Let’s travel together.

15 Lokasi Kedai Makan Halal Di Jepun

1,150

Pastinya kita semua mempunyai impian untuk melancong ke tempat-tempat diluar negara seperti Jepun, Mesir, Korea Selatan dan tempat-tempat menarik yang lain. Duit yang sekian lama disimpan sudah cukup untuk mengecapi impian ini dan tiba masa untuk perancangan teliti supaya apabila kita berada ditempat orang kita tidak mengalami sebarang masalah. Jepun merupakan salah sebuah negara yang sentiasa menjadi idaman orang ramai untuk ke sana mana tidaknya negara matahari terbit ini adalah negara yang sangat maju terutamanya dalam bidang teknologi. Banyak juga tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di negara ini. Saya pasti ramai orang yang ingin ke Tokyo yang mana merupakan bandar yang termaju di dunia. Perancangan yang teliti telah dibuat termasuklah mencari kedai makan halal di Jepun.Kedai Makan Halal Di Jepun

15 Lokasi Kedai Makan Halal Di Jepun Yang Patut Anda Tahu

Sebelum anda menjejakkan kaki ke sana, pastikan anda mencari kedai makan halal di sana supaya anda dapat merasai makanan halal di negara orang dan tidak berlapar sewaktu berkunjung ke sana. Mari kita lihat senarai kedai makan halal yang terdapat di Jepun.

Sumiyakia restoran halal jepun1. Sumiyakia, Tokyo

Sumiyakia adalah salah sebuah restoran yang menyediakan masakan Jepun yang mana mempunyai sijil halal yang telah diiktiraf. Restoran ini terletak di Roppongi. Restoran ini menyediakan masakan BBQ yang mana daging lembu dihiris dan dipanggang kemudian dimakan dengan pelbagai jenis sos. Anda tidak perlu risau kerana mangkuk dan cawa yang digunakan oleh muslim dan non-muslim adalah berbeza dan setiap satu mangkuk akan dilabelkan dengan tanda halal yang mana khusus untuk orang muslim sahaja.

Lokasi : Tokyo Minato, Nishi- Azabu, 3-20-16, Nishiazabu Annex 1F

Operasi : Isnin – Sabtu

 

Warung Matahari restoran halal jepun

2. Warung Matahari, Hiroshima

Warung ini menyediakan masakan dari Indonesia dan sudah semestinya suasana dalam warung ini seakan-akan berada di Indonesia kerana pekerja-pekerja di sini semuanya berpakaian tradisonal Bali. Dekorasi dalam warung ini juga membuatkan ramai pelanggan suka kerana amat menarik dan terasa seperti sedang bercuti di Bali. Hidangan yang disediakan ini dimasak oleh Tukang Masak dari Bali dan menu yang disediakan berubah mengikut musim.



Antara menu yang popular ialah Gado-gado, nasi goreng dan daging satay panggang. Anda tidak perlu risau kerana pemilik warung ini fasih bercakap dalam bahasa Indonesia, Jepun dan bahasa inggeris. Bagi anda yang ingin merasai masakan Bali di Jepun, anda bolehlah berkunjung ke Warung Matahari ini.

Lokasi : 1F Echo Building, 5-8-13 Otemachi, Naka-ku, Hiroshima-shi

Operasi : Selasa – Ahad

Kebab Ye Shinjuku Restoran Halal di Jepun3. Kebab Ye, Shinju

Merupakan restoran halal di Jepun yang dimiliki oleh seorang chef yang berasal dari Turki yang mana beliau telah berkahwin dengan warga Jepun dan kemudiannya telah memluk Islam. Restoran ini sangat popular dengan ‘ Doner Kebab Burger’ di kalangan para pelancong  dan penduduk Jepun sendiri. Restoran ini tidak dapat menampung ramai pelanggan pada satu – satu masa kerana saiz restoran ini agak kecil berbanding dengan restoran lain.  Chef restoran ini juga sering mendapat jemputan memasak dari kedutaan Turki dan Masjid di Tokyo apabila terdapat sesuatu event.

Lokasi : Dairokusanwa Building 1F, 6-7 Shinjuku 3 – Chome, Shinjuku-ku, Tokyo.

