Let’s travel together.

PAKEJ PERCUTIAN CAMERON HIGHLAND – Percutian Ala-Ala Musim Sejuk

Strawbery Buah Yang Popular Di Cameron Highland
946

Mencari tempat percutian yang sesuai untuk bercuti? Sukakan suasana yang sejuk? Ingin merasa pengalaman bercuti seperti luar negara? Pakej percutian Cameron Highland merupakan lokasi yang sesuai untuk bercuti, Cameron Highland atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah daerah dan pusat peranginan tanah tinggi di PahangMalaysia. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 10°C hingga 20°C. Percutian pada altitud tanah tinggi dengan suhu yang sejuk sangat sesuai untuk jadikan sebagai tempat percutian bersama keluarga, berbulan madu dan juga boleh menjadi destinasi lawatan sambil belajar.

Pemandangan Ladang Teh Pakej Percutian Cameron Highland
Pemandangan Cantik Ladang Teh Cameron Highland

Terdapat beberapa pekan dan bandar di Cameron Highland yang menjadi tumpuan pelancong untuk berkungjung seperti Ringlet, Tana Rata, Brinchang, Lembah Bertam, Kea Farm Tringkap, Kuala Teria dan Kampung Raja.

Pakej Percutian Cameron Highland

Jika anda tidak pernah bercuti di Cameron Highland memang rugi sebab banyak tempat yang menarik ada di sini yang boleh dikunjungi. Duduk di Semenanjung Malaysia tapi tidak pernah pergi ke Cameron Highland memang tidak lengkap ciri-ciri sebagai orang  Malaysia. Pakej percutian Cameron Highland merupakan tempat percutian yang paling popular di Pahang yang menjadi pilihan pelancong untuk bercuti, bukan sahaja menjadi pilihan lokasi di kalangan orang Malaysia sahaja bahkan turut menjadi tumpuan pelancong dari luar negara.

Strawberry Pakej Percutian Cameron Highland
Strawbery Buah Yang Popular Di Cameron Highland

Menjadi tumpuan pelancong untuk melihat keindahan flora dan fauna yang ada di sisni. Jadi tidak hairanlah bila hujung minggu atau cuti sekolah ramai orang datang bercuti di Cameron Highland. Lokasi yang menjadi tumpuan utama ialah Brinchang dan Tanah Rata.

TEMPAT MENARIK PAKEJ PERCUTIAN CAMERON HIGHLAND

Terdapat banyak lokasi yang menarik boleh dikunjungi bila datang ke Cameron Hingland ini, antara tempat-tempat menarik pakej percutian Cameron Highland seperti:

  • Ladang Teh Boh Sungai Palas

Menarik di sini boleh menikmati hidangan teh & pencuci mulut di kafe, melihat pameran, lawat kilang teh, membeli cenderahati teh Boh dan menikmati pemandangan ladah teh boh. Dibuka pada pukul 9.30 pagi sehingga 4.30 petang dan hari isnin tutup serta masuk secara percuma.

  • Boh Teh Garden Di Ringlet

Disini juga boleh merasa teh yang segar dan pelbagai aneka kek, melihat pameran, lawat kilang teh dan melihat pemandangan. Beroperasi pada pukul 9.00 pagi sehingga 4.30 petang dan masuk adalah secara percuma. Menikmati Teh panas dengan pemandangan ladang Teh can menenangkan merupakan aktivita wajib pakej percutian Cameron Highland.

  • Ladang Teh Bharat/Cameron Valley Tea House 2

Boleh menikmati keindahan pemandangan yang cantik dan merasa teh & kek yang ada disini. Selain itu, pengungjung juga boleh melawat kilang membuat teh dan membeli cenderahati yang ada seperti teh warna warni dan pelbagai perisa teh hijau, strawberi, manggo dan sebagainya. Masuk percuma dan waktu boleh datang ke sini ialah dari pukul 9.00 pagi sehinggan 4.00 petang.

  • Ladang Teh Bharat/Cameron Valley Tea House 1

Disini boleh sabtai-santai sambil melihat keindahan pemandangan di ladang teh, merasai teh segar serta pengungjung juga boleh turun ke ladang teh melalui denai jalan yang telah disediakan.  Dibuka pada pukul 9.00 pagi dan tutup pada pukul 4.30 petang serta masuk secara percuma.

