Isi Kandungan
- 15 Hotel Dengan Swimming Pool Di Melaka Dengan Harga Berbaloi
- 15. Oyo Rooms Melaka Raya
- 14. Herald Boutique
- 13. Hotel Sentral Riverview
- 12. Swan Garden Hotel
- 11. Mimosa Hotel
- 10. Kings Green Hotel
- 9. Estadia Hotel
- 8. The Pines
- 7. Hotel Sentral Melaka
- 6. Novotel Hotel
- 5. Hatten Hotel
- 4. Swiss-Garden Hotel & Residences
- 3. Imperial Warisan
- 2. Ramada Plaza Hotel
- 1. Jetty Suites Apartment
- Jom Tempah Hotel dengan swimming pool di Melaka
Anda merancang bercuti ke Melaka? Mencari hotel dengan Swimming Pool di Melaka? Teruskan membaca senarai 15 Hotel dengan kolam renang di Melaka yang kami akan senaraikan.
Melaka merupakan salah satu destinasi percutian yang amat popular sekali dikalangan warga tempatan dan juga warga asing. Rata-rata yang mengunjungi Bandaraya Bersejarah ini sememangnya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
Di Melaka terdapat banyak tempat makan best dan juga tempat menarik yang dapat anda lawati dengan membawa ahli keluarga atau sahabat handai. Tak hairanlah di sini semakin banyak bangunan hotel didirikan. Hotel yang disediakan di sini juga amat berpatutan harganya.
15 Hotel Dengan Swimming Pool Di Melaka Dengan Harga Berbaloi
Rata – rata pelancong yang datang ke Mencari hotel yang sesuai dengan bajet dan yagn paling penting adalah fasiliti. Kebanyakan yang datang adalah dari kalangan yang mencari hotel yang menyediakan kolam renang kerana ramai yang datang dengan family dan gemar mandi di kolam renang.
Berikut adalah senarai 15 hotel dengan swimming pool di Melaka :
15. Oyo Rooms Melaka Raya
Oyo Melaka Raya adalah sebuah hotel yang bertaraf tiga bintang yang terletak di Jalan Melaka Raya Melaka. Hotel ini mempunyai enam puluh sembilah buah bilik dan mempunyai enam tingkat dengan kemudahan yang ada seperti kemudahan meja 24 jam, lift dan tandas OKU.
Jenis bilik yang ditawarkan pula hanyalah satu jenis sahaja iaitu Double atau Twin Standard sahaja. Bilik di sini mempunyai satu katil queen atau dua katil bujang.
Antara yang terdapat didalam setiap bilik di hotel ini ialah penyaman udara, pancuran mandian, TV bersaluran satelit dan Wifi percuma.
Lokasi : Plot No 467C Jalan Melaka Raya 12 7500 Melaka
Harga : Bermula daripada RM66++
14. Herald Boutique
Herald Boutigue Hotel terletak di Jalan Hang Tuah. Hotel ini mewarkan enam puluh lima bilik yang mempunyai meja depan dan simpanan bagasi 24 jam.
Antara jenis bilik yang disediakan ialah Suprior Twin Room, Double Superior Room, Triple Deluxe Room, Deluxe Room (Jacuzzi), Deluxe Room (Spa), Family Room dan Suite Room.
Antara kemudahan yang terdapat ialah tab mandi, meja, TV bersaluran satelit, penyaman udara, Wifi percuma dan pancuran mandian.
Lokasi : 571-ABC Plaza Melaka Jalan Hang Tuah 75300 Melaka
Harga : Bermula daripada RM118++
13. Hotel Sentral Riverview
Merupakan hotel tiga bintang yang terletak di Jalan Tun Ali dan mempunyai sebanyak seratus dua belas bilik dan tujuh tingkat. Antara kemudahan yang disediakan ialah buffet untuk sarapan (surcaj), restoran, pusar perniagaan, perkhidmatan dobi dan kemudahan OKU di dalam bilik.
Antara jenis-jenis bilik yang terdapat di sini ialah Superior Twin Room, Twin Deluxe Room, Family Room, Suite Junior dan Executive Suite.
Antara kemudahan lain ialah penyaman udara, pembuat kopi aatau teh, petia is, pengering rambut, seterika, Wifi percuma dan peralatan mandian.