Operasi : Isnin – Ahad

Rasa Malaysia Tokyo Restoran Halal di Jepun4. Rasa Malaysia

Bagi anda yang merindui masakan Malaysia, anda bolehlah ke restoran ini kerana restoran ini menyediakan masakan Malaysia dan Singapura. Di sini pekerja-pekerjanya terdiri dari rakyat Malaysia sendiri. Kedai makan halal di Jepun ini terletak di tengah-tengah bandar Ginza, Tokyo.

Lokasi : 8F, Ginza Five Star Building, 5-8-13 Ginza, Chuo-ku, Tokyo

Operasi : Isnin – Ahad

Ninomiya Halal Bread Factory, Shibuya5. Ninomiya Halal Bread Factory, Shibuya

Di sini anda akan menikmati pelbagai jenis roti yang diperbuat terus dari kilang dan pasti memberikan satu pengalaman yang unik dan menarik semasa anda menimati makanan disini. Anda tidak perlu risau kerana di sini mereka hanya akan menggunakan roti yang telah diiktiraf halal oleh Japan Muslim Association. Kilang ini juga hanya menggunakan daging halal yang diimport dari Australia.

Lokasi : 18-4 Sakuragaoka Shibuya-ku Tokyo 150-0031 Japan

merah putih cafe restoran halal di Jepun6. Merah Putih Café, Tokyo, Shin-Okubo

Café ini menyediakan masakan dari Indonesia dan bagi sesiapa yang datang melancong ke sini , anda bolehlah makan di café halal ini yang mana ianya terletak di Shin-Okubo di dalam kawasan Small Muslim Village. Pelayan di café ini juga merupakan orang Indonesia jadi agak senang untuk anda berkomunikasi dengan mereka jika ingin membuat pesanan. Antara menu yang popular di sini ialah nasi goreng dan sate padang.

Lokasi : #304 2-10-9 Hyakunin-cho, Shinjuku-ku, Tokyo.

Operasi : Selasa – Ahad

Kennyasia Restoran Halal di Jepun

7. Kennyasia

Merupakan restoran yang menyajikan masakan asli orang Malaysia dan Singapura. Restoran ini dibuka sejak dari tahun 2006 dan menu yang paling digemari oleh orang ramai ialah nasi ayam Hainan, Laksa, Nasi Lemak dan banyak lagi. Jadi jika anda adalah pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Jepun untuk melepaskan gian merasai masakan di Malaysia, anda tidak perlu risau kerana anda dapat menikmati hidangan di kedai makan halal di Jepun dengan masakan Malaysia di sini juga.

Lokasi :  Aioi Building 1F, 1-7-25 Sennichimae, Chuo-ku, Osaka-shi, Osaka, 542-0074

Operasi : Isnin – Ahad

ali's kitchen restoran halal osaka8. Ali’s Kitchen

Bagi anda yang inginkan kelainan dalam menu harian anda, anda boleh lah ke restoran Ali’s Kitchen kerana restoran ini menyediakan masakan Arab, Pakistan, Jepun dan Mesir. Restoran ini menggunakan rempah ratus yang asli dan pastinya sangat sedap.



Restoran ini ditubuhkan pada tahun 2009. Bagi anda yang ingin merasai nasi arab, anda bolehlah berkunjung ke restoran ini.

Lokasi :  Osaka City Chua ku Shinsaibashi Suji 1-10-12

Operasi : Isnin – Ahad

Cafe Teratai restoran halal di Hiroshima9. Café Teratai, Hiroshima

Café ini adalah café yang terletak di tengah-tengah bandar Hiroshima dan pemilik bagi café ini merupakan warga Indonesia dan sudah semestinya kedai makan ini adalah kedai makan yang halal di Jepun. Anda boleh menikmati masakan Indonesia di restoran ini. Bagi peminat kari, anda jangan risau kerana di sini anda juga dapat menikmati lauk-pauk kari.

Lokasi : 11-13 Hatchobori Naka-ku Hiroshima, Hiroshima

Operasi : Selasa – Ahad

Malay Kampung , Tokyo, Yaesu Restoran Halal10. Malay Kampung , Tokyo, Yaesu

Restoran ini menjadi tumpuan para pelancong yang mengemari masakan Malaysia yang ala-ala kampung. Untuk pengetahuan anda, tukang masak di sini merupakan rakyat Malaysia yang berasal dari negeri Terengganu. Kedai makan ini tidak jauh dari Tokyo Station iaitu lebih kurang 10 minit jika berjalan kaki. Di sini anda boleh menikmati masakan nasi lemak, laksa penang dan banyak lagi.

