Let’s travel together.

8 Lokasi Tempat Menarik di Acheh Wajib Singgah

1,052

Indonesia merupakan salah satu negara di Asia Tenggara yang terbesar. Acheh adalah merupakan salah satu daerah yang terdapat di negara tersebut. Pada kedudukan geografi, Acheh  terletak di hujung utara barat kepulauan Sumatera. Bagi para pelancong, Acheh di kenali sebagai Serambi Mekah kerana memberi kelainan kelainan kepada pelancong terutamanya dari segi kerohanian, kesenian dan minda selain loaksi tempat tempat menarik di Acheh yang menjadi tarikan pelancong.Tempat Menarik di Acheh

Selain itu, terdapat pelbagai kesan peninggalan tempat bersejarah seperti kisah bermulanya perkembangan Agama Islam, sejarah para wali, dan  kejadian tsunami pada tahun 2004. Walaupun pernah dilanda kejadian terburuk Tsunami, ia  tidak sama sekali menjejaskan Acheh  yang sedang melalui arus pembangunan yang semakin pesat yang melibatkan sektor pelancongan, kesenian dan Islam.

Terdapat pelbagai bantuan yang diterima lebih daripada 50 buah negara membantu dalam arus pembangunan negara berkenaan. Selari dengan pembangunan Acheh, sektor pelancongan juga menjadi salah satu sumber ekonomi Acheh

Tempat Menarik di Acheh yang Wajib SinggahMuzium Tsunami Acheh

Salah satu tempat menarik di Acheh yang wajib dilawati adalah Muzium Tsunami Acheh. Muzium Tsunami meyimpan pelbagai memori sejarah yang terburuk yang pernah melanda di negara tersebut. Di situ, kita sendiri dapat melihat bagaimana bencana itu dapat memusnahkan hampir  keseluruhan Acheh.



Selain itu, kita juga boleh merasai dengan pengalaman sendiri perkara yang  berlaku dengan melalui lorong tsunami pada tahun 2014. Reka bentuk bangunan Muzium yang dibina seperti ombak dan dikatakan bangunan tersebut adalah tahan daripada gegaran gempa bumi dan akan menjadi tempat perlindungan sekiranya kejadian itu berlaku lagi.

Tambahan lagi muzium ini juga adalah merupakan salah satu pusat bagi orang ramai dalam menimba ilmu tentang pengetahuan langkah-langkah awal yang patut dilakukan sekiranya berlaku kejadian ini. Selain itu, terdapat juga muzium yang terbina selepas kejadian tsunami itu seperti “ Boat On The Roof “ bagi memperingati kejadian ini.

Dayah Tanoh AbeeSelain Muzium Tsunami, di Acheh juga terdapat perpustakaan Islam yang tertua di Asia Tenggara yang dikenali sebagai Pasentran atau Dayah Tanoh Abee. Perpustakaan ini banyak menyimpan manuskrip-manuskrip lama yang telah di karang oleh Fairus Al-Bagdady pada tahun 1607.

Selain itu, sebanyak 10,000 manuskrip tersimpan di perpustakaan tersebut dan kini hampir berusia 500 tahun yang dikarang oleh ahli-ahli ulama  yang terkenal seperti Tengku Sheh Abdull rauf Alsingkili, Hamzah fansuri, Ar-Ranniri dan sebagainya.

Masjid Baiturrahahman Tempat Menarik di AchehSelain Muzium dan perpustakaan, Masjid Baiturrahahman adalah merupakan salah satu tempat menarik di Acheh yang harus dilawati bagi yang berkunjung di Acheh. Selain menjadi Mercu Tanda, masjid baiturrahman yang dikatakan tidak musnah semasa berlakunya tsunami tanpa ada sedikit pun kerosakkan, namun disekitarnya sedang hancur musnah.

