Isi Kandungan
Turki merupakan salah satu negara yang menjadi pilihan pelancong dari Malaysia. Rata-rata bila ditanya negara mana yang mereka ingin melancong, sudah tentu Turki menjadi salah satu destinasi pilihan selain dari Korea dan Jepun. Statistik menunjukkan jumlah pelancong dari Malaysia ke Turki menunjukkan peningkatan yang agak ketara lebih kurang 45,000 jumlah pelancong setahun. Terdapat banyak tempat menarik di Turki yang menjadikan Turki salah satu negara pilihan yang wajib dilawati.
Turki adalah sebuah Negara di Eropah yang unik kerana kedudukan di antara dua benua iaitu benua Eropah dan benua Asia. Kaya dengan pelbagai budaya yang berkait-rapat dengan empayar Yunani, Parsi, Rom, Byzantin dan Uthmaniyyah purba.
Senarai Terkini Tempat Menarik di Turki Yang Wajib Lawati
Selain makanan turki yang sedap seperti Kebab atau Turkish Delight, Negara Turki kaya dengan tempat-tempat menarik sesuai untuk percutian yang kaya dengan tinggalan sejarah dan pemandangan yang mempesonakan. Apa lagi, jom lihat 22 tempat menarik di Turki sebagai panduan percutian anda nanti.
22. Hippodrome
Hippodrome merupakan sebuah dataran yang mempunyai tiang-tiang dengan hasil seni bina Romawi. Pada asalnya hippodrome merupakan sebuah tempat untuk lebih kurang lumba kuda dan yang tinggal sekarang adalah tiang-tiang sahaja selepas dimusnahkan oleh puak roman.
Hippodrome terletak berhadapan dengan masjid biru dan bolehlah melawat hippodrome selepas melawat masjid biru untuk bergambar kenangan.
21. Gunung Nemrut
Kalau dah jejak bumi Turki, dah balik nanti jangan cakap tak singgah Gunung Nemrut. Ini adalah salah satu tarikan tempat menarik di Turki. Gunung Nemrut memiliki ketinggian 2134 meter. Terletak di bahagian tenggara Turki berdekatan dengan kota Adiyaman, Gunung Nemrut ini mempunyai sejarahnya tersendiri yang sangat menarik.
Disini terdapat patung dewa-dewa roman seperti Hercules, Zeus, Tyche dan Apollo. Di gunung ini jugalah dipercayai tempat persemadian dewa-dewa.
20. Ani
Tempat menarik di Turki yang seterusnya adalah berlatarbelakangkan bangunan-bangunan terbiar bandar lama dilaluan Silk Road yang begitu berkuasa di Ani ini terletaknya di dataran berhampiran dengan sempadan moden Turki dengan Armenia.
Runtuhan bangunan batu bata merah yang indah yang terletak jauh di tengah-tengah padang rumput pastinya memberikan kesan yang memukau kepada semua yang datang melawat.
Pernah sekali menjadi ibu negara Armenia, zaman keemasan Ani berakhir pada abad ke-14 selepas serbuan Mongolia, kemusnahan akibat gempa bumi dan juga laluan perdagangan yang mana kesemuanya memainkan peranan dalam kejatuhan dan kemunduran bandar ini.
Jangan lepaskan peluang untuk melihat akan Church of the Redeemer atau Church of St Gregory iaitu gereja yang mana dibina dengan tinggalan batu-batuan dan fresko yang rumit yang mana masih kelihatan di sini.
19. Haghia Sofia
Haghia Sofia merupakan salah satu monumen tinggalan sejarah di Turki yang cantik dan melambangkan kehebatak senibina Kristian dan juga Islam. Pada asalnya Hagia Sofia merupakan sebuah gereja dan kemudian menjadi sebuah masjid. Sekrang Hagia Sofia adalah sebuah muzium dan merupakan antara tempat menarik di Turki yang menjadi pilihan tempat wajib dilawati oleh pelancong.
Harga untuk masuk ke Hagia Sofia ini adalah sebanyan 25 TRY (Turkish Lira) atau lebih kurang RM 28-35 (bergantung kepada nilai matawang semasa). Nanti dah sampai hagia Sophia jangan lupa cari Gli. Nak tahu gli tu apa tengok video dibawah ni.
