7 Aplikasi Smartphone Untuk Travel Yang Berguna Semasa Bercuti
Isi Kandungan
Ingin bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah ini?? Tentu anda mahukan perjalanan percutian yang teratur dan lancar tanpa sebarang masalah. Pada zaman moden serba canggih sekarang ini, semua perkara boleh menjadi mudah, termasuklah dalam perancangan dan perjalanan percutian. Apa yang saya maksudkan di sini ialah wujudnya banyak aplikasi smartphone untuk travel yang boleh kita guna semasa bercuti, sama ada dalam mahupun ke luar negara.
Aplikasi smartphone untuk travel ini kebanyakkan dicipta untuk memberi panduan dan informasi yang berguna kepada traveller ketika percutian, seterusnya memudahkan dan melancarkan perjalanan mereka.
7 Aplikasi Smartphone Untuk Travel Yang Berguna Semasa Bercuti
Nak tahu aplikasi travel apa yang anda wajib install di dalam telefon pintar anda?? Let’s check it out!
1. TouristEye
Nak upah pemandu pelancong? Kos lagi.. rasa macam tidak berbaloi sahaja jika hendak menggunakan bajet travel kita untuk mengupah agent pelancongan sedangkan ada banyak cara lain yang boleh memudahkan kita. Anda sudah tidak perlu lagi untuk mengupah pemandu pelancong jika ingin travel ke mana-mana sahaja jika anda menggunakan aplikasi TouristEye.
Download aplikasi ini pun percuma sahaja. TouristEye dapat membantu anda merancang jadual perjalanan untuk hari percutian dan segala informasi yang telah dimuat turun boleh dirujuk semula semasa bercuti walaupun anda tidak mempunyai internet connection.
Sebut sahaja ke mana destinasi percutian anda, anda akan mendapat segala maklumat tentang tempat menarik dan aktiviti yang boleh dilakukan di sana secara terperinci termasuklah komen-komen daripada pelancong terdahulu.
2. XE Currency
Aplikasi XE Currency sangat sesuai untuk anda yang suka shopping/berbelanja atau mempunyai bajet yang terhad semasa travel. Aplikasi ini memudahkan anda untuk menukar setiap nilai matawang dari seluruh pelosok dunia dengan kadar tukaran matawang yang terkini.
Aplikasi ini juga boleh diakses walaupun anda tidak mempunyai rangkaian internet. Perbelanjaan anda akan lebih terkawal semasa percutian dan dapat mengelakkan risiko penipuan dalam semua perkara yang melibatkan duit.
3. Waze
Jika anda memandu sendiri atau menyewa kereta semasa travel, amat penting untuk anda mempunyai aplikasi Waze, lebih-lebih lagi jika anda tidak biasa dengan jalan dan kawasan di sekitar. Aplikasi Waze boleh dimuat turun dengan pelbagai pilihan bahasa dunia termasuklah bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Selain menunjukkan panduan jalan yang terpantas kepada pemandu, Waze juga menghantar sebarang berita semasa di sepanjang jalan yang kita lalui seperti bahaya, kereta berhenti, kemalangan dan kadangkala menukar haluan jika terdapat jalan yang boleh dilalui dengan lebih cepat dan sesuai.
Dengan ini, pemanduan anda akan lebih lancar. Aplikasi Waze juga mempunyai icon yang comel membuat kita tidak merasa bosan melihatnya.
4. Grab
Tidak mahu memandu sendiri? Tidak menjadi masalah. Aplikasi yang tidak perlu diperkenalkan lagi iaitu Grab sudah banyak digunakan di Malaysia. Grab juga terdapat di negara-negara Asia tenggara seperti Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia.
Hanya klik sahaja lokasi mana ingin anda tuju, aplikasi Grab akan mencari pemandu GrabCar yang berdekatan dengan anda. Dalam masa beberapa minit, pemandu peribadi anda sudah tiba untuk menghantar anda ke destinasi dituju dengan selamat tanpa anda perlu risau tentang kesesakan lalu lintas.
Dengan harga perkhidmatan yang tetap dan berpatutan, sangat memudahkan anda untuk merancang bajet travel anda.
5. Phrasebook
Anda tentu tidak mahu membawa kamus tebal anda pergi bercuti kan? Tetapi anda takut mereka tidak faham bahasa percakapan anda dan sebaliknya. Jangan risau, anda boleh menggunakan aplikasi Phrasebook yang mempunyai pelbagai bahasa seluruh dunia.
Aplikasi ini dilengkapi dengan frasa dan kosa kata yang sering digunakan semasa travel seperti “thank you”, “how much?” di samping anda juga berpeluang mendengar sebutan yang betul untuk frasa tersebut dalam pelbagai bahasa. Sambil travel, seronok juga dapat belajar banyak bahasa. Penduduk tempatan pasti bangga dan selesa berinteraksi dengan anda.
6. TripAdvisor
Kadangkala setelah membuat perancangan percutian yang teliti, apabila tiba di destinasi, kita merasa ragu-ragu tentang tahap kepuasan yang boleh dicapai jika ke sesuatu tempat di situ. Jadi, apa kata anda install aplikasi TripAdvisor di telefon pintar anda.
Baca juga: Homestay Atau Hotel: yang mana lebih bagus
Selain menyediakan pelbagai maklumat lengkap mengenai hotel, restoran, penerbangan dan aktiviti yang boleh dilakukan di sesuatu destinasi, TripAdvisor memperlihatkan kepada kita review atau pandangan daripada pengunjung-pengunjung lain tentang sesuatu tempat itu.
Dari sini, kita dapat menilai dan membuat perbandingan, seterusnya membuat keputusan yang bijak. Takdelah namanya kecewa di kemudian hari. Anda juga boleh lihat perbandingan harga dari lebih kurang 200 laman web untuk tempahan hotel.
7. 1 Second Everyday
Rugi sangat rasanya jika kita tidak mengabadikan memori-memori indah semasa percutian. Selain gambar, jika anda inginkan sesuatu yang unik untuk dijadikan tatapan di kemudian hari, apa kata anda cuba aplikasi 1 Second Everyday.
Kenapa ia dikatakan unik? Kerana, melalui aplikasi ini, anda hanya perlu merakam video hanya dengan durasi 1 saat setiap hari semasa percutian. Kemudian, kesemua video tersebut akan dikumpulkan menjadi 1 video dan siap untuk dijadikan tontonan seluruh ahli keluarga. Macam seronok kan dengar. Cuba lah. Tentu kenangan dan emosi semasa bercuti dapat dihidupkan kembali.
Itulah 7 aplikasi smartphone untuk travel yang kami rasakan berguna dan sesuai semasa travel tak kira untuk urusan perniagaan atau melancong. Mungkin ada senarai yang kami tidak kongsikan. Sekiranya ada cadangan aplikasi lain boleh komen di ruangan komen dibawah untuk perkongsian bersama.