Isi Kandungan
- 16 Tempat Percutian Menarik di Malaysia
- 1. THE SHOREA, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
- 2. BUKIT TINGGI, PAHANG
- 3. TANAH TINGGI KUNDASANG, SABAH
- 4. THE CARPEDIA, PAYA RUMPUT, MELAKA
- 5. TADOM HILL RESORT, BANTING,SELANGOR
- 6. EAGLE RANCH RESORT, NEGERI SEMBILAN
- 7. VILLA DANIALLA, KELANTAN
- 8. SIPADAN WATER VILLAGE, SABAH
- 9. TERRAPURI HERITAGE VILLAGE, TERENGGANU
- 10. BELUM ECO RESORT, PERAK
- 11. CASA TITIK, PAHANG
- 12. CANOPY TRIBES, JOHOR
- 13. SEAVENTURES DIVES RESORT, SABAH
- 14. VILLA SAMADHI, KUALA LUMPUR
- 15. THE DUSUN, MANTIN, NEGERI SEMBILAN
Anda sudah bosan dengan percutian yang biasa? Kat mana nak cari tempat percutian menarik di Malaysia? Soalan ini sering timbul setiap kali kita merancang percutian.
Bercuti atau melancong merupakan salah satu aktiviti gaya hidup yang amat menyeronokkan. Melancong juga banyak memberikan manfaat antaranya adalah dapat meluaskan pengetahuan dan pengalaman berada di tempat-tempat menarik yang berbeza.
Semua manusia mengimpikan tempat yang indah untuk dilawati dan menghabiskan masa cuti bersama keluarga setelah penat menjalani kerja seharian. Negara kita mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik dan sesuai untuk dijadikan destinasi percutian.
Ini kerana, selain daripada tempat menarik untuk dilawati, tempat yang dipilih untuk menginap juga penting untuk memastikan kita dapat kepuasan penuh semasa bercuti. Disini kami senaraikan 15 lokasi percutian yang menarik untuk anda terokai.
16 Tempat Percutian Menarik di Malaysia
1. THE SHOREA, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

Salah satu tempat percutian yang menarik di Malaysia dalam senarai kami adalah The Shores. Apabila disebut sahaja nama Negeri Sembilan, perkara pertama yang muncul di kepala adalah Pantai Port Dickson. Tidak dinafikan kerana Port Dickson merupakan pantai peranginan yang paling dekat dengan Kuala Lumpur dan merupakan salah satu tempat menarik di Malaysia yang berdekatan dengan Ibukota.

The Shorea Negeri Sembilan telah dibina oleh sebuah artkitek yang menghargai ketenangan alam semulajadi sebagai tempat percutian peribadi untuk keluarganya. Terletak di Jelebu, Shorea menawarkan dua jenis pilihan samada Shorea Resort atau Shorea Estate.
Seiring dengan tema pemeliharaan alam, kayu yang dipakai untuk membina resort ini adalah kayu yang telah dikitar semula agar tidak merosakkan flora dan fauna.
2. BUKIT TINGGI, PAHANG
Bukit tinggi Pahang terletak di Bentong Pahang, ala kalau orang pantai timur memang akan tahu pasal Bukit Tinggi ni kerana kalau melalui lebuhraya Karak korang akan nampak papan iklan yang menunjukkan arah ke Bukit Tinggi, Pahang. Ia merupakan lokasi yang unik dan menarik kerana kat Bukit Tinggi terdapat bangunan yang mempunyai reka bentuk seperti bangunan di negara beriklim sejuk di Eropah.
Terletak di tengah-tengah hutan tropika yang rimbun di 2,500 kaki di atas paras laut di Pahang, Bukit Tinggi merupakan salah satu tempat menarik di Malaysia yang memberikan rehat yang menyenangkan dan menyegarkan, terutamanya dari iklim panas dan lembap sepanjang tahun.
Meremajakan dengan penginapan yang tenang di pusat peranginan bukit yang indah dan klasik dan menjelajahi kawasan bertema di seluruh dunia untuk percutian unik dan inspirasi. Disini terdapat bangunan ala-ala eropah seperti Colmar Tropicale dan The Chateu Spa and Organic Wellness.