Lokasi : No 177 Jalan Tun Ali 75300 Melaka
Harga : Bermula daripada RM130++
12. Swan Garden Hotel
Sebuah hotel dengan swimming pool di Melaka yang terletak di Jalan KSB 1 Melaka. Ia menawarkan beberapa kemudahan iaitu kafe, pusat perniagaan, bilik mesyuarat, dobi, surat khabar, bantuan pelancongan tiket atau tiket, dan lift.
Jenis-jenis bilik yang terdapat di hotel ini ialah Deluxe Room, Twin Deluxe Room, Deluxe Room (Courtyard) dan Suite.
Antara kemudahan yang disediakan di setiap bilik termasuk penyaman udara, air botol percuma, peti besi, pancuran mandian, meja, bar mini, meja, telefon, TV bersaluran satelit dan Wifi percuma.
Lokasi : 1 Jalan KSB 1 Taman Kota Syahbandar 75200 Melaka
Harga : Bermula daripada RM137++
11. Mimosa Hotel
Mimosa Hotel Melaka ini terletak di Jalan Bunga Raya. Hotel ini mempunyai enam puluh dua bilik dengan berkemudahan seperti restoran, sewa basikal, lawatan temapahan atau tiket, perkhidmatan limousine atau bandar perkhidmatan kereta, dobi dan lain-lain.
Antara jenis bilik yang terdapat di sini ialah Superior Room, Deluxe Room dan Executive Room.
Kemudahan yang terdapat di setiap bilik ialah penyaman udara, TV bersaluran satelit, pembuat kopi atau teh, pengering rambut, Wifi percuma dan telefon.
Lokasi : No 108 Jalan Bunga Raya 75100 Melaka
Harga : Bermula daripada RM140++
10. Kings Green Hotel
Adalah sebuah hotel dengan swimming pool di Melaka yang terletak di Jalan Tun Perak Melaka. Mempunyai tujuh tingkat dan menawarkan bilik sebanyak seratus lima puluh satu dengan kemudahan seperti restoran, kafe, kolam renang luar, gym, pusat perniagaan, bilik mesyuarat, perkhidmatan dobi, lift dan kemudahan untuk OKU.
Antara jenis-jenis bilik yang ditawarkan ialah Superior Room, Deluxe King Room dan Bilik Mewah Dengan Balkoni. Antara kemudahan asas yang lain termasuklah penyaman udara, air botol percuma, peti besi, TV bersaluran satelit, seterika, Wifi percuma, bilik mandi, pembuat teh atau kopi, bar mini dan kemudahan bilik yang dihubungkan yang boleh ditempah tetapi tertakluk kepada syarat.
Lokasi : No 28 Jalan Tun Perak 75300 Melaka
Harga : Bermula daripada RM146++
9. Estadia Hotel
Adalah sebuah hotel yang bertaraf tiga bintang yang terletak di Bandar Hilir Melaka. Hotel ini mempunyai tiga tingkat dan menyediakan beberapa kemudahan asas seperti restoran, bar/ruang istirehat, kafe, perkhidmatan bilik, gym, dobi, lift, bilik mandi bagi OKU dan TV bersaluran satelit. Jenis-jenis bilik yang ada di sini ialah Twin Deluxe Room dan Suite Deluxe.
Kemudahan lain yang turut disediakan ialah termasuk sarapan, penyaman udara, pembuat teh atau kopi, pancuran air panas, peti ais, meja, pengering rambut, kelengkapan peribadi percuma, wifi percuma dan surat khabar percuma.
Lokasi : Jalan Merdeka 75000 Bandar Hilir Melaka
Harga : Bermula daripada RM168++
8. The Pines
The Pines Hotel Melaka terletak di Jalan Tun Sri Lanang Melaka. Hotel ini mempunya 390 bilik dan 28 tingkat. Kemudahan yang disediakan ialah restoran, lounge, kafe, kolam bar/luaran dan kanak-kanak, taman permainan, bilik persidangan, sewa computer, bantuan pelanconganatau tiket, dobi dan surat khabar percuma.