Masjid ini adalah merupakan zaman Kesultanan Acheh yang telah dibina oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam pada tahun 1022 H/ 1612 Masihi. Reka bentuk masjid yang seperti Taj Mahal  terletak di ditengah-tengah kota Acheh dan ia adalah merupakan salah satu pusat segala kegiatan Acheh Darusslam.

Selain daripada reka bentuk yang menarik terdapat kolam air pancuran di dalamnya seakan-akan Kesultanan Turki Uthamaniah dan ia akan sentiasa membuat kita merasa sejuk ketika berada di dalamnya. Allahuakbar!!! Kuasa Allah mampu melindungi kawasan yang sungguh suci daripada segala bencana.

Tempat Menarik di Acheh Pantai LhokNgaAcheh juga terkenal dengan kecantikan pantainya seperti di Teluk Rubiah,Pulau Weh, Pantai LhokNga, Pantai Lampuuk. Pantai Lhoknga ia yang terletak 20 kilometer daripada bandar Acheh ia terkenal ombak yang besar dengan ketinggian 1.5 meter- 2 meter dan ia sesuai bagi mereka  sangat sukakan sukan air.

Pasar AchehSelain Bandung, Acheh juga turut dikenali syurga membeli belah seperti Pasar Acheh. Di situ, ia adalah merupakan syurga kain idaman para wanita kerana terdapat pelbagai pakaian, telekung, barang perhiasan rumah, cenderahati  yang dijual di situ dengan harga yang amat murah.



Kawan saya pernah membeli-belah disana dan dia dengan yakin memberitahu bahawa harga barangan di Pasar Acheh lebih murah dari bandung dan kebanyakan barangan juga diimport ke bandung.

Mee Kepiting
Sumber Google: Trip Advisor

Kalau pergi melancong atau travel, makanan merupakan tempat penting. Salah satu penarik di Acheh ini juga adalah ia terkenal dengan makanan seperti mee Kepiting, Mee Asli dan Rojak Acheh.

Bagi pengemar minuman yang sedap, Acheh adalah menjadi pilihan kerana ia telah di bawa khas daripada kawasan Acheh Tengah di mana kopi itu diambil daripada ladang  berkualiti. Terdapat banyak ladang kopi di Acheh yang ditanam sendiri oleh orang-orang Acheh.

Tempat Menarik di Acheh rumah adat AcehAntara tarikan tempat menarik di Acheh yang lain adalah Rumah Adat. Rumah adat merupakan salah satu tumpuan bagi para pelancong seperti Rumah Pahlawan wanita Cut nyak dhien. Rumah ini menyimpan pelbagai sejarah dan apay ang unik tentang rumah ini adalah cara pembuatannya yang daripada pohon merbau.

Rumah ini terdapat menyimpan banyak gambar tentera dutch yang telah menakhluk Acheh, senjata yang digunakan oleh dhieng, telaga air yang dibina sama tinggi dengan serambi rumah bagi mengelakkan ia di racun.

Jacky-Chan-VillageSelain itu, kita juga boleh pergi melawat kawasan Jacky Chan’s House. Kawasan tersebut adalah merupakan penempatan semula masyarakat Acheh selepas kejadian tsunami. Penempatan tersebut merupakan hasil sumbangan daripada pelakon Jacky Chan yang telah melabur dalam bentuk wang bagi membina penempatan rumah-rumah dan masjid.

Jom Melancong dan Lawati Tempat Menarik di Acheh

Acheh banyak menyimpan pelbagai sejarah dan tidak dapat dinafikan bahawa sehingga kini sejarah itu masih kekal. Keindahan flora dan fauna juga turut membuktikkan bahawa Acheh sangat mementingkan keindahan alam sekitar. Sekiranya anda berminat untuk trip ke Acheh boleh hubungi Cik Suzila – 0189580144 (Whatsapp/call/sms) atau boleh whatsapp terus  dengan klik link whatsapp dibawah

Pakej Ke Acheh

Leave A Reply

Your email address will not be published.