  • Cameron Adventurous

Bila datang ke Cameron Hingland dan ingin melakukan aktiviti yang mencabar,boleh menggunakan kenderaan 4×4, jeep ataupun ATV untuk menikmati pemandangan ladang teh di Kuala Terla. Jadi anda boleh datang ke sini dan menyewa kereta dengan harga dari RM10 sehingga RM65 dan waktu operasi bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 6.00 petang.

  • Pasar Malam Di Cameron Hingland

Hanya dibuka pada hujung minggu sahaja jadi kalau pelancong datang ke sini dan ingin berkungjung ke pasar malam untuk membeli pelbagai aneka makanan dan cenderahati datanglah hujung minggu. Dibuka pada pukul 6.00 petang sehingga 11.00 malam.

  • Taman Agroteknologi Mardi

Sebuah tempat penyelidikan yang telah dibuka dibawah pengurusan institusi kerajaan. Tarikan utama Taman Mardi seperti tapak penyemaian, kebun pbunga, ladang dan juga kawasan penanaman untuk pokok-pokok teh, bunga-bungaan, sayuran dan sebagainya.

  • Kebun Strawberi & Cafe/YZ Agro Farm

Pengungjung boleh merasai pengalaman memetik buah strawberi malah anda juga boleh merasa makanan yang ada disini seperti nasi lemak, mee kari atau makanan santai seperti waffle, scone, aiskrim dan sebagainya. Waktu operasi ialah pada pukul 8.30 pagi sehingga 6.30 petang dan tutup pada hari selasa, masuk adalah percuma.

  • KHM Strawberries & Jam

Kebun strawberi yang diusahakan oleh orang melayu, bila datang ke sini anda akan dapat memetik buah strawberi yang fresh. Di sini juga anda boleh merasa makanan yang disediakan di kafe seperti nasi lemak sambal strawberi, acar strawberi, waffle strawberi, scone strawberi, homeade ice-cream dan sebagainya. Pada hari rabu disini tutup dan hari-hari lain beroperasi dengan dibuka pada pukul 8.30 pagi sehingga 6.00 petang dan masuk secara percuma.

  • Cartus Point

Mempunyai pelbagai jenis pokok kaktus baik yang besar atau yang kecil. Jadi jika datang ke Cameron Hingland nak tengok pokok cactus boleh datang ke sini. waktu operasi pada pukul 9.00 pagi sehingga 6.00 petang dan masuk secara percuma.

  • Cartus Valley

Terdapat pebagai bentuk pokok cartus yang menjadi kunjungan pelancong untuk melihat pokok cartus ini. Selain itu, ada juga pokok lain seperti pokok buah epal, pokok bunga dan sebagainya. Waktu operasi pukul 8.00 pagi sehinga 6.00 petang dan ada tiket perlu dibayar untuk masuk.

  • Big Red Strawberry Farm

Disini terdapat pelbagai pokok-pokok buah strawberi yang sangat menarik terutamanya ketika musim  berbuah. Dibuka setiap hari iaitu pada pukul 8.00 pagi sehingga 6.00 petang dan masuk percuma.

  • Kebun Pokok Bunga Lavender

Terdapat pelbagai pokok-pokok bunga lavendar yang cantik dan menarik, disini juga terdapat tarikan pokok bunga yang lain seperti pokok bunga kamelia, pokok bunga mawar, bunga daisly dan sebagainya. Dibuka pada pukul 9.00 pagi sehingga 6.00 petang pada hari isnin sehingga khamis dan 9.00 pagi sehinggan 7.00 petang jumaat dan ahad. Harga tiket untuk masuk ke sini ialah RM8.00 untuk dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak.

  • Taman Rama-Rama

Disini pengungjung boleh bermain dengan rama-rama yang ada secara bebas tanpa halangan pagar, taman rama-rama ini tertutup bagi mengelakkan binatang ini keluar. Selain rama-rama terdapat juga kala jengking, cicak, seranggan kumbang dan juga uar. Dibuka setiap hari pada pukul 9.00 pagi sehingga 6.00 petang dan harga tiket sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.

  • Ladang Lebah Di Cameron Hingland

Ladang Lebah ini juga dikenali dengan Bee Farm, ladang ini merupakan tempat pembiakan lebah yang diletakkan di dalam sarang buatan untuk menghasilkan madu. Disini juga terdapat ruangan tempat untuk membeli produk lebah seperti madu, losyen madu dan juga sabun-sabun yang dibuat daripada madu. Waktu operasi 8.00 pagi sehingga 7.00 petang dan masuk secara percuma.

  • 3D Wall Art Studio Cemaron Hingland

Terdapat pelbagai lukisan mural di dinding 3D yang berlainan pasti membuatkan pengungjung suka untuk datang ke sini. 3D Art Museum Cameron Hingland terletak di aras 2 berdekatan shopping mall di Nova Complex, Cameron Square dan waktu operasi setiap hari pada pukul 10.00 pagi sehingga 6.00 petang. Mempunyai harga tiket untuk masuk ke sini.

  • Muzium Time Tunnel

Muzium ini memaparkan koleksi See Kok Chan iaitu seorang penduduk setempat di Cameron. Sekiranya anda ingin melihat atau mengetahui lebih tentang sejarah Cameron Hingland, sangat dicadangkan untuk melawat ke muzium ini. Waktu operasi untuk masuk ke sini ialah pukul 9.00 pagi sehingga 6.00 petang dan mempunyai harga tiket untuk masuk ke sini.

  • Fragrance Nursery

Disini pengungjung boleh melihat bunga-bunga yang segar dan terdapat juga pokok lain yang tumbuh disini seperti buah strawberi dan juga anggur. Masuk secara percuma dan waktu operasi pada pukul 8.00 pagi sehingga 6.00 petang.

  • Ladang Anggur Bertam Valley

Bila datang ke Cameron Hingland dan ingin memetik buah anggur, boleh datang ke ladang ini tapi perlu periksa dulu waktu musim berbuah setiap ladang anggur di sini. Ini kerana anggur hanya berbuah 2 kali setahun. Disini anda boleh memetik buah anggur dan membeli buah anggur sebagai buah tangan. Waktu operasi 9.00 pagi sehingga 5.00 petang dan masuk secara percuma.

  • Pasar Kea Farm Di Brinchang

Pasar ini menjual pelbagai barangan tempatan seperti buah-buahan strawberi, jagung, oren, sayuran, barangan cenderahati, makanana ringan dan sebagainya.

  • Orkid & Rose Garden

Terdapat pelbagai koleksi bunga ros yang sangat cantik dan mungkin ada sesetengah spesis yang belum anda jumpa di tempat lain. Bunga-bunga lain juga terdapat disini seperti orkid, bunga matahari, bunga raya dan juga periuk kera. Dikenakan tiket untuk masuk ke sini dan waktu operasi dalam pukul 9.00 pagi sehingga 6.00 petang.

  • Puncak Gunung Brincang & Mossy Forest

Sekiranya anda sukakan aktiviti Jungle Trekking di Cameron Hingland juga ada, disini anda boleh mencuba denai-denai menuju ke Puncak Gunung Brincang dan juga ke Mossy Forest.

Cameron Highland tempat makan

TEMPAT MAKAN BEST DI CAMERON HIGHLAND

Antara tempat makan yang best dan sedap bila datang ke Cameron Highland seperti:

  • Cameron Bharat Tea Valley
  • Al Raudhah Arabian Food
  • Medan Selera Tanah Rata, Cameron Hingland
  • Naimah Restoran 1 Malaysia
  • Nik Ikan Bakar & Tom Yam
  • Boh Sungai Palas Tea Centre
Casa Loma cameron Highland
Casa Loma di Cameron Highland

PENGINAPAN DI CAMERON HIGHLAND

  • Cameronian Inn
  • Orchid Haven
  • Planters Hotel
  • Heritage Hotel Cameron Hingland
  • Casa Loma
  • Cameron Golden Hills Resort
  • Jasmine Hotel
  • Hotel Snooze Too
  • Hotel Parkland
  • TJ Lodge
  • Country Lodge Resort
  • Silverstar Hotel

Untuk tempahan dan pertanyaan mengenai harga dan maklumat lengkap pakej percutian Cameron Highland yang kami tawarkan boleh hubungi kami:

Hafiz : +6018 958 0144 WhatsApp

Alamat:

Go Rocket Travel and Tours sdn bhd | 1207997-M(KPK/LN8610)

PT695 Jalan Bakti,

Bazar Dua Tingkat, Tapak Kereta Sewa Machang

18500 Machang. Kelantan

Tel: 60109544944

website : roketleisure.com / roketholidays.com

1 Comment
  1. […] dikunjungi oleh seisi keluarga. Maka tidak hairanlah jika hotel – hotel terutama hotel murah di Cameron Highland sentiasa mendapat kunjungan ramai orang yang terdiri daripada pengunjung dari dalam mahupun luar […]

Leave A Reply

Your email address will not be published.