Isi Kandungan
- 12 Hotel Murah di Shah Alam
- 12. EV World Hotel Shah Alam
- 11. M Avenue Hotel
- 10. The Tree Boutique Hotel
- 9. D’Metro Hotel
- 8. GoodHope Hotel Shah Alam
- 7. Hotel de Art
- 6. Kristal Inn Hotel
- 5. D Bayou Hotel
- 4. Best View Hotel
- 3. Orange Hotel
- 2. 1ST Inn Hotel Glenmarie
- 1. Hotel Sri Muda Corner
- Apa lagi, jom jalan-jalan ke Shah Alam
Jika anda ingin melancong atau bercuti, perkara pertama yang anda fikir mestilah di mana anda perlu menginap selama tempoh percutian. Tidak puaslah kalau bercuti hanya sehari, paling tidak pun anda akan ambil masa selama 3 hari dan sebab itulah anda perlukan sebuah hotel untuk berehat dan tidur setelah penat berjalan. Anda kini tidak perlu risau kerana terdapat banyak hotel murah di Shah Alam.
12 Hotel Murah di Shah Alam
12. EV World Hotel Shah Alam
Sebuah hotel yang terletak di Pusat Perniagaan Bukit Raja ini menawarkan harga yang berpatutan. Hotel murah di Shah Alam ini mempunyai kemudahan wifi percuma, penyaman udara, pembuat kopi/teh, pengering rambut, televisyen, seterika dan pancuran mandi.
Bagi ibu bapa pelajar UiTM yang hendak menghantar pelajar untuk pendaftaran baru dan juga ketika majlis konvokesyen boleh menjadikan hotel ini sebagai transit mereka kerana UiTM Shah Alam hanya 3.46 km sahaja dari hotel ini.
Jom Tempah Hotel Melalui Booking.com
Jom Tempah Hotel Melalui Agoda
11. M Avenue Hotel
Hotel ini dikenali sebagai Avenue Hotel sebelum ditukar kepada M Avenue Hotel. Hotel ini terletak berhampiran dengan kemudahan mesin ATM, salun kecantikan, pasaraya, kedai runcit dan dobi.
Hotel ini mempunyai pelbagai jenis kemudahan seperti meja depan 24 jam, kemudahan internet, lif, parkir, penyaman udara, tempat penyimpanan bagasi, daftar masuk awal, daftar keluar lewat dan lawatan.
Apa yang paling istimewa di sini ialah hotel murah di Shah Alam ini tidak melupakan golongan orang kurang upaya (OKU) kerana hotel ini telah menyediakan kemudahan kepada orang kurang upaya (OKU) seperti bilik mandi mudah diakses OKU, parkir mudah diakses OKU, laluan mudah diakses OKU dan akses kerusi roda.
Jom Tempah Hotel Melalui Booking.com
Jom Tempah Hotel Melalui Agoda
10. The Tree Boutique Hotel
Sebuah hotel yang menerapkan reka bentuk dan seni bina yang menarik. Reka bentuk dan seni bina hotel ini membuatkan anda berasa selesa dan teruja dengan hotel ini.
Anda boleh menikmati keselesaan dan keunikan hotel ini dengan harga di bawah RM 100.Hotel ini terletak berhampiran dengan Hospital Shah Alam iaitu hanya 860 m sahaja dari hotel. Jadi anda tidak perlu risau jika anda mengalami masalah kesihatan.
Kemudahan yang disediakan oleh hotel ini termasuklah kemudahan internet, televisyen, penyaman udara, tab mandi, pancuran mandi, pesanan bilik, parkir mudah diakses OKU dan perkhidmatan penyambut tetamu 24 jam.
Jom Tempah Hotel Melalui Booking.com
9. D’Metro Hotel
Hotel yang terletak di Seksyen 19, Shah Alam ini mendapat maklumbalas dan komen yang sangat memuaskan dari pelanggan yang pernah menginap di sini. Rata-rata mereka memuji keselesaan dan kebersihan bilik di hotel ini selain dari harga yang sangat memuaskan.
Hotel yang bertaraf 3 bintang ini berdekatan dengan Masjid Biru iaitu hanya 3.51 km sahaja dari hotel ini. Dengan ini memudahkan anda mencari masjid untuk menunaikan solat jumaat. Hotel ini juga menawarkan perkhidmatan yang mungkin tiada di hotel-hotel lain iaitu perkhidmatan mesin fotokopi terutamanya untuk pelanggan yang menginap di situ atas urusan kerja.
Selain itu terdapat banyak perkhidmatan lain seperti kopi/teh di lobi, lif, parkir, penyaman udara, kemudahan internet, perkhidmatan dobi, penyimpanan bagasi, bilik keluarga, surat khabar di lobi dan bilik larangan merokok.
Hotel ini juga terletak berhampiran dengan perkhidmatan atm, kedai runcit dan pasaraya.
Jom Tempah Hotel Melalui Agoda
8. GoodHope Hotel Shah Alam
Hotel yang bertaraf satu bintang ini terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Ia merupakan sebuah hotel yang berdekatan dengan Stadium Shah Alam iaitu hanya 830 m dari hotel ini.
Peminat bola sepak pasti menjadikan hotel ini tempat untuk menginap terutamanya apabila perlawanan akhir Piala Malaysia. Hotel tidak lengkap tanpa kemudahan-kemudahan lain seperti kemudahan internet, peti sejuk, tv, perkhidmatan dobi, keselamatan 24 jam, parkir dan lif.
