti umrah merupakan salah satu agent malaysia yang boleh mendapatkan Visa dan tidak perlu risau akan perjalanan ibadah Umrah anda. Tidak perlu pening kepala dan menyusahkan kerana semua urusan ini diuruskan sepenuhnya oleh pihak Mustaqim Travel. InsyaAllah.
Insurans Perjalanan Takaful Pilgrim Card
Pernah tak anda mendengar kisah jemaah sakit, demam atau mengalami kecederaan di mekah dan tiada wang yang cukup untuk rawatan dan pihak keluarga pula perlu ke sana untuk melwat atau memberi sokongan. Ini mengangu kelancaran program yang dirancang oleh jemaah apabila ke sanan nanti.
Apa yang paling menarik dengan pakej Umrah Ziarah Istanbul Turki dari Cutiumrah.com ini adalah ianya termasuk sekali dengan insurans perjalanan yang akan melindungi dari segi pesakit luar dan juga kecederaan malahan kos untuk keluarga ke sana juga akan ditanggung oleh pihak insurans.
Jom Tempah Pakej Umrah Ziarah Turki Sekarang!
Maklumat penuh Pakej Boleh di semak di cutiumrah.com/pakej-umrah.
Harga untuk pakej Umrah Ziarah Turki ini adalah bermula dari RM 5490 bergantung kepada jenis pakej dan tempoh promosi.
Untuk tempahan dan pertanyaan mengenai harga dan maklumat lengkap pakej Umrah dari cutiumrah.com yang ditawarkan boleh hubungi :
Cuti Umrah (Mustaqim Travel)
163 Wisma Dato’ Rashid
70100 Jalan Zaaba
Seremban Negeri Sembilan
Ust Mustakim : 0132651653 – Link Whatsapp
“TEMPAH SEGERA UNTUK PENGHABISAN SLOT”
Walau sejauh mana bumi dan negara yang pernah dijejaki, tidak akan sama dengan bumi Mekah dan Madinah. Sesiapa yang telah diberikan rezeki untuk menjejakkan kaki ke bumi Mekah dan Madinah pasti akan mengalami pengalaman yang sama.