Let’s travel together.

Hotel Murah di Cameron Highland

Strawbery Buah Yang Popular Di Cameron Highland
846

Cameron Highland merupakan salah satu kawasan peranginan yang menjadi tumpuan ramai kerana kaya dengan tempat- tempat yang menarik yang sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga. Maka tidak hairanlah jika hotel – hotel terutama hotel murah di Cameron Highland sentiasa mendapat kunjungan ramai orang yang terdiri daripada pengunjung dari dalam mahupun luar negara.

Cameron Highland Tempat menarik untuk berbulan madu
Sumber: Google

4 Hotel Murah di Cameron Highland Dengan Fasiliti yang Baik

Kebanyakan pengunjung yang ingin bermalam di Cameron Highland pasti akan mencari hotel – hotel yang selesa dan mempunyai bayaran yang berpatutan bagi menjimatkan perbelanjaan ketika melancong. Terdapat beberapa hotel murah di Cameron Highland yang boleh ditempah ketika melancong ke Cameron Highland.

Hotel Murah di Cameron Highland Cameronian InnCameronian Inn merupakan salah satu hotel yang sentiasa sibuk dengan kehadiran ramai pengunjung, ini kerana harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan yang paling penting hotel ini menyediakan tempat yang sangat selesa untuk seisi keluarga bermalam. Cameronian Inn ini terletak di Jalan Camelia, 39000 Tanah Rata dan berdekatan dengan Strawberry Farm dan Ladang Teh Boh.

Cameronian InnTetamu yang menginap di sini boleh bersiar di taman yang indah di samping melayari Wifi secara percuma di bahagian lobi. Hotel ini menyediakan 18 ruang bilik dan ada sesetengah bilik yang mempunyai bilik air persendirian manakala yang lain perlu berkongsi bilik air.



Selain itu, cafe juga disediakan bagi para pengunjung yang menginap di hotel ini bagi memudahkan pengunjung untuk menjamu selera tanpa perlu berjalan jauh.

Cameronian Inn Hotel Murah di Cameron HighlandPerkhidmatan yang disediakan oleh hotel ini sangat berbaloi dengan bayaran hanya RM65 semalam. Bagi pengunjung yang ingin mencari hotel yang murah dan memberi perkhidmatan yang terbaik, bolehlah mencuba hotel Cameronian Inn ini.

Klik untuk Tempahan Cameronian Inn – Agoda<

 

Hotel Murah di Cameron Highland Orchid HavenSeterusnya ialah hotel Orchid Haven yang terletak di Persiaran Camelia 4, 3900 Tanah Rata. Hotel ini terletak berhampiran dengan Kampung Orang Asli dan sangat sesuai bagi pengunjung yang inginkan kelainan dalam percutian mereka. Orchid Heaven ini juga merupakan satu hotspot untuk backpakers dari pelbagai negara untuk menginap.

Hotel Orchid HavenHotel ini menyediakan tempat berteduh yang sangat selesa dengan menyediakan katil yang empuk di samping kemudahan internet secara percuma. Bayaran yang diperuntukkan untuk satu malam di hotel Orchid Haven ini ialah sebanyak rm90 sahaja.

Selain itu juga, Planters Hotel juga menjadi salah satu hotel yang turut menjadi tumpuan ramai pengunjung apabila bercuti di Cameron Highland kerana hotel ini terletak tidak jauh dari jalan utama dan bandar.

Orchid Haven Hotel Murah di Cameron HighlandHotel  yang berharga dari RM155 untuk semalaman ini menyediakan banyak kemudahan yang sangat berbaloi dengan wang yang dilaburkan untuk menginap di sini. Antara kemudahan yang disediakan ialah Wifi percuma, ruang bilik air persendirian bagi setiap pengunjung di samping setiap bilik mempunyai TV skrin rata dan Astro serta shower air panas yang disediakan bagi pengunjung yang ingin memanaskan badan.