Selain itu terdapat juga Japannese Village dan Botanical Garden dekat sini. Kalau korang tak pernah sampai, boleh cuba jalan-jalan dekat sini. Wajib cuba!
3. TANAH TINGGI KUNDASANG, SABAH

Tahukah korang, di Malaysia ada satu tempat di Sabah yang sama seperti New Zealand. Dengan iklim suhu tanah tinggi yang sejuk, Tanah Tinggi Kundasang terletak di kaki Gunung Kinabalu yang menawarkan pemandangan yang menakjubkan dan menyegarkan.
Cuaca kat sini pon agak sejuk dan berkabus dan yang paling menarik lanskap ladang ternakan ini macam senibina ladang ternakan di negara Eropah dan berlatar belakangkan pemandangan Gunung Kinabalu.
Kalau dah sampai Kundasang, jangan lepaskan peluang untuk menjejakkan kaki ke Desa Cattle Dairy Farm. Desa Cattle ni adalah sebuah ladang perternakan lembu dan kambing, tapi lembu yang diternak ni bukan jenis lembu biasa. Ia daripada baka luar negara, yang selalu korang tengok kat tv tu macam kat New Zealand yang bertompok-tompok hitam putih dan saiznya agak besar jugak lah daripada lembu biasa tu.
Paling penting, bila korang dah sampai kat sini, jangan lupa makan makanan berasaskan susu lembu yang ada kat sini (waffle, aiskrim,yogurt) dan susu segar.
Tempat ni dibuka setiap hari, dengan bayaran hanya RM5 untuk seorang dan korang boleh masuk ambil gambar pemandangan sepuas-puasnya di New Zealand Sabah ni!
4. THE CARPEDIA, PAYA RUMPUT, MELAKA
Jika anda sudah biasa dengan hotel berwarna-warni di Brighton Beach di Melbourne, anda perlu mencuba hotel ini di Melaka. Terletak di Paya Rumput, Melaka hotel butik ini di Masbro Village menggunakan hiasan luaran yang berwarna-warni.
Sekali imbas sahaja dah nampak keunikan tempat ni dengan senibina yang sangat rare di negara ini yang mana selalunya hanya boleh dijumpai di Brighton Beach, Melbourne.
Walaupun binaannya nampak kecil, tapi di dalamnya boleh memuatkan sehingga 6 orang! Kalau korang jenis yang suka bergambar, tempat ini adalah pilihan paling sesuai untuk abadikan dalam Facebook atau instagram. Ada juga pasangan yang memilih lokasi Masbro Village di Paya Rumput untuk photoshoot wedding.
Lokasi tempat Menarik di Malaysia ini adalah di Melaka dan sangat dekat cuma 5 minit berjalan kaki ke Tesco Cheng Stadium Hang Jebat dan jarak 7km ke bandar Melaka. Jika menaiki lebuhraya PLUS, hanya 6km dari Ayer Keroh dan sekadar 12km ke Tg Bidara.
5. TADOM HILL RESORT, BANTING,SELANGOR
Tadom Hill Menawarkan banyak ciri dan aktiviti menarik, tempat ini sesuai untuk mereka yang ingin melarikan diri dari kesibukan kehidupan bandar dan berehat. Keluasannya 40 ekar bukit batu kapur, tasik dan pokok-pokok dan terletak 12 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, dan 45 minit dari Kuala Lumpur, menjadikan Tadom Hill sebagai salah satu destinasi percutian terbaik.
Uniknya, pengunjung ke resort ini bukan saja dapat memilih untuk bermalam didalam chalet terbuka atau kemah, mereka juga dapat menikmati keindahan alam semulajadi yang boleh dijumpai di sana. Kalau rasa panas dengan matahari tengah hari, terjun saja dalam tasik yang ada disitu.
Jom Tgk Video Official dari Tadom Hills Resort Banting.
6. EAGLE RANCH RESORT, NEGERI SEMBILAN

Saya telah tinggal di Port Dickson hampir dua tahun dan bagi saya Port Dickson memang salah satu tempat percutian yang amat menarik di Malaysia. Tapi, tahukah korang terdapat resort yang bertemakan Cowboy di Port Dickson ini. Eagle Ranch antara destinasi pelancongan yang menawarkan penginapan dan aktiviti ala-ala cowboy dan ianya amat sesuai dengan iklim Malaysia yang panas.

Terletak berdekatan dengan Blue Lagoon Port, Muzeum Lukut, Zoo Port Dickson dan Pasir Pajang, Eagle Ranch memberikan pengalaman yang berbeza dengan keluasan 32 Hektar di panti Port Dickson.
Disini tempat penginapan yang disediakan adalah berbentuk Tipi (kemah kaum Native American) dan badwagon yang dibina menyerupai sebuah wagon Cowboy. Bukan sekadar bilik yang unik, kawasan yang luas membuat tempat ini bagus untuk acara berkumpulan atau acara korporat seperti team building, seminar, kem motivasi dan hari keluarga.
Terdapat banyak aktiviti menarik yang disediakan disini seperti paintball, flying fox, rapelling, go kart dan memanah.
7. VILLA DANIALLA, KELANTAN

Negeri Kelantan yang terkenal dengan keunikan bahasa, makanan yang sedap dan tempat bebas cukai menjadi tumpuan pelancong untuk melawat kelantan. Selain daripada itu negeri Kelantan sememangnya sinonim dengan masakan yang sedap tetapi sedikit manis.