Hotel ini merupakan penginapan mampu milik untuk setiap pelanggan.
Jom Tempah Hotel Melalui Agoda
7. Hotel de Art
Sebuah hotel bertaraf 3 bintang yang mampu milik kerana harga yang sangat berpatutan. Hotel yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam ini 5 sebagai Hotel de Art adalah sempena keunikan reka bentuk dan seni binanya.
Anda boleh menikmati makanan kegemaran anda kerana hotel ini menyediakan makanan yang istimewa untuk pelanggannya. Di sini, anda juga boleh mengakses internet secara percuma dan dengan ini anda boleh membuat kerja anda hanya di dalam bilik.
Selain itu, hotel ini juga ada menyediakan kemudahan lain termasuklah daftar masuk awal, daftar keluar lewat, pesanan bilik 24 jam, pengering rambut, penyaman udara, penyimpanan bagasi, pancuran mandi, tv dan bilik larangan merokok.
Jom Tempah Hotel Melalui Booking.com
Jom Tempah Hotel Melalui Agoda
6. Kristal Inn Hotel
Sebuah hotel yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam ini merupakan pilihan terbaik jika anda ingin melancong ke i-City Shah Alam kerana ianya terletak hanya 990 m sahaja dari hotel ini.
Hotel ini juga mengutamakan privasi pelanggannya sepanjang penginapan dan ini amat sesuai jika anda ingin melancong berseorangan.
Hotel ini juga sangat berbaloi untuk anda yang ingin menginap lama kerana pelbagai kemudahan disediakan seperti penyaman udara, pengering baju, pemanas, keselamatan 24 jam, surat khabar di lobi, menu set makan tengah hari, biliard dan kemudahan internet percuma.
5. D Bayou Hotel
Hotel yang diberi nama D Bayou Hotel merupakan sebuah hotel 3 bintang yang terletak di Jalan Plumbum N7/N, Shah Alam. Hotel ini mempunyai kaunter meja depan 24 jam dari daftar masuk sehingga daftar keluar.
Hotel ini juga menyediakan sarapan pagi dan perkhidmatan parkir yang dikenakan surcaj. Selain itu, anda juga dapat mengakses internet secara percuma selama menginap di hotel ini.
Jom Tempah Hotel Melalui Booking.com
Jom Tempah Hotel Melalui Agoda
4. Best View Hotel
Hotel yang bertaraf 2 bintang ini terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Lokasi hotel ini adalah sangat strategik kerana berhampiran dengan perkhidmatan mesin ATM, salun kecantikan, pasaraya dan kedai.
Hotel ini menyediakan penyambut tetamu 24 jam dan anda boleh meminta atau bertanya apa sahaja sepanjang masa. Hotel ini juga menawarkan sudut internet dan internet percuma.
Selain itu, perkhidmatan shuttle dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah juga disediakan dan ianya dikenakan sedikit surcaj.
Jom Tempah Hotel Melalui Booking.com
Jom Tempah Hotel Melalui Agoda
3. Orange Hotel
Hotel yang bertaraf dua bintang ini terletak di Kota Kemuning, Shah Alam. Kemudahan utama di hotel ini ialah penyaman udara, parkir, wifi percuma, lif dan meja depan 24 jam.
Hotel ini menawarkan harga yang sangat berpatutan dan sememangnya mampu milik untuk setiap orang. Hotel ini juga menyediakan kemudahan lain seperti bilik keluarga, bilik larangan merokok, pancur mandi dengan tab berasingan, dan kabel tv.
Jom Tempah Hotel Melalui Booking.com
Jom Tempah Hotel Melalui Agoda
2. 1ST Inn Hotel Glenmarie
Hotel murah di Shah Alam ini merupakan sebuah hotel yang bertaraf dua bintang yang terletak di Seksyen U1, Shah Alam.
Anda pasti berpuas hati dengan layanan yang baik dan harga yang sangat murah ketika menginap di 1st Inn Hotel Glenmarie ini.
Kemudahan-kemudahan yang disediakan di sini termasuklah kemudahan internet percuma, sudut internet, penyaman udara, pancuran mandi, tv, parkir dan bilik larangan merokok.
Jom Tempah Hotel Melalui Booking.com
Jom Tempah Hotel Melalui Agoda
1. Hotel Sri Muda Corner
Hotel Sri Muda Corner terletak di Alam Avenue dan merupakan sebuah hotel bertaraf dua bintang. Hotel ini menawarkan pelbagai kemudahan yang membuatkan anda berasa selesa semasa menginap di sini.
Di antara kemudahan-kemudahan yang ditawarkan ialah penyaman udara, keselamatan 24 jam, penyambut tetamu 24 jam, parkir, lif, akses kerusi roda dan parkir untuk orang kurang upaya.
Apa lagi, jom jalan-jalan ke Shah Alam
Kesimpulannya, masih terdapat banyak hotel bajet di dalam pekan besar seperti Shah Alam. Hotel-hotel murah di Shah Alam tersebut bukan sahaja mampu milik malah sangat selesa untuk dijadikan tempat menginap selama berada di Shah Alam.
Di kala anda sibuk melancong, penjimatan perlu juga diutamakan, jadi pemilihan hotel bajet sangatlah bertepatan. Tapi jangan lupa singgah tempat makan best yang ada di Shah Alam nanti.