Pakej Percutian Taman Negara Endau Rompin Pahang
Isi Kandungan
Anda berminat dengan suasana tenang dan aman? Ingin jauh dari kesibukan kota? Sukakan keindahan alam semulajadi? mencari Pakej Percutian Taman Negara Endau Rompin?
Taman Negara Endau Rompin terletaknya di Legeh Sungai Endau dan Sungai Rompin di Johor yang bersempadan dengan Pahang, ia merupakan taman negara yang kedua selepas Taman Negara. Ia meliputi kawasan seluas kira-kira 50,000 hektar yang berumur sekitar 250 juta tahun dan kaya dengan flora dan fauna. Taman Negara ini juga menjadi kawasan tadahan air hujan di sungai Endau dan Rompin yang bersesuaian dengan namanya. Dalam erti kata lain, tempat ini sangat luas. Terdapat pelbagai jenis flora dan fauna yang hidup di kawasan ini menjadikan kawasan ini kaya dengan alam semulajadinya.
Pelbagai jenis flora dan fauna yang terdapat di Taman Negara Endau Rompin, taman ini merupakan rumah yang besar bagi spesies burung, mamalia, katak, serangga dan pelbagai eksotik orkid, herba, tumbuh-tumbuhan perubatan dan pokok-pokok. Pelbagai jenis tumbuhan yang terdapat disini seperti keruing, meranti, paku-pakis, periuk kera dan orkid hutan. Boleh dikatakan setiap kali ekspedisi saintifik di Endau Rompin mesti ada spesis baru akan ditemui. Binatang-binatang itu termasuklah tidak kurang dari 230 spisis burung, 179 spisis kupu-kupu, 43 spisis ikan dan semua mamalia Malaysia yang hebat, seperti badak Sumatra, harimau, gajah, kanchil, rusa dan tenok.
Di Taman Negara Endau Rompin juga terdapat banyak hidupan liar seperti harimau, gajah dan babi hutan serta bilangan badak sumbu Sumatera yang terbesar di dunia. Di sini juga terdapat pelbagai jenis seranggan dan burung yang jarang ditemui di tempat lain. Para pengembara/pelancong yang datang ke sini boleh menyaksikan pelbagai haiwan seperti monyet daun, kera ekor panjang, ungka tangan-putih, gajah, rusa, tapir dan kadang-kadang harimau juga ada.
Taman Negara Endau Rompin – Mitos dan Lagenda
Bagi pencinta kembara dan pengembara sungai, terdapat jeram menyeronokkan dan air terjun yang agar besar di Taman Negara Endau Rompin ini. Terdapat banyak air terjun dan denai-denai yang kecil di dalam taman negara ini, salah satunya Air Terjun Buaya Sangkut dengan ketinggian 120 meter merupakan kawasan air terjun yang paling cantik dan menarik, ianya terdapat lima tingkat air terjun. Taman negara ini juga merupakan kawasan yang penuh dengan mitos dan lagendanya yang tersendiri menjadikannya sebuah kawasan rekreasi dan pelancongan yang menjadi tumpuan ramai pelancong untuk datang ke sini. Di Taman Negara Endau Rompin ini juga adanya penempatan orang-orang asli yang memberikan wawasan yang bernilai tentang budaya orang asli yang unik. Teknik-teknik yang mereka ada seperti tangkas serta mempunyai kemahiran dalam pemburuan dan pengesanan haiwan. Sekiranya anda datang ke taman negara ini anda akan disambut oleh Orang Asli Penempatan di Kampung Peta dan air terjun Upeh Guling serta Buaya sangkut.
Perkhemahan merupakan penginapan yang paling popular yang disukai oleh pelancong atau pengembaran bila datang ke sini. Terdapat empat tapak perkhemahan yang dapat menampung kira-kira 300 ratus orang dalam satu masa iaitu di Kuala Jasin, Batu Hampar, Upeh Guling dan Kuala Marong. Selain tapak perkhemahan chalet dan asrama juga boleh didapati di sini untuk menginap.
Antara Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Dengan Pakej Percutian Taman Negara Endau Rompin:
- Water Confidence
- Berkayak
- Night Walk
- Jungle Trecking
- BBQ
- Mandi Manda Di Air Terjun
Untuk melindungi persekitaran yang harmoni ini dan menjaga flora dan fauna yang ada di taman negara ini, hanya kawasan-kawasan yang terhad dibuka bagi ekopelancongan. Kemasukan ke taman ini memerlukan permit khas dari Johor National Park Corporation.
*Untuk pergi ke Taman Negara Johor Endau Rompin ( Peta ) dari Kuala Lumpur ( KL ) / Johor Bahru (JB ), laluan yang paling cepat sekali ialah melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Keluar di Ayer Hitam atau Simpang Renggam ( jika anda datang dari arah selatan ), terus ke Kluang, dan dari situ ke Kahang ( iaitu jalan kearah Mersing ). Ikuti papan tanda dan teruskan perjalanan sejauh 7km lagi untuk sampai ke pintu utama masuk ke taman Negara.Jika anda datang melalui kenderaan awam, anda boleh mengambil keretapi atau bas ekspres ke Kluang. Kemudian naik bas tempatan atau teksi ke Kahang. Persiapan awal boleh dibuat dengan JNPC ( Johor National Park Corporate ) untuk mendapatkan pengendali kenderaan bagi menjemput anda dari Kahang atau mana-mana tempat antara JB, KL atau Mersing, dan membawa anda menggunakan feri menuju ke taman negara.*
Nota: Taman Negeri Endau-Rompin ditutup semasa musim hujan dari November sehingga Mac. Memancing ikan tidak dibenarkan pada musim ikan bertelur dari September hingga Oktober.
Bagi yang berminat dengan pakej ini boleh hubungi
Hafiz : +6018 958 0144 WhatsApp