Tak terkecuali, terdapat juga banyak tempat menarik di Kelantan. Sekiranya sampai di Kelantan, salah satu tempat yang wajib pergi adalah Villa Danialla di Bachok. Villa Danila ni sesuai untuk mereka yang mencari resort yang memberikan ketenangan dan bebas dari kesesakan bandar.
Pantainya yang menarik, dan lokasi resort betul-betul di tepi pantai menjadikannya sebagai pilihan. Selain itu, anda juga boleh membuat daytrip ke Pulau Perhentian dari Vila ini.
8. SIPADAN WATER VILLAGE, SABAH

Wah, Sabah memang sangat cantik dan memang salah satu pilihan kami sebagai destinasi tempat menarik di Malaysia. Sabah memang banyak pulau-pulau yang cantik yang wajib ada dalam senarai. Sekiranya nak tengok rumah terapung diatas laut, korang boleh cuba melawat Sipadan Water Village.

Terletak di Pulau Mabul, kawasan ini menjadi tempat kediaman nelayan Bajau. Satu ciri unik yang terdapat pada seni bina kaum Bajau ini adalah mereka akan membina rumah mereka mengunakan bumbung pelepah.

Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini antaranya adalah “Scuba Diving” yang bertaraf dunia. Selain di Terengganu, di Pulau Mabul juga terdapat penyu malahan terdapat juga banyak spesis ikan yang Eksotik dan batu karang yang cantik dan merupakan tempat percutian menarik di Malaysia yang amat cantik dan menenangkan.
9. TERRAPURI HERITAGE VILLAGE, TERENGGANU

Terrapuri (Land Of Palaces) adalah projek pemuliharaan dan pemulihan Terengganu dengan Ciri-cirinya rumah lama berusia beratus tahun. Susun atur resort ini diilhamkan oleh Istana Terengganu abad ke-17 dan sekitarnya. Terrapuri terdiri daripada 20 vila yang dipulihkan eksklusif, galeri dan rumah pantai.

Terletak tengah-tengah diantara Laut China Selatan dan Sungai paya bakau (Setiu Wetland), Terrapuri menyajikan pemandangan Pulau Perhentian, Lang Tengah, Pulau Cepu, Pulau Redang dan Bidong yang menakjubkan. Dan terdapat kunang-kunang pada waktu malam menjadikan Terrapuri sebagai salah satu destinasi percutian yang agak menarik.
10. BELUM ECO RESORT, PERAK

Belum Eco Resort adalah salah satu daripada 100 buah pulau yang terletak di Tasik Belum, Perak – yang terletak berhampiran Taman Negara Royal Belum yang terkenal di dunia. Belum Eco Resort adalah resort yang dibina di atas pulau kecil di tengah-tengah Tasik Belum dan disekelilingi hutan simpan Belum.

Belum Eco Resort adalah satu-satunya resort hutan hujan di tengah-tengah alam dengan udara lalu lintas sifar dan pencemaran bunyi. Terletak di Gerik dan meliputi 15,200 hektar, Belum Lake adalah tasik buatan manusia terbesar di Perak. Keindahan yang tenang di sekitar tasik ini dilengkapi dengan kepelbagaian flora dan faunanya.

Jenis penginapan yang disediakan di sini terbahagi kepada Chalet, Dorm, dan Boat House. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini termasuk lawatan ke perkampungan orang asli, melihat bunga Rafflesia di Pulau Besar, memancing, berkayak, dan melihat burung.
11. CASA TITIK, PAHANG

Bagi korang yang nak merasai pengalaman berada di Sepanyol boleh datang ke Casa Titik, Cherating Pahang yang menawarkan resort ala “Spanish Villa”. Casa Village Terletak terletak di perkampungan Sungai Baging, Mukim Sungai Karang di sepanjang jalan Kuantan-Kemaman berdekatan Cherating Village. Casa Titik memberikan pengalaman percutian yang santai bagi mereka yang ingin menikmati keselesaan di rumah dalam suasana intim dan damai di tepi laut.

