Let’s travel together.

Dash Box Hotel – Keunikan Tersendiri Hotel di Cyberjaya

588

Cyberjaya merupakan salah satu tempat yang kaya dengan pembangunan yang hebat dan sering menjadi tumpuan ramai orang kerana suasana bandar yang dipenuhi dengan pelbagai kelengkapan dan fasiliti. Hah kalau semua nak tahu Dash Box Hotel di Cyberjaya merupakan salah satu hotel yang wajib dilawati kerana hotel ini antara hotel yang popular dan menjadi pilihan ramai orang untuk bermalam.

Hotel Di CyberjayaHal ini kerana hotel ini menyediakan pelbagai fasiliti dan suasana yang berbeza dengan hotel – hotel lain. Terdapat banyak keistimewaan yang berjaya menarik ramai pengunjung untuk bermalam di sini. Bukan hanya mendapat tumpuan pengunjung tempatan tetapi juga sering menjadi tumpuan pengunjung luar negara.

Keunikan Tersendiri Dash Box Hotel di Cyberjaya

Hotel Dash Box ini mempunyai keluasan 16,187 meter persegi terletak di dalam kawasan Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia ( MaGIC). Hotel ini menyediakan tempat yang paling sesuai untuk kita yang agak stress dengan dunia pekerjaan kerana tempat ini sesuai untuk merehatkan minda. Hotel ini juga terletak tidak jauh dari lapangan terbang iaitu kira -kira 30 minit sahaja.


Reka bentuk hotel ini diilhamkan dengan penuh teliti dan memberikan refleksi hotel yang inovatif dan bergaya moden.  Para tetamu di penginapan ini boleh menikmati sarapan pagi Kontinental atau sarapan pagi Inggeris/Ireland

Apa Yang Menarik di Dash Box Hotel Cyberjaya ini?

Selain daripada fasiliti yang disediakan oleh pihak hotel, terdapat juga ruang yang menarik disediakan khas untuk tetamu hotel ini. Antaranya ialah ruang rekreasi seperti Flex lengkap dengan peralatan kecergasan, taman, kolam renang infiniti, Dashikidz, the hotel’s kids club dan The Chamber Boardroom. Kolam renang infiniti antara perkara yang sering menjadi tumpuan ramai ini kerana berdasarkan pengalaman orang ramai yang telah bermalam di hotel ini dan mereka semua sangat berpuas hati dengan kolam infiniti yang disediakan.

Fasiliti di Dash Box Hotel Cyberjaya

Terdapat banyak fasiliti yang disediakan oleh pihak hotel untuk  menjamin keselesaan pengunjung. Antara fasiliti yang disediakan adalah tetamu boleh menikmati kemudahan seperti Wifi percuma di setiap bilik di samping kawalan ketat dari pengawal keselamatan 24 jam. Selain itu, parking percuma disediakan untuk pengunjung yang bermalam di hotel itu. Para pengunjung juga boleh meringankan diri dengan bersenam kerana terdapat pusat kecergasan di dalam hotel ini. Restoran, kedai cenderahati dan stesen cas kuasa juga antara kemudahan yang disediakan oleh pihak. Sangat  berbaloi jika semua fasiliti ini dengan harga yang ditawarkan.

Dash Box Hotel Cyberjaya Sesuai untuk Majlis Rasmi

Hotel ini juga sesuai menjadi lokasi mengadakan majlis perkahwinan atau majlis – majlis lain  kerana ruang syiling yang tinggi dan sempurna. Mya cafe juga antara salah satu tarikan yang disediakan oleh pihak hotel. Mya cafe mempunyai dekorasi yang menarik dengan gabungan pelbagai jenis konsep. Mya cafe ini sarat dengan warna dan dekorasi seperti bingai gambar artis – artis popular hollywood serta hiasan dinding yang menarik. Manakala lantai dan syiling  mempunyai corak yang sama iaitu bercorak segi empat sama dengan rona waena hitam dan putih (check), dan menyerlahkan lagi elemen chic dan funky. Selain itu Mya cafe juga menyediakan hidangan masakan Thai, Vietnam, China, India dan Bali. Akhir sekali adalah kemudahan menyewa basikal  kerana kawasan ini terkenal dengan kawasan berbasikal.

Jenis Bilik dan Harga Dash Box Hotel Cyberjaya

Terdapat 87 bilik yang terdiri daripada dash twin, dash studio dan dash deluxe. Setiap bilik menampilkan kelainan melalui dekorasinya yang berkarakter.

Bilik Hotel Dash Cyberjaya

Bilik dash studio lebih sesuai untuk mereka yang mengembara solo, manakala bilik dash jenis Twins pula lebih sesuai untuk mereka yang berhoneymoon atau bercuti secara berpasangan.

Dash Box Hotel di Cyberjaya

Manakala bagi mereka yang bercuti dengan keluarga yang lebih ramai pasti menempah bilik jenis dash Deluxe kerana bilik ini besar  dan cukup selesa. Bilik deluxe ini lengkap dengan balkoni, katil super king dan pemandangan sempurna menghadap kolam renang. Set sofa dan televisyen mudah alih juga tersedia di dalam bilik dash deluxe.Dash Deluxe Hotel di Cyberjaya

Semua bilik mempunyai bilik mandi peribadi dengan bidet dan pancuran mandian serta selipar.

Harga yang ditawarkan di hotel ini adalah sangat berpatutan. Harga bagi setiap bilik adalah berbeza mengikut fasiliti yang disediakan dalam sesebuah bilik. Bagi bilik jenis twins harga boleh dapat sekitar RM145. Bagi bilik jenis  studio boleh dapat kurang dari harga bilik jenis twins, manakala bagi bilik jenis deluxe, harganya lebih daripada kedua jenis bilik lain kerana kemudahannya lebih banyak dan selesa. Hotel ini juga terletak berdekatan dengan District 21 IOI City, IOI City Mall dan Axiata Arena..

Jom Tempah Bilik Di Dash Box Hotel di Cyberjaya

Hotel Dash Box Cyberjaya sememangnya penginapan yang ideal bagi mereka yang ingin mencari keindahan semula jadi dan keselesaan. Hotel ini juga mempunyai dekorasi yang unik untuk dilawati dan dikunjungi. Maka tidak hairanlah jika hotel ini menjadi antara hotel di Cyberjaya yang popular dan sering menjadi bualan orang ramai.

Anda boleh membuat tempahan melalui Agoda atau Booking.com

>Tempah Melalui Booking.com<

>Tempah Melalui Agoda<

Hotel yang terletak di tengah Bandar ini juga menyediakan pelbagai fasiliti yang terbaik dan mendapat pujian ramai orang yang telah meluangkan masa cuti mereka di hotel ini. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mengamati keindahan

Leave A Reply

Your email address will not be published.