Let’s travel together.

Itinenary Ringkas ke Sabah Perkongsian Cik Wana

712

Perkongsian Itinenary Ringkas ke Sabah dari Cik Wana.

Itinenary kali ni wana buat ringkas je.. Nak tulis panjang-panjang malas. Lagi pun ramai yang buat itinenary ringkas ke sabah . So ini just dari side and pengalaman wana bercuti ke sabah kali ni.

Tiket flight kitorang beli awal so dapatlah harga murah jugak . ( Air Asia )Book melalui traveloka
Ticket Return – RM211.30 per person

Itinenary Ringkas ke Sabah

Homestay group wana book melalui AirBnB. Murah dan senang nak deal. Sebab kitorang bermalam di KK dan Kundasang so kitorang book 2 homestay.

Kepayan Cybercity apartment Kota kinabalu

2 malam – RM341/7
—�—�—�—�—�—�—�
Total per person RM50
—�—�—�—�—�—�—

Review :
So far Alhamdulillah, rumah sangat selesa. Ada 3 bilik + 2 bilik air. Dapur lengkap, ada mesin basuh. Parking mudah. Walaupun sampai lewat tengah malam still boleh check in sebab rumah pakai passcode so tak perlu tuan rumah tunggu nak serah kunci. Dalam 5 minit je ke airport kk.

Itinenary ringkas ke sabah Homestay

Himbaan gardenstay Ranau

( Boleh search dkt fb nama homestay)
1 malam – RM230
Add on 2 set tilam – RM50
—�—�—�—�—�—�-
Total per person RM40
—�—�—�—�—�—�-

Review :
Serius, homestay ni die punya pemandangan sangat-sangat cantik. Kalau cuaca cerah tak ada kabus jelas terbentang gunung kinabalu. Boleh nampak puncak gunung dengan jelas. Owner homestay Mr Andrew sangat baik. Sebab waktu ktorang pergi tu tak ada guest lain so ktorang boleh pilih rumah. Dia ada 4 rumah dekat situ. And satu lagi yg wana respect sangat dekat pengurusan . mr andrew ni, Barang-barang dapur non muslim n muslim die asingkan. Waktu kitorang datang pekerja die cepat-cepat tukar perkakas dapur. Sebab ktorang tukar rumah last minit kan.



Tapiiiiiiii! yes ada tapi. Jalan nak ke homestay ni sangat-sangat mencabar bagi pelancong yg tak biasa dengan jalan berbukit tinggi. Seram sejuk jugaklah . Nak naik bukit tayar sangkut dekat dlm tanah lembik. So hati-hatilah siapa yg drive kereta nanti. Perjalanan nak keluar dari kampung pun ambik masa agak lama lebih kurang 30-40 minit jugak.

Itinenary ke Sabah Wana

Kereta sewa :
Kereta sewa wana book online . Boleh refer link ni. http://www.nhelzyrentacar.com ..
Kitorang book Alza tapi sampai-sampai KK, diorang bagi Avanza which is more better .
3 Hari : RM541/7
—�—�—�—�—�—�—
Total per person RM 77.28
—�—�—�—�—�—�—

Minyak kereta
Actually tak sampai pun rm150, tapi sebab takut minyak habis ditengah jalan last day pun ktorang isi lagi. Last-last pulang kereta dengan keadaan full tank.
RM150/7
—�—�—�—�—�—�—�
Total RM 21.40
—�—�—�—�—�—�—

Bas ke Klia2
Kitorang gerak dari kl sentral ke klia2.
Satu hala – RM12
—�—�—�—�—�—�—�—�—�-
RM 24 per person.
—�—�—�—�—�—�—�—�—

Itinenary Ringkas Ke sabah Makan

Makan
Actually kitorang banyak makan merapu. pantang jumpe makanan. Terus terang agak sukar jugaklah nak cari makanan yg kena selera tekak ni. So, yg bawah ni jelah yg boleh direcommended utk korang try.

Seafood- Yang ni kitorang makan dekat pasar filipina. Betul-betul sebelah dataran todak. Kedai yg pertama sekali. Nama kedai lupe.Makan untuk 7 orang semuanya RM96. Kitorang order ikan masak masam manis ( Ikan xtau nama apa tapi ikan color hijau biru ) RM2.50 100gram + Udang 100gram RM5 + sayur kailan goreng. Nak makan seafood murah bolehlah pergi sini.. Syurga seafood.
RM96/7
—�—�—�—�—�—�—
RM13.70 per person
—�—�—�—�—�—�—�

Itinenary ke sabah wana makan

Ayam madu – sedap. Tapi yang wana jumpe sedap dekat pekan kundasang. Average harga RM1.70-RM1.80 – Sayap
RM1- Buntut,bedal, isi ayam



Kedai makan ni dekat area pekan kundasang. Sebelum pergi desa dairy farm boleh singgah kedai makan ni. Bakso dia boleh tahan sedap. Pisang goreng dia sedap. Kedai dia bertentangan dengan tandas awam. Harga pun boleh tahan murah.