Antara jenis bilik yang terdapat di hotel ini ialah Superior Room, Deluxe Room, Executive Room dan Premier Executive Room.
Kemudahan yang terdapat di setiap bilik di sini ialah penyaman udara, air botol, pembuat kopi atau teh, peti besi, Wifi percuma, meja, bar mini, TV bersaluran satelit dan pancuran air panas.
Lokasi : No 33 Jalan Tun Sri Lanang 75100 Melaka
Harga : Bermula daripada RM170++
7. Hotel Sentral Melaka
Hotel Sentral Melaka terletak di No 29 Jalan Tun Sri Lanang ini mempunyai kemudahan seperti restoran, kafe, kolam renang luaran, gym, bilik persidangan, dobi, lift, peti keselamatan dan lain-lain.
Antara jenis bilik yang disediakan termasuk Superior Twin Room, Double Deluxe Room, Triple Room dan Family Room.
Antara kemudahan yang disediakan bagi setiap bilik ialah penyaman udara, peti besi, pembuat kopi atau teh, bilik mandian, pancuran air panas, pengering rambut, seterika, Tv bersaluran satelit dan Wifi percuma.
Lokasi : No 20 Jalan Tun Sri Lanang 75100 Melaka
Harga : Bermula daripada RM175++
6. Novotel Hotel
Novotel hotel ini terletak di Jalan Melaka Raya. Hotel ini menawarkan kemudahan seperti buffet sarapan (surcaj), bar /ruang istirehat, kafe, restoran, kedai rotia tau snek di tepi kolam renang, kolam luar dan kanak-kanak, gym, sauna, taman permainan, dobi, bilik persidangan,sewa komputer dan lain-lain mesyuarat.
Antara jenis bilik yang terdapat di hotel ini ialah Superior Room (2 katil single), Superior Room (1 katil king), Executive Room (1 katil king) da n Executive Premier (1 katil king degan akses ke lounge perniagaan).
Kemudahan lain ialah penyaman udara, botol air, peti besi, katil bayi, jubah mandi kalis bunyi, pembuat kopi atau teh, meja, bar mini, pengering rambut, selipar, Tv bersaluran satelit, Wifi percuma dan telefon di setiap bilik.
Lokasi : No 2 Jalan Melaka Raya 75000 Melaka
Harga : Bermula daripada RM178++
5. Hatten Hotel
Hatten Hotel Melaka adalah hotel yang bertaraf empat bintang yang terletak di Bandar Hilir Melaka. Antara kemudahan yang terdapat di sini ialah restoran, bar/ruang istirehat atau kafe, kolam kanak-kanak, bar tepi kolam, kolam renang luar, gym, sauna, bilik wap serta perkhidmatan spa.
Hotel ini juga turut menyediakan kemudahan lain seperti aktviti kerja, contohnya pusat perniagaan, bilik mesyuarat, bilik persidangan dan sewaan komputer.
Antara jenis-jenis bilik yang disediakan di hotel ini ialah Suite Studio Room, Suite Junior Room (Premier Junior Suite), Suite Junior, Deluxe Suite dan Suite Deluxe (Premier Deluxe Suite). Kemudahan yang ada di sini ialah termasuk sarapan, penyaman udara, air botol, peti besi, pembuat kopi atau teh, wifi percuma, peti sejuk, bilik mandi peribadi, meja, pengering rambut, seterika, surat khabar dan TV bersaluran satelit serta katil tambahan untuk setiap bilik.
Lokasi : Hatten Square Jalan Merdeka 75000 Bandar Hilir Melaka
Harga : Bermula daripada RM196 ++
4. Swiss-Garden Hotel & Residences
Adalah sebuah hotel yang terletak di Persisiran Jalan Bunga Raya Melaka. Hotel ini mempunyai enam ratus buah bilik dan beberapa kemudahan termasuklah restoran, kafe, kolam renang luaran, gym, pusat perniagaan, bantuan pelancongan atau tiket, dobi, lift dan kemudahan untuk OKU.
Terdapat satu bilik yang disediakan dengan saiz 32 meter persegi dan mempunyai dua katil single dan bilik mandi serta tab mandian.
Antara kemudahan lain ialah penyaman udara, peti besi, pembuat kopi atau teh, TV bersaluran satelit, Wifi percuma, surat khabar dan telefon.