Hotel Planters ini terletak di Jalan Besar, Tanah Rata.

>Klik untuk Tempahan Hotel Orchid Haven – Agoda<

Bagi pengunjung yang ingin mencuci mata sambil mencari penginapan yang murah bolehlah mencuba Heritage Hotel Cameron Highlands yang terletak di Jalan Gereja, Tanah Rata. Hotel Heritage Cameron Highland ini menawarkan pengalaman hotel butik yang lengkap dengan pelbagai fasiliti di samping suasana yang selesa. Perkhidmatan yang disediakan juga adalah seperti hotel 4 bintang yang lain.

Kedudukan hotel ini yang strategik juga menjadi salah satu penyebab kepada kehadiran pelancong kerana dari tingkap bilik pelancong boleh melihat pemandangan Tanah Rata dan hotel ini sering diliputi dengan kabus putih yang nyaman. Antara kelengkapan yang disediakan oleh pihak hotel ialah bilik dengan TV berserta Astro, kemudahan membuat the dan kopi dan peti sejuk kecil.

Antara kelainan yang ditonjolkan oleh hotel ini yang menyebabkan hotel ini menjadi menarik adalah taman, perpustakaan dan juga restoran yang disediakan khas untuk para pengunjung yang menginap di hotel ini. Bayaran bagi satu malam ialah bermula dari RM188. Bayaran ini sangat berbaloi dengan perkhidmatan 4 bintang yang disediakan oleh pihak hotel.

Hotel Murah di Cameron Highland Hotel Jasmine

Seterusnya ialah hotel Jasmine yang beralamat di No  29 – 32, 39100 Brinchang, Cameron Highland. Hotel ini merupakan salah satu pilihan hotel murah di Cameron Highland yang popular kerana menerima bayaran bagi satu malam bawah dari RM100.

Antara tempat yang berdekatan dengan hotel Jasmine ini ialah taman rama – rama, ladang kaktus dan Ladang Teh Boh. Tetamu akan diberi bilik yang dilengkapi dengan TV berserta Astro, bilik air persendirian dan cerek elektrik.


Hotel ini juga terletak di lokasi yang sangat strategik di mana para pengunjung tidak perlu risau jika ingin mencari juadah makan malam mahupun malam siang kerana hotel ini terletak berhampiran dengan restoran dan kedai makan lain.

Akhir sekali, bagi peminat cerita The Smurf bolehlah merasai kehidupan di perkampungan orang kerdil yang terletak di Chateau Avenue, Brinchang. Hotel ini diinspirasikan dari cerita kartun popular tahun 1990han.


Banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel antaranya ialah meja kerja, bilik dan TV serta taman permainan berhampiran dengan hotel khas buat anak – anak tetamu. Harga bagi satu malam I HOTEL Smurf Inn ini ialah RM 120.

Bagi pengunjung yang ingin menikmati kehidupan seperti di alam fantasi bolehlah mencuba hotel ini dengan harga yang sangat berbaloi.

>Klik untuk Tempahan Hotel Jasmine – Agoda<

Hotel-hotel yang menawarkan harga yang murah ini sangat membantu sektor pelancongan di negara ini, ini kerana ramai pengunjung yang ingin menikmati keindahan alam tetapi tidak mempunyai bajet yang mencukupi. Dengan adanya hotel-hotel murah di Cameron Highland ini, pengunjung dapat meluangkan waktu cuti bersama keluarga tersayang di samping dapat merehatkan minda dari tugas seharian di pejabat.



Banyak manfaat yang boleh diperoleh oleh pengunjung dengan adanya hotel – hotel murah ini terutamanya dalam mengatur perbelanjaan keluarga sewaktu bercuti.

1 Comment
  1. […] ini kami pernah berkongsi artikel hotel murah di Cameron Highland, tapi kali nie kami kongsikan Homestay di Tanah Rata yang terbaik sebagai panduan bagi yang memilih […]

Leave A Reply

Your email address will not be published.