Island hoping
RM35/ 3 pulau ( Sapi, mamutik, manukan)
RM7/ per person ( tax untuk pulau)
RM15/ snorkeling equipment
—�—�—�—�—�—�—�
RM57 per person
—�—�—�—�—�—�—

Review itinenary ringkas ke Sabah island hoping :

Itinenary ke Sabah Island Hopping

Utk yang tak tahu,kalau nak pergi island hoping kena pergi dekat jesselton jeti. Dekat area bandar KK jugak. Parking tepi jalan memang susah nak dapat.Dekat sebelah jeti ada kawasan parking.
1Jam = RM1
Dekat kawasan jeti ni pun ada banyak kedai makan so boleh breakfast dulu sblm mandi. Makanan pun murah. Nak makan kt pulau-pulau semua mahal.
Banyak agent yg buat pakej ke pulau ni, korang kena pandai survey je.
Masa sampai tu, kawan wana asal sabah yg deal pasal harga island hoping ni. Dapatlah yg pakej murah-murah. Then, dapat sewa satu bot terus . Takdelah pening kepala nnt nak pindah2 pulau sebab kena tunggu passenger lain.
Bagi wana, sebenarnye pergi 1 or 2 pulau dh cukup. Kalau setakat nak jalan-jalan je dekat semua pulau tu okaylah. Tapi kalau nak snorkeling dekat semua pulau. Agak penat jugaklah..

Pulau sapi – Paling jernih kot antara ketiga pulau. Ikan pun berenang-renang dekat tepi je.

Pulau Manukan/ pulau mamutik – Dua pulau ni singgah sekejap je. Sebab dah panas terik. Tak daya nak berendam. Siap jumpa biawak komodo lagi.

Itinenary Ringkas Ke Sabah Kinabalu Park

Kinabalu Park

Entrance fee – RM3 per person
kalau nak ke kaki gunung kena bayar lagi RM9 per person, nanti korang akan naik van khas utk kesana.

Review :
Kitorang just bergambar dekat entrance je. Tak pergi kaki gunung sebab tak sempat.

Desa dairy farm

Entrance fee – RM5 per person
Ais krim – RM5.90 per cup
Aktiviti lain : Feed the cow
Grass – RM1
Milk – RM1.50

Review :
Sini seronok, walaupun hidung bau lembu je. ais krim dia sedap. Kawasan cantik ala-ala new zealand.

Itinenary Ringkas Ke Sabah Desa Dairy Park

Poring Hotspring

Entrance fee – RM3 per person

Review :
Tak ada apa sangat dekat sini kot. Nak pergi agak jauh dari pekan kundasang. Lebih kurang 33km. Nak mandi semua kena bayar lain. Dia ada canopy walk tp dh tak boleh masuk masa sampai. Maybe dah petang sangat. So dh rugi dekat situ.

Itinenary Ringkas Ke Sabah Pulau Sapi

Pasar Basah KK

Sebelum bertolak ke kundasang, kitorang singgah pasar basah dekat kk, . Situ seafood memang murah giler. Sebab malam dekat kundasang nak buat shell out so kitorang beli sotong, udang, ketam, kepah semua sekali below RM100. Ketam tu banyak giler, walaupun kecik-kecik. RM20 aje selonggok.

Souvenir Itinenary Ringkas Ke Sabah

Kalau nak cari souvenir, korang boleh beli dekat pasar malam kk. Situ jauh lebih murah dari pasar kraftangan pilipina depan tu. Pastikan anda pandai tawar menawar.

Kalau yang nak beli amplang, ikan bilis, ikan kering, dll wana suggest korang pergi pasar ikan kering filipina tu, then cari kedai Ratna no4 tak silap. Situ boleh dapat murah.

Total per person perbelanjaan tidak termasuk shopping tu secara kasarnya below RM500

Another things is wana n kawan2 collect setiap seorang RM60 utk 5 bulan. And kitorang dapat total RM2100. So, bila nak pergi tak adalah sesak sangat nak keluar duit. Rumah, kereta , entrance fee , shell out , minyak kereta semua guna duit kutipan. So total untuk penginapan + transportation + makan + aktiviti untuk per person below RM500. Bawak duit belanja shopping je dekat sana

Itinenary Ke Sabah Tips

Attention bagi yang ingin bercuti ke Sabah :

Untuk sesiapa yang nak cari makan dekat area pekan kundasang maybe boleh elak pergi cafe dekat homestay walai tokou, maybe waktu kitorang pergi je tak tahulahkan. Sebab masa tu dah lapar sangat so kitorang decide untuk singgah. Dekat sini ayam madu dia mmg sedap, tapiii enviroment kedai dia ya allah banyak lalat. Sampai ktorang nak makan pun berkibas-kibas. Owner kedai lansung tak ada alternatif untuk kurangkan lalat.



Untuk yang berjalan-jalan sekitar pasar philipines, dekat situ ada ramai budak philipines mintak sedekah. Hati-hati, kalau korang start bagi sorang duit haaa nanti die bawak geng ramai-ramai lagi.

Untuk yg plan nak duduk dekat homestay himbaan gardenstay tu, hati-hati mase drive masuk dalam ke kampung bundu tuhan tu. Jalan die agak mencabar. Banyak halangan dari segi anjing melepak tengah jalan. Lembu melintas, jalan berlubang. So, kalau korang dah keluar dan nk balik homestay better before 5.30pm. sebab jalan gelap curam sangat bahaya.

Itinenary Ke Sabah Kongsi

Okay itu sajalah.. Percutian ni sebenarnye banyak tempat ktorang tak sempat pergi, masa pun banyak habis dekat jalan raya. Takpelah next time boleh pergi lagi.  Terima kasih sabah!

Itu sahaja perkongsian Itinenary ringkas ke Sabah yang kami dapat dari cik wana. Bagi yang berminat untuk berkongsi boleh emailkan kepada kami di writer@pakarpercutian.com

Leave A Reply

Your email address will not be published.