Tempat Hiking Di Malaysia – 11 Pilihan Popular Lokasi Mendaki
Isi Kandungan
- 11 Tempat Hiking Di Malaysia : Lokasi Popular Pilihan Hikers
- 1. Bukit Tabur – Tempat Hiking di Kuala Lumpur
- 2. Bukit Broga – Pilihan Popular di Selangor
- 3. Bukit Keluang – Lokasi Popular Hiking di Terengganu
- 4. Bukit Batu Putih – Hotspot Hikers di Negeri Sembilan
- 5. Bukit Batu Condong, Kemensah – Tempat Hiking Popular di Ampang
- 6. Bukit Batu Lebah – Melaka
- 7. Bukit Gasing – Tempat Mendaki di Selangor
- 8. Bukit Kutu – Kuala Kubu Baru
- 9. Bukit Saga – Tempat Hiking di Ampang
- 10. Bukit Panorama – Tempat Hiking di Pahang
- 11. Bukit Arong – Tempat Hiking di Johor
- Persediaan Awal Sebelum Mendaki
Aktiviti pendakian gunung (hiking) ini cukup terkenal di mata masyarakat Malaysia. Lebih-lebih lagi kepada golongan muda atau remaja yang suka dengan melakukan aktiviti lasak (adventure). Kebiasaannya lokasi tempat hiking di Malaysia yang popular adalah kawasan yang mempunyai bukit dan hutan dengan pemandangan flora dan fauna yang menyejukkan mata.
11 Tempat Hiking Di Malaysia : Lokasi Popular Pilihan Hikers
Marilah kita semua mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti treking dan hiking ini dalam masa yang sama melihat pelbagai pandangan yang indah malah udara persekitaran nyaman yang mana mampu menenangkan fikiran anda.
Aktiviti ini, boleh dilakukan semasa hujung minggu atau semasa cuti sekolah agar kita dapat melakukan aktiviti yang bermanfaat malah menyehatkan tubuh badan. Jadi buatlah perancangan yang tersusun dalam melakukan aktiviti hiking ini.
Untuk pendaki yang masih baru dan berjinak-jinak atau yang sudah otai, kami kongsikan tempat-tempat hiking di Malaysia yang yang mencabar dan seronok anda WAJIB try! Menarik untuk dijadikan sebagai panduan untuk kaki hikers.
1. Bukit Tabur – Tempat Hiking di Kuala Lumpur
Lokasi: Taman Melawati, Kuala Lumpur. 30 minit memandu dari KLCC.
Durasi pendakian: 3 – 4 jam
Tahap kesukaran: 3/5
Guide: Perlu. Paling kurang pergi bersama teman yang pernah naik Bukit Tabur berulang-kali.
Bukit Tabur juga terkenal di kalangan pendaki-pendaki baru sebagai salah satu lokasi tempat hiking di Malaysia yang menarik dan popular. Siapa yang keberatan hendak memandu jauh-jauh ke Broga, memang ke Tabur la jawapannya.
Trek Bukit Tabur agak mencabar kerana bukan sahaja skill mendaki diperlukan, anda juga perlu memanjat untuk sampai ke puncak.
Mencabar dan menarik pada masa yang sama. Ada 2 trail untuk bukit ini iaitu Tabur West dan Tabur East. Untuk yang baru, hanya Tabur West yang digalakkan kerana treknya yang lebih mudah.
Walaupun mudah, jangan lupa air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Bukit ini boleh jadi merbahaya apabila langkah-langkah keselamatan tidak diambil berat. Minum air berlebihan pun bahaya, apatah lagi main kejar-kejar dan selfie di hujung lereng bukit.
2. Bukit Broga – Pilihan Popular di Selangor
Lokasi: Semenyih, Selangor. 1 jam memandu dari KLCC.
Durasi pendakian: 45 minit – 1 jam
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan
Kalau sebut pasal hiking, mesti ramai orang akan mensyorkan Bukit Broga sebagai salah satu tempat hiking di Malaysia yang perlu dicuba. Terletak di Semenyih, trek bukit ini sangat sesuai kepada pendaki yang baru berjinak-jinak dengan hiking.
Ianya tidak terlampau susah, tidak terlampau senang untuk mendaki. Pemandangan di punca gunung cantik dan menarik, sesuai untuk bergambar.
Lebih-lebih lagi buat pasangan pengantin. Untuk peringatan, tempat ini menjadi tumpuan orang ramai, jadi anda perlu bersabar ketika naik mahupun turun di bukit broga ini supaya selamat pergi dan balik.
3. Bukit Keluang – Lokasi Popular Hiking di Terengganu
Lokasi: Kuala Besut, Terengganu yang yang jaraknya 4 kilometer dari Pekan Kuala Besut.
Durasi pendakian: 45 minit
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan
Bukit Keluang adalah satu tempat mendaki di Terengganu mempunyai tarikan tersendiri yang mampu memukau para pengunjung tempatan dan luar negara dengan keindahan dan keunikannya.
Tambahan lagi, bukit ini betul-betul terletak berdekatan dengan Pantai Bukit Keluang di Terengganu. Jadi jika anda berjaya naik hingga ke puncak anda pasti berasa sangat teruja dengan keindahan pemandangan landskap pantai dan laut yang biru.
Yang membezakan bukit ini dengan bukit-bukit yