Pakej Melancong Ke Mesir – Pengalaman Percutian Unik
Isi Kandungan
Advertorial: Pakej Melancong Ke Mesir – Pengalaman Percutian Unik
Apabila sebut tentang Mesir atau Egypt, apa yang bermain di fikiran anda? Saya pasti perkara pertama yang terlintas adalah Piramid dan Firaun. Tetapi sebenarnya terdapat banyak lagi yang masih boleh diterokai dengan pakej melancong ke Mesir yang ditawarkan oleh syarikat Kembara Khalifah (Go Rocket Travel and Tours Sdn Bhd).
Mesir atau dalam bahasa ingeris disebut Egypt merupakan sebuah negara yang menghubungkan antara Timur Tengah dan Timur Laut Afrika. Majoriti penduduk mesir adalah beragama Islam iaitu lebih kurang 90%. Di Mesir jugalah terdapat sungai Nil dan juga banyak-monumen sejarah Islam dan Firaun yang boleh dihayati.
“Promosi Pakej Melancong ke Turki 8 Hari 7 Malam”
Tempat-tempat lawatan Pakej Melancong ke Mesir ini?
Selain negara yang penuh dengan sejarah dan monumen, Mesir juga merupakan sebuah negara yang indah dan salah satu negara yang wajib anda pergi. Dengan pakej melancong ke mesir yang ditawarkan oleh syarikat ini, anda akan dibawa melawat ke tempat-tempat seperti berikut;
- Great Piramid Giza
- Blue Mosque in Cairo
- Kubu Sultan Solahiddin Ayubi
- Masjid 4 Mazhab
- Sungai Nil Putih
- Kilang Kristal Asfour Terbesar di Afrika
- Kilang minyak wangi terbesar di Afrika
- Masjid dan Makam Imam Syafie
- Masjid Amru Al Asr (Sejak zaman Saidina Umar)
- Istana Qarun
- Tasik Qorun
- Kebun Dusun Anggur dan Strawberi
- Istana Raja Farouq
- Perpustakaan bawah laut terbesar di Afrika
- Bazar Khak Khalili
- Perfeum Market
- Kristal Asfour
- Pyparus Hand Mand
- Best Cotton Egypt
- Nile Dinner Cruise
Wow! memang banyak tempat-tempat yang dilawati. Sangat berbaloi jika mengambil pakej melancong ke Egypt dari Kembara Khalifah ini.
Apa yang menarik dengan Pakej Melancong ke Mesir ?
Apa yang ditawarkan dengan pakej ini bukan sahaja tempat-tempat yang menarik ini. Pihak Kembara Khalifah menawarkan perkhidmatan pelancongan yang terbaik. Tour guide di Mesir adalah yang berpengalaman dan professional, dah sampai ladang anggur pun anda siap boleh petik buah anggur yang fresh.
Dengan Pakej ini juga, anda tidak akan dibawa dengan bas tetapi menggunakan MPV yang selesa, sangat sesuai bagi warga tua dan juga keluarga yang ada anak-anak kecil. Pakej yang ditawarkan ini adalah private tour yang mana, anda akan dilayan seperti VIP bagaikan Raja.
Dari segi penginapan, bilik yang didatang bersama pakej ini adalah bilik hotel yang mana lebih selesa. Setiap bilik untuk dua orang. Hotel yang ditawarkan bersama pakej ini adalah hotel bertaraf 3 bintang dan keatas sahaja.
“Memang sangat-sangat berbaloi untuk pakej ini.”
Jenis Pakej dan Harga yang ditawarkan
Empat jenis pakej melancong ke Mesir / Egypt yang ditawarkan adalah seperti berikut;
8 Hari 7 Malam Egypt / Mesir
Bagi anda yang ingin merasakan pengembaraan menggunakan Kereta Api untuk menjelajah tempat menarik di Mesir, pakej ini adalah khas untuk anda. Selain daripada itu anda juga berpeluang untuk belayar ke beberapa tempat untuk melawat beberapa tempat purba di Edfu dan Luxor. –> Lihat Itinery Penuh
6 hari 5 Malam Egypt / Mesir
Pakej ini menawarkan tiga jenis keistimewaan antaranya melawat Kota Cairo, Kota Alexandria, Kota Faiyoom dan tempat menarik islamik. Kota Faiyoom merupakan tempat Nabi Yusuf tinggal ribuan tahun yang lalu. Selain daripada itu, anda juga berpeluang untuk melawat Kampung pyronic untuk mengalami suasa pada zaman usia pyronic. –> Lihat Itinery Penuh
4 Hari 3 Malam Egypt / Mesir
Pakej ini menawarkan tiga jenis keistimewaan salah satunya menikmati keindahan di kota kedua terbesar di Mesir iaitu Alexandria. Antara tempat menarik adalah di Biblioteka Alexandrina yang merupakan sebuah perpustakaan dan pusat kebudayaan yang terletak di persisiran pantai Laut Mediterranean. Dua lagi keistimewaan adalah melawat tempat menarik di Cairo dan tempat menarik islamik. –> Lihat Itinery Penuh
3 Hari 2 Malam Egypt / Mesir
Pakej 3 Hari 2 Malam ini kami tawarkan dengan tiga jenis keistimewaan seperti melawat beberapa tempat menarik di ibu kota Mesir iaitu Cairo di mana ada terdapat salah satu daripada tujuh keajaiban dunia purba. Selain dari itu, kita juga akan mempunyai pakej lengkap untuk melawat di tempat menarik islamik. –> Lihat Itinery Penuh
Jom Tempah Pakej Melancong ke Mesir dengan Go Rocket Travel and Tours Sdn Bhd
Untuk tempahan dan pertanyaan mengenai harga dan maklumat lengkap pakej melancong ke Mesir yang kami tawarkan boleh hubungi kami:
Adni : +6011 5504 8855 WhatsApp
Alamat:
GO ROCKET TRAVEL AND TOURS SDN BHD
Telefon / WhatsApp : : 011 55048855 | Link WhatsApp
Website : http://www.kembarakhalifah.my/
Alamat:
Go Rocket Travel and Tours Sdn Bhd, (1208997-M/KPK LN8610)
Lot 1303 Kg Bharu Kutan, 16250 Wakaf Bharu,
Kota Bharu, Kelantan
Visitor Rating: 5 Stars