Pakej Percutian Ke Acheh | Berbaloi dan Mengikut Bajet Anda
Isi Kandungan
Pakej percutian ke Acheh menawarkan pengalaman yang bermakna dengan lawatan ke tempat-tempat sejarah, melawat tempat-tempat yang mempunyai kesan Tsunami & kebudayaan Aceh.
Tragedi Hitam Yang Menimpa Acheh
“26 Disember 2004”. Tarikh keramat ini telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap seluruh penduduk di bumi nusantara ini. Apa yang berlaku telah menjadi sejarah dan merupakan tragedi yang dahsyat sehingga telah meninggalkan parut hitam di hati penduduk Asia Tenggara terutama di bumi Acheh, Indonesia.
Kejadian yang berlaku tidak boleh diundur masanya, tidak boleh diputar kembali kepada keadaan asal tapi walau apa pon yang berlaku, masih boleh bangkit dari kesedihan, mampu membaiki keadaan supaya jadi lebih baik . Walaubagaimanapun segala yang berlaku tidak harus dikenang lagi, hakikatnya, penduduk Acheh sendiri yang memahami apa yang telah terjadi kepada bumi mereka.
Kedaan Acheh yang musnah teruk bertambah pilu apabila sebilangan besar penduduknya turut terkorban. Anggarannya seramai 260 000 manusia telah meninggalkan keluarga masing-masing.
Namun, setelah apa yang menimpa penduduk Acheh, kini Acheh telah tampil dengan membangun semula. Daerah itu kini meriah dengan banjiran penduduk yang masih meneruskan hidup ditambah pula dengan kehadiran para pelancong yang tidak putus-putus melawat negeri tersebut.
Let’s bygone be bygone. Apa yang telah berlalu, biarkan berlalu. Acheh telah dibina semula demi kepentingan rakyat untuk meneruskan kehidupan mereka. Acheh juga telah mewujudkan banyak tempat-tempat menarik untuk dijadikan destinasi pelancongan yang terbuka kepada penduduk negara lain yang ingin berkunjung bagi membolehkan mereka menikmati keindahan di sana.
Pakej Percutian Ke Acheh Mengikut Bajet Anda
Kami ingin menawarkan pakej pelancongan yang berbaloi dan mengikut bajet anda. Tiga pilihan pakej percutian ke Acheh yang sangat menarik dan yang pastinya akan memberikan anda kenangan yang sangat indah, melihat suasana bumi Acheh yang sangat cerah, ditambah pula dengan penduduknya yang ramah, pasti akan memberikan anda memori yang bakal terpacak megah.
Berikut ialah pakej yang kami tawarkan:
- Titanium: Pakej Acheh- Sabang
Pakej yang mampu membuat anda tersenyum ,dengan menawarkan harga dari RM1025 seorang. Anda akan menghabiskan percutian di Acheh selama empat hari and tiga malam (4 hari 3 malam). Juga berpeluang menaiki feri dari Acheh ke Sabang, jangan risau tentang harga tiket kerana telah termasuk dalam pakej ini.
- Diamond: Pakej Banda Acheh
Harga yang bermula dari RM962 seorang ini turut memberi peluang untuk anda menghabiskan masa selama 4 hari 3 malam di Acheh.
- Gold: Pakej Banda Acheh
Pakej Gold ni merupakan paling murah tetapi mampu selit kenangan terindah untuk anda ketika di Acheh. Berada di Acheh selama 3 hari 2 malam mampu penuhi percutian anda dengan aktiviti yang menyeronokkan.
Dengan pilihan pakej yang pelbagai, anda boleh memilih yang mana berkenan di hati mengikut bajet masing-masing. Yang paling menyeronokkan dalam pakej-pakej di atas, kami akan menempatkan anda di hotel yang bertaraf 3 atau 4 bintang. Penginapan yang selesa menjadi keutamaan para pelancong dan juga menjadi perkara yang penting bagi kami.
Anda juga tidak perlu berlapar kerana makanan akan kami sediakan sebanyak 3 kali sehari:
- Sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam.