18. Grand Bazar
Kalau melancong memang tak sah kalau tak pergi shooping. Tak terkecuali juga sekiranya sudah melancong di Istanbul. Di Istanbul terdapat sebuah tempat membeli-belah yang besar dan merupakan salah satu tempat membeli-belah terbesar dan tertua di Turki.
Pelbagai jenis barang ada dijual disini, kalau tak percaya nanti kalau ada rezeki dah sampai sana boleh pergi sendiri.
Mungkin disebabkan terlalu ramai bilangan pengunjung disini, harga barang agak mahal sedikit berbanding tempat-tempat lain. Grand Bazaar dibuka setiap hari dari jam 9Pagi hingga 7 Malam dan pasar ini adalah berbumbung dan bersambung antara satu dengan lain.
17. Oludeniz
Tempat menarik di Turki ini sangat mempersona, air berwarna turquoise-biru yang mengkagumkan. Hutan hijau yang subur melunjur ke tebing pantai berpasir putih.
Kawasan terlindung Oludeniz, hanya satu perjalanan pendek dari Fethiye, merupakan pantai yang paling terkenal di Turki dan dengan pemandangan seolah-olah terbit dari poskad, mudah untuk melihat mengapa popularitinya tidak pernah pudar.
Jika kawasan pantai menjadi terlalu sesak dengan orang ramai, tiba masanya untuk anda mengambil laluan udara pula dan mengalami pemandangan udara yang menakjubkan.
Dengan mendapatkan terjunan ‘tandem paragliding’ dari puncak perkasa Gunung Babadas, yang mana memuncak naik dengan megahnya disebalik pantai.
Malah, tidak lupa juga – Oludeniz merupakan salah satu lokasi terbaik bertaraf dunia untuk aktiviti Paragliding ini. Jika anda melancong ke Oludeniz pastikan anda tidak lepaskan peluang ini.
16. Mahmud Pasha Bazar
Dekat Istanbul ni lebih kurang sama macam kat kl. Banyak bazar yang konsep lebih kurang sama macam uptown-uptown kat Kuala Lumpur. Bazar untuk beli-belah yang konsep sama macam Grand Bazar adalah Mahmud Pasha Bazar.
Kat sini macam-macam barang dijual sama seperti Grand Bazar cuma harga mungkin lebih murah. Nanti kalau dah sampai Turki boleh banding-baning harga bagi kaki shopping.
15. Cappadocia (Belon Udara Panas)
Manisnya cinta di Cappadocia lakonan Shaheizy Sam dan Fazura menjadikan lebih ramai pelancong Malaysia menjadikan Turki dan Istanbul senarai wajib pergi melancong. Cappadocia sebenarnya terkenal kerana belon udara panasnya dan pemandangan yang berbatu.
Memang sangat cantik dan kalau sudah sampai cappadocia ini jangan lepaskan peluang untuk mencuba belon udara panasnya. Kebiasaan belon udara panas ini akan membawa lebih kurang 10 hingga 30 orang pada satu-satu masa.
14. Masjid Biru (Masjid Sultan Ahmet)
Masjid Sulatan Ahmed dinamakan sebagai masjid biru kerana hiasan jubin didalam masjid yang berwarna biru. Masjid ini dibina oleh SultanAhmet dan merupakan masjid pertama pada zaman beliau dan dijadikan lambang kehebatan empayar Turki.
Anda pasti terpegun dengan keindahan masjid ini yang mengabungkan senibina Islam dan juga Ottoman. Apa yang bagus, anda tidak akan dikenakan apa-apa bayaran untuk masuk ke Masjid biru ini.
13. Topkapi Palace
Sekiranya sudah sampai Istanbul, anda wajib singgah di salah satu tempat menarik di Istanbul ini. Topkapi Palace merupakan sebuah Istana terbesar di Istanbul, Turki dan antara yang tertua di dunia. Dengan keluasan 700,000ekar (besar sangat-sangat), istana ini dibina semasa pemerintahan Sultan Muhamad Al Fatih.