Sesuai untuk acara termasuk majlis perkahwinan, pesta, perjumpaan dan retret korporat, bangunan utama Casa Titik menawarkan sepuluh bilik tidur tamu dan dewan serbaguna. Terdapat juga aktiviti menunggang kuda, berjalan santai di pantai atau menjamu selera di gerai makanan berdekatan menjadikan Casa Titik salah satu tempat percutian menarik di malaysia yang perlu dilawati.
Kawasan yang luas dengan dua kolam renang dan jakuzi. Mengadap Laut Cina Selatan, Casa Titik yang terletak bersebelahan pantai berpasir putih yang lembut memberikan pemandangan yang luas mata memandang. Disyorkan untuk korang yang mencari tempat percutian menarik di malaysia yang santai dan privacy.
12. CANOPY TRIBES, JOHOR

Bagi korang yang gemarkan perkemahan mewah alaf baru, Canopy Tribes di Kota Tinggi Johor ini merupakan pilihan terbaik sebagai salah satu tempat percutian menarik di Malaysia. Kalau di eropah, aktiviti ini dipanggil Glamping, iaitu tidur didalam “Bell Tent” disamping flora dan fauna tapi dengan cara mewah.

Semua peralatan dan perkakasan disediakan, tidak perlu lagi membawa sleeping bag atau peralatan memasak untuk berkhemah. Banyak aktiviti yang anda boleh dilakukan di sini antaranya adalah mandi air terjun, trekking di Gunung Panti, berbasikal, berkayak, dan menaiki ATV manjadikan Canopy Tribes salah satu tempat percutian menarik di Malaysia.
13. SEAVENTURES DIVES RESORT, SABAH

Jika korang sukakan aktiviti “Scuba Diving”, Seaventures Dives Resort Sabah ini merupakan salah satu destinasi percutian menarik di Malaysia yang patut korang lawati. Terletak di segi tiga batu karang Sabah berdekatan dengan Sipadan, Sea Venture Dives Resort adalah bekas pelantar minyak yang diubah menjadi sebuah resort “Dive Rig”.
Tujuan utama ia dibina adalah untuk menyediakan penyelam dengan pangkalan untuk salah satu tapak menyelam terbaik di dunia.
Rig tersebut telah berada disitu sejak tahun 1997, di mana struktur dan tempat perlindungan telah mewujudkan syurga untuk ikan menjadikannya tempat yang memang cantik dan menarik.
14. VILLA SAMADHI, KUALA LUMPUR
Bagi yang tak nak bergerak jauh dari pusat bandar Kuala Lumpur, jangan risau kerana terdapat percutian menarik di Malaysia iaitu villa ala-ala bali di tengah-tengah pusat bandaraya KL. Villa Samadhi yang dibina berkonsepkan ruang udara terbuka untuk melupakan kesibukan kota.

Terdapat tip dari pengunjung yang mana Villa Samadhi ini tidak membenarkan membawa anak-nak kecil bagi menjaga privacy penungjung-pengunjung lain. Villa ini mendapat rating yang agak tinggi di agoda iaitu 8.7/10 dan pernah memenangi Tripadvisor Traveller’s Choice Award 2014.
15. THE DUSUN, MANTIN, NEGERI SEMBILAN
Selain The Shorea yang terletak di Seremban, orang Selatan Malaysia juga mungkin boleh mencuba untuk bercuti di The Dusun yang terletak di Mantin. The Dusun juga dibina dengan konsep yang sama seperti Villa Samadhi iaitu berkonsepkan Bali. Resort ini mendapat nama “The Dusun” kerana asalnya ia merupakan dusun durian.
Pemiliknya menukar dusun ini kepada resort kerana mahu berkongsi keindahan dusun ini dengan orang ramai. Sampai ke hari ini, jika anda berminat, anda boleh mencuba durian yang tumbuh di dusun ini. Rumah Rehat ini diperbuat daripada kayu dan direka dengan elemen modern-tradisional.
Tetamu dapat melihat pemandangan hutan lipur semulajadi yang belum pernah disentuh manusia. Supaya suasana resort tidak menjadi terlalu sesak dan untuk menjaga keindahan alam disini, hanya bilangan tetamu yang terhad dibenarkan menginap disini pada bila-bila masa. Boleh masukkan dalam senarai korang sebagai percutian menarik di Malaysia.
——————————————————————————————————————————————————
Inilah dia senarai 15 tempat percutian menarik di Malaysia yang kami dapat senaraikan buat masa ni. Kami akan sentiasa update senarai baru tempat menarik di Malaysia dan menambah senarai-senarai lain. Kalau ada cadangan atau idea boleh letakkan di ruangan komen atau hubungi kami terus dengan menghantar email ke writer@pakarpercutian.com atau komen di bawah ini.
cantiknyerrr…
rasa macam nak pergi ke semua aje moga bukan indah khabar dari rupa.
Boleh pergi cuba satu2. InsyaAllah boleh sampai semua…
[…] 15 Tempat Percutian Menarik di Malaysia Percutian Murah untuk Keluarga […]
[…] 15 Tempat Percutian Menarik di Malaysia Percutian Murah untuk Keluarga […]
Terima kasih memberi informasi ini