Keistimewaan lain yang diberikan ialah:
- Pengangkutan kepada para pelancong untuk mencuci mata ketika di Acheh
- Turut ditemani oleh pemandu yang berpengalaman untuk membawa anda ke destinasi pilihan
- Bayaran tiket ke tempat lawatan
- Diskaun akan diberikan kepada keluarga yang tidak memerlukan katil kanak-kanak, manakala jika memerlukan katil bagi kanak-kanak, harga akan sama seperti orang dewasa.
Apa Yang ditawarkan dalam Pakej Melancong Ke Acheh
Apa yang membezakan pakej-pakej kami ialah tempat lawatan atau destinasi yang akan dituju oleh para pelancong. Tetapi jangan risau sebab semua destinasi yang akan dibawa semuanya menyeronokkan dan memang tempat menarik yang wajib dilawati bila sampai ke Acheh.
- Titanium
- Taman Makam Tsunami
- Muzium Tsunami
- Kapal PLTD Apung
- Kapal Navigasi
- Pelabuhan Ulhee Lheue untuk ke Sabang (Pulau Weh)
- Benteng Jepang
- Pantai Gapang
- Pantai Iboih (aktiviti laut seperi snorkelling, berenang, menaiki bot kaca)
- Masjid Baiturrahman
- Escaped Building
- Kapal atas rumah
- Muzium Negeri Acheh
- Gunongan
- Kedai cenderahati Acheh
- Kubah
- Rumah Cut Nyak Dhien
- Pantai Lhoknga
- Masjid Rahmatullah
- Pantai Lam Puuk
- Bandara Sulthan Iskandar
Kalau anda memilih Pakej Titanium, percutian anda pasti seronok ditambah lagi dengan kemeriahan kaum keluarga ataupun sahabat handai. Kenangan di bumi Acheh pasti terukir indah di dalam ingatan anda.
- Diamond
- Taman Makam Tsunami
- Kapal PLTD Apung
- Kapal Navigasi
- Masjid Baiturrahman Ulhee Lheue
- Escaped Building
- Muzium Negeri Acheh
- Gunongan/ Taman Putroe Phang
- Muzium Tsunami
- Kedai Cenderahati
- Kapal atas rumah
- Universiti Syiah Kuala
- Pasar Acheh
- Rumah Cut Nyak Dhien
- Central of Achehnese Cake
- Pantai Lhoknga
- Masjid Rahmatullah
- Pantai Lam Puuk
Tengok Pakej Diamond ni pon boleh tahan seronok kan. Anda wajib melawat tempat-tempat ni. Senanglah nanti kalau nak berkongsi pengalaman bersama orang lain. 4 hari 3 malam di Acheh tidak akan disia-siakan kerana anda akan membawa pulang kenangan.
- Gold
- Taman Makam Tsunami
- Kapal PLTD Apung
- Kapal navigasi
- Masjid Baiturrahman Ulhee Lheue
- Escaped Building
- Muzium Negeri Acheh
- Gunongan/ Taman Putroe Phang
- Pasar Acheh
- Central of Achehnese Cake
- Pantai Lhoknga
- Masjid Rahmatullah
- Pantai Lam Puuk
Untuk anda yang teringin mencuba makan angin di Acheh, tetapi bajet terhad, boleh menikmati percutian dengan rebut peluang untuk dapatkan pakej Gold.
Nota: Semua pakej yang kami tawarkan tidak termasuk harga tiket penerbangan dan tidak termasuk tipping. Harga yang ditunjukkan jugak boleh berubah mengikut bilangan ahli dan jenis hotel untuk para pelancong.
Jom Tempah Pakej Percutian Ke Acheh
Untuk tempahan dan pertanyaan mengenai harga dan maklumat lengkap pakej percutian ke Acheh yang kami tawarkan boleh hubungi kami:
hafiz : +6018 958 0144
Alamat:
Go Rocket Travel and Tours sdn bhd | 1207997-M(KPK/LN8610)
PT695 Jalan Bakti,
Bazar Dua Tingkat, Tapak Kereta Sewa Machang
18500 Machang. Kelantan
Hafiz : +6018 958 0144 WhatsApp
website : roketleisure.com / roketholidays.com