Lokasi : 1-4-8 2F Hacchoubori Chuo-Ku Tokyo

Operasi : Isnin – Sabtu

Nasco Kebab, Tokyo, Shin-Okubo11. Nasco Kebab, Tokyo, Shin-Okubo

Terletak di dalam kawasan Small Muslim Village, kebab ini sentiasa mendapat sambutan daripada orang muslim di kawasan ini. Kedai ini dibuka pada setiap hari dan ianya menyediakan pelbagai jenis kebab yang pastinya dapat memenuhi kehendak anda semua. Mereka juga menyediakan buger yang halal.

Lokasi : 2-10-8 Hyakunin-Cho, Shinjuku-ku, Tokyo

Operasi : Isnin – Ahad

Halal Japanese Beef BBQ Restaurant12. Halal Japanese Beef BBQ Restaurant “ Gyumon”, Tokyo, Shibuya   

Pasti seronok jika dapat makan BBQ sambil menikmati keindahan pemandangan di negara Jepun kan. Restoran ini merupakan restoran BBQ pertama di Jepun yang menawarkan daging lembu Jepun yang halal. Anda juga tidak perlu ragu-ragu dengan sama ada halal yang dimiliki kerana chef di sini merupakan orang yang beragama Islam. Jadi anda boleh menikmati keenakkan hidangan BBQ yang disediakan di sini tanpa ragu-ragu.

Lokasi : 3-14-5 Shibuya, Shibuya-ku, Tokyo

Operasi : Isnin – Ahad

Cafe Bintang Restoran Halal Osaka13. Cafe Bintang

Juga merupakan café yang menyediakan masakan Indonesia di Jepun. Ini merupakan satu-satunya restoran yang menyediakan hidangan gaya Jawa. Antara menunya ialah nasi goreng dan masakan klasik yang lain. Anda juga tidak perlu risau jika ingin menunaikan kewajipan solat kerana restoran ini juga menyediakan ruang solat bagi orang muslim.

Lokasi : 1-19-19 Higashi-Shinsaibashi, Chuo-ku, Osaka 542-0083

Café Restaurant Camphora, Kyoto University14. Café Restaurant Camphora, Kyoto University

Restoran ini terletak berhampiran dengan pintu utama Kyoto Universiti. Tukang masak di restoran ini memasak dengan cara yang bersih dan halal. Restoran ini popular di kalangan pelajar kerana ianya terletak di kawasan universiti. Maka tidak hairanlah mengapa restoran ini dipenuhi dengan para pelajar dan masyarakat tempatan.

Lokasi : Kyoto University, Sakyo-ku, Kyoto 606-8501, Japan

Operasi : Isnin – Ahad

Malaychan, Tokyo, Ikebukuro

15. Malaychan, Tokyo, Ikebukuro

Restoran ini juga merupakan salah satu kedai makan halal di Jepun yang menawarkan masakan dan hidangan yang halal. Restoran halal di Tokyo ini sudah beroperasi sejak 20 tahun yang lalu dan menjadi tumpuan ramai orang yang melancong ke sini. Mereka menyediakan makanan dengan harga yang berpatutan. Restoran ini juga dimiliki oleh warga Jepun yang begitu meminati masakan Malaysia.

Lokasi : 3-22-6 Nishi-Ikebukuro, Toshima-ku, Tokyo

Kedai Makan dan Restoran Halal Tokyo JepunAda banyak lagi kedai makan halal di Jepun cumanya kita perlu pastikan betul-betul mempunyai sijil halal yang dimiliki itu adalah sah dan telah diiktiraf. Bagi pelajar dan orang yang telah bermaustatin di sana, pastinya mereka sudah biasa dengan kedai-kedai makan halal yang terdapat di kawasan tempat tinggal mereka tetapi bagi mereka yang melancong ke sana terutamanya yang baru pertama kali nak menjejakkan kaki ke sana, anda perlukan merancang yang lebih supaya anda tahu nama dan tempat kedai yang menawarkan hidangan yang halal. Apa- apa pun anda boleh minta pertolongan dari rakyat Malaysia yang tinggal di sana. Salah satu cara adalah dengan menggunakan website seperti halalnavi.



Untuk rujukan yang lebih tepat dan betul boleh membuat rujukan di halaljapan.com dan juga jpninfo.com.

Selamat bercuti dan menjamu selera di negara matahari terbit yang cantik ini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.