Let’s travel together.

Homestay Murah di Port Dickson | Swimming Pool dan Pemandangan Pantai

2,250

Advertorial: Homestay Murah di Port Dickson | Swimming Pool dan Pemandangan Pantai

Bila tiba musim cuti sekolah atau hari minggu, ramai yang merancang untuk bercuti bersama-sama dengan keluarga. Banyak faktor yang mendorong untuk pergi bercuti bersama dengan keluarga antaranya adalah untuk menghabiskan masa dengan orang tersayang atau bagi mengurangkan tekanan. Salah satu destinasi percutian yang menjadi pilihan adalah Port Dickson terutama sekali bagi yang tinggal berdekatan dengan ibukota Kuala Lumpur.

Port Dickson PD

Apa Yang Best Di Port Dickson

Terdapat banyak tempat menarik di Port Dickson yang menjadikan Port Dickson sebagai salah satu destinasi pilihan selain pemandangan pantai yang catik dan sesuai untuk keluarga atau kumpulan. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di Port Dickson antaranya adalah bermandi manda di pantai, banana boat, jetski, jungle trekking (rumah api tanjung tuan), memancing dan ativiti yang paling popular adalah berkhemah di tepi pantai.

Restoran Chardin Seaview Seafood Halal Port Dickson

Andainya anda bercuti di Port Dickson, tidak perlu risau dari segi makanan kerana terdapat banyak kedai makan best di Port Dickson yang mempunyai menu yang pelbagai dari western, asam pedas, makanan tradisional dan sebagainya.

Marina Avilion Admiral Cove

Dari segi penginapan seringkali menjadi pilihan utama adalah hotel bagi penginapan singkat tapi untuk penginapan semasa bercuti dengan keluarga ramai yang memilih homestay atas faktor kelebihan yang terdapat jika menginap di homestay.

Kelebihan Memilih Homestay Sebagai Tempat Penginapan di PD

1. Harga Lebih Murah dan Fleksibel Berbanding Hotel

Bagi yang biasa menginap di homestay, anda pasti mengetahui bahawa memilih untuk menginap di dalam homestay adalah lebih baik dari mendapatkan bilik – bilik hotel. Bayangkan anda boleh mendapatkan sebuah rumah yang boleh didiami sehingga 7 – 8 orang di dalam satu rumah berbanding dengan menyewa bilik hotel yang hanya boleh didiami oleh 3 – 4  orang dengan harga yang lebih kurang sama. Harga purata sebuah homestay adalah RM 150 iaitu sama dengan sebuah bilik hotel.

Tambahan lagi, anda boleh berurusan terus dengan pemilik homestay dan mungkin mendapat lebih diskaun berbanding anda memilih hotel yang mana harga adalah tetap mengikut kadar yang telah ditetapkan.

2. Penginapan yang lebih luas dan Bebas

Bagi yang belum pernah merasai pengalaman menginap di homestay, pasti anda tidak yakin dengan keselesaan di homestay berbanding hotel. Sebenarnya, untuk percutian dengan ahli yang ramai homestay adalah lebih baik berbanding hotel kerana ianya lebih luas dan bebas untuk bergerak tidak seperti menginap di hotel. Anda akan mengalami pengalaman seperti berada di rumah sendiri tetapi dengan kelebihan fasiliti yang setaraf hotel selain masih dapat bersama-sama dengan ahli kumpulan tanpa berpecah dan

3. Lebih Privacy Untuk Bersama Keluarga

Ruang Rehat Homestay Port Dickson

Perkara yang amat dititik beratkan semasa bercuti adalah privacy. Homestay adalah lebih baik bagi percutian bersama keluarga kerana privacy keluarga anda terjamin sebagai contoh ahli keluarga yang ramai tetapi keluarga kecil yang berbeza boleh menginap di bilik berasingan. Lebih mudah untuk bersiap sebagai contoh aurat bagi kaum hawa dan juga lebih selesa menukar pakaian di bilik berasingan.

4. Kemudahan Yang Setaraf Hotel

Apa yang paling best adalah kemudahan yang ditawarkan apabila menginap di homestay. Sebagai contoh kebiasaan di homestay terdapat kemudahan seperti microvae, dapur dan peti ais dan yang paling best bagi yang ingin berjimat anda boleh memasak dan makan bersama di ruang homestay yang luas.

Avilion Admiral Cove Homestay Murah di Port Dickson Yang Sesuai Untuk Keluarga

Avilion Admiral Cove PD

Bagi yang mencari penginapan murah di Port Dickson dan memilih homestay sebagai tempat penginapan, anda boleh mencuba untuk menginap di Homestay Murah di Port Dickson yang diuruskan oleh En Fikri. Encik merupakan salah seorang pengusaha homestay murah di Port Dickson dan mempunyai beberapa unit homestay. Salah satu unit yang dimiliki oleh En Fikri adalah studio apartment di Avilion Admiral Cove.

Bilik Homestay Murah Port Dickson

Avilion Admiral Cove merupakan hotel bertaraf 5 bintang di Port Dickson tetapi mempunyai unit apartment yang bersebelahan unit hotel. Lokasi Avilion adalah di Batu 6 Port Dickson dan banguna yang betul-betul bersebelahan marina menyajikan pemandangan pantai yang cantik dan juga pemandangan bot-bot mewah yang berdekatan hotel.

Toilet Port Dickson

Homestay Port Dickson avilion admiral Cove ini juga menawarkan fasiliti hotel. Bagi yang malas keluar untuk mencari breakfast, anda boleh terus tempah untuk sarapan pagi di hotel dengan bayaran tambahan terus kepada hotel. Kalau pergi bercuti makan adalah perkara pertama yang dititikberatkan, oleh itu sarapan yang ditawarkan hotel ini amat berbaloi.

Kolam Renang Admiral Cove

Kemudahan hotel seperti kolam renang juga boleh digunakan. Bagi keluarga yang mempunyai anak kecil, semestinya Swimming Pool adalah perkara wajib kerana kanak-kanak dan orang dewasa amat mengemari aktiviti di kolam renang. Kolam renang juga adalah amat luas dan terbahagi kepada dua bahagian untuk kanak-kanak dan dewasa.

Homestay Port Dickson murah

Bayangkan anda menempah homestay dengan harga yang jauh lebih murah berbanding hotel, anda boleh semak terus di laman web tempahan hotel dan membandingkan harga homestay yang ditawarkan ini. Apa yang best, anda menempah homestay tetapi anda masih menggunakan fasiliti hotel yang bertaraf 5 bintang.

Homestay Murah di Port Dickson

Jom Tempah Homestay Murah Di Port Dickson Sekarang !

Apa tunggu lagi, buat tempahan anda sekarang. Anda boleh menghubungi Encik Fikri untuk menempah Homestay Murah di Port Dickson.

HOMESTAY PORT DICKSON

Hubungi : Tekan untuk WhatsApp (019 660 4093)

1 Comment
  1. […] Untuk yang mencari penginapan homestay di Port Dickson, boleh cuba servis dari Encik Fikri. –> klik […]

Leave A Reply

Your email address will not be published.