Sekarang istana ini menjadi perpustakaan, pusat pentadbiran dan undang-undang. Di Istana Topkapi ini juga disimpan jubah dan Pedang Nabi Muhammad S.A.W. dan barang-barang peninggalan nabi-nabi yang lain.
12. Bodrum Castle
Bagi yang meminati sejarah, jangan lupa untuk singgah di Bodrum Castle. Ianya adalah sebuah muzium Archeologi Laut. Di sini, pelawat akan dibawa kepada sejarah peradaban lampau dimana disini terdapat banyak koleksi kapal yang karam yang bernilai jutaan dolar.
Pada asalnya Bodrum Castle ini dibina pada 1402 sebagai Castle of Saint Peter atau Petronium. Bodrum Castle ini terletak disebelah barat Daya Turki.
11. Basilica Cistern
Terletak berdekatan dengan Haghia Sofia, Basilica Cistern merupakan tempat simpanan air yang agak besar.Pada asalnya Basilica Cistern merupakan sebuah pusat seni, ekonomi dan undang-undang pada zaman rom dan telah berusia lebih 1000 tahun.
10. Miniaturk
Miniaturk ni konsep dia sama seperti taman tamadun islam di Terengganu kalau korang pernah sampai la. Disini terdapat sebanyak 105 miniatur berbentuk bangunan yang mewakili senibina-senibina yang ada di Turki dari zaman Byzantine hinggalah ke zaman empayar Othmaniah.
Lokasi ini agak sesuai bagi yang datang dengan keluarga yang memunyai anak kecil.
9. Istiklal Street
Selain Grand Bazar di IStanbul, tempat membeli-belah yang menarik di Turki adalah Istiklal Street. Istiklal Street juga terletak di bandar Istanbul yang mana tempat shopping adalah kedai-kedai sepanjang jalan ini yang sepanjang 1.4 Kilometer. jalan ini akan berakhir di Taksim Square iaitu bandar utama yang mengerakkan kota Istanbul.
Terdapat pelbagai jenis barang yang boleh didapati di Istiklal Street ini antaranya adalah buku, makanan seperti coklat dan juga roti, restoran, kafe, kelab malam, kedai-kedai bioskop dan macam-macam lagi la.
8. Galata Bridge
Di Istanbul, tempat menarik yang wajib singgah adalah Galata Bridge. Jangan salah faham, Galata Bridge adalah bukan jambatan biasa seperti jambatan-jambatan yang selalu kita lihat. Apa yang menarik tentang Galata Bridge ini adalah restoran-restoran yang berada dibawahnya.
Apa kata kalau dah singgah di Galata Bridge, cuba untuk makan di restoran dibawah jambatan dan menikmati pemandangan luas terbentang merentasi Teluk Gordon Horn. Menarik kan.
7. Library of Celsus
Salah satu tempat menarik di Turki yang wajib singgah adalah Library of Celsus. Terletak di bandar Selcuk di Turki, Library of Celsus menjadi tumpuan pelancong di seluruh dunia kerana hasil tinggalan bangunan dengan rekabentuk yang unik dan penuh seni.
Perpustakaan ini dibina lebh kurang pada 125AD dan menyimpan lebih kurang 12,000 manuskrip dan disini jugalah terletaknya makam Celsus iaitu ahli falsafah Greek.
6. Pergammon
Bandar Kuno Pergamun atau Pergamon terletak di pinggir utara dataran Caicus di rantau bersejarah Mysia di barat laut Turki. Turki memiliki banyak runtuhan Greco-Roman namun tiada yang boleh menjadi sebegitu romantis seperti Pergamum purba ini.
Banyak tinggalan monumen yang mengagumkan masih dapat dilihat dan terutama karya sulung Pergamon Altar. Pada zaman Helenistik, bandar Elaia di mulut Caicus berfungsi sebagai pelabuhan Pergamon, lembah Caicus kebanyakannya terdiri daripada batu gunung berapi, oleh sebab itu kebanyakan bahan binaan Pergamon adalah daripada batuan ini.
Bagi yang sukakan sejarah peradaban ilmu pengetahuan, lokasi ini pastinya tidak harus dilepaskan.