Lokasi : T2-4 The Shore @ Sungai Melaka Persisiran Jalan Bunga Raya 75300 Melaka
Harga : Bermula daripada RM208++
3. Imperial Warisan
Imperial Heritage Hotel Melaka ini terletak di Jalan Merdeka Melaka. Hotel yang mempunyai sebanyak tiga ratus dua puluh sembilan bilik ini mempunyai beberapa kemudahan yang disediakan iaitu buffet untuk sarapan (surcaj), 7 restoran, bar atau ruang istirehat, gym, sewa basikal, pusat perniagaan, dobi, surat khabar dan kemudahan OKU.
Jenis-jenis bilik yang ada antaranya ialah Standard Room, Superior Room, Deluxe Room, Studio Room, Suite Eecutive Suite (Corner), Suite (Warisan) dan Suite (Imperial).
Kemudahan yang terdapat di setiap bilik ialah penyaman udara, air botol, bidet, pembuat kopi atau teh, meja, pengering rambut, televisyen, telefon, TV bersaluran satelit dan Wifi percuma.
Lokasi ; No 1 Jalan Merdeka 75000 Melaka
Harga : Bermula daripada RM236++
2. Ramada Plaza Hotel
Ramada Plaza Hotel merupakan hotel dengan swimming pool di Melaka yang terletak di pinggir bandar yang terletak di Jalan Bendahara. Menawarkan beberapa kemudahan hotel dengan dua ratus Sembilan puluh empat bilik dan dua puluh empat tingkat. Turut disediakan ialah kolam renang luar, kolam renang, gym, bilik wap, kelas kecergasan, bilik mesyuarat, spa, sauna, sewa komputer, sewa basikal dan kemudahan OKU.
Jenis-jenis bilik yang ditawarkan ialah Premier Room, Executive Room, Suite Junior Room dan Club Room. Kemudahan lain ialah penyaman udara, air botol, peti besi, pembuat kopi atau teh, TV bersaluran satelit, telefon dan Wifi percuma.
Lokasi : Jalan Bendahara 75100 Melaka
Harga : Bermula daripada RM250++
1. Jetty Suites Apartment
Jetty Suites Apartment ini terletak di Jalan Syed Abdul Aziz Melaka. Ianya mempunyai sebanyak dua puluh satu buah apartment yang dilengkapi dengan kemudahan seperti bar/ruang istirehat, kafe, kolam renang luar, kolam renang kanak-kanak, gym, gelanggang tenis luar dan dalam hotel, tab mandi spa, sauna, gelongsor air, lift dan taman.
Jenis-jenis bilik yang ditawarkan di sini ialah 1 Flat, 1 Bedroom Apartment, 2 Bedroom Apartment ( pemandangan bandar dan laut), 2 Bedroom Apartment Suite Deluxe da juga Apartment 3 Bedroom (pemandangan bandar dan laut).
Antara kemudahan lain ialah penyaman udara, peti sejuk, air botol, balkoni, katil bayi, peti besi, TV bersaluran satelit, dapur kecil, tab mandi, pengering rambut, meja, telefon, LCD, Wifi percuma dan kawasan tempat duduk yang berasingan.
Lokasi : Unit 3125 Costa Mahkota 16 Jalan Syed Abdul Aziz 75000 Melaka
Harga : Bermula daripada RM255++
Jom Tempah Hotel dengan swimming pool di Melaka
Senarai di atas adalah merupakan hotel-hotel dengan swimming pool di Melaka Bandaraya bersejarah ini. Untuk lebih lanjut lagi anda bolehlah melihatnya di Booking.com, Agoda, Trivago dan beberapa aplikasi yang lain.
Di sana anda dapat mencari hotel yang boleh memuaskan hati anda dan merasa selesa apabila menginap di sana. Sedikit sebanyak perkongsian mengenai hotel dengan swimming pool di Melaka yang dapat kami kongsikan. Semoga bermanfaat buat anda semua.
[…] yang mencari hotel dengan swimming pool di Melaka boleh check hotel-hotel yang kami cadangkan. Rujuk artike kami di […]
[…] Cari Penginapan Menarik di Melaka […]