5. Aspendos
Terletak di selatan Antalya, Teater Rom iaitu Aspendos ini meraikan kebesaran dan majlis kepimpinan Marcus Aurelius.
Ianya dianggap sebagai contoh terbaik akan teater klasik dunia yang masih elok, yang mana mengekalkan tarikan bertaraf bintang akan sesuatu yang begitu antik sekali.
Ia secara berkala dibaiki oleh Seljuqs, yang menggunakannya sebagai caravanserai (kawasan rehat pengembara karvan), dan pada abad ke-13 bangunan panggung diubah menjadi istana oleh Seljuqs Rum.
4. Pamukkale / Cotton Castle
Keindahan kolam air Panas Pamukkale memang tidak dapat digambarkan. Pamukkale menjadi salah satu detinasi tempat menarik di Turki yang menjadi pilihan pelancong-pelancong dari seluruh dunia.
Pengunjung yang datang kesini bebas untuk berendam dan kalau dilihat dari jauh, kolam air panas Pamukkale ini nampak seperti salji yang melitupi sungai.
Terbentuk dari hasil semulajadi, Cotton Castle adalah salah satu tempat menarik di Turki yang wajib dilawati. Ianya terbentuk hasil dari batu putih yang seakan kapas, lapisan putih ini sebenarnya adalah bahan mineral kalsium yang terbentuk secara semula jadi.
Disini juga terdapat kolam air panas yang terbentuk secara semulajadi disini.
3. Sumela Monastery
Dengan suasana sepinya yang begitu menakjubkan, yang mana dibina jauh ke dalam tebing, Sumela Monastery (Biara Sumela) ini merupakan tarikan utama bagi pengunjung di sepanjang pantai Laut Hitam.
Terletak di tebing yang curam di ketinggian kira-kira 1,200 meter (3,900 kaki) yang menghadap lembah Altındere, ia adalah tempat yang mempunyai sejarah dan budaya yang penting, serta tarikan pelancong utama di Taman Negara Altındere.
Berjalan-jalan di sekitar tinggalan lama kompleks agama ini adalah satu kemestian yang tidak boleh dilepaskan apabila anda membuat lawatan jauh ke kawasan timur laut Turki.
Ini kerana, pemandangan dalaman gereja ini terkandung lukisan-lukisan dinding yang sangat indah dan tampak bertenaga yang mesti dipahat dalam memori sesiapa sahaja yang datang berkunjung.
2. Fethiye
Fethiye merupakan sebuah bandar di Turki yang memilikipantai yang cantik. Ianya merupakan pusat pelancongan tepi pantai yang menarik di Turki. Disini terdapat banyak hotel-hotel yang yang terdiri dari hotel murah dan mahal. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di Fethiye antaranya adalah seperti aktiviti pantai, hiking, bersiar dengan kapal cruise atau paragliding.
1. Pigeon Valley
Pigeon Valley adalah tempat menarik di Turki yang paling sesuai bagi yang gemar berjalan kaki. Tempat ini dinamakan Pigeon Valley keran disini terdapat banyak rumah untuk burung meprati. Walaupun terdapat banyak burung merpati di Cappadocia, jumlah burung merpati lebih banyak disini. Di Cappadocia, burung merpati adalah sumber makanan dan najis dari burung merpati dijadikan baja untuk pertanian.
Indahnya Turki, Kongsikan tempat Menarik di Turki ini!
Itulah senarai yang dapat kami kumpul untuk masa ini. Rasanya dalam banyak-banyak tempat menarik di Turki ni Grand Bazar dan Mahmud Pasha Bazar nilah tempat yang paling boleh buat orang malaysia melekat lama. .Sebenarnya terdapat banyak lagi tempat menarik dan wajib dikunjungi di Turki.
Sekiranya anda telah sampai dan mempunyai lagi banyak tempat menarik boleh masukkan di komen di bawah atau boleh berkongsi pengalaman anda sebelum ini. Boleh juga email kepada kami di writer@pakarpercutian.com .
saya tertarik dengan gambaran yng diberikan dan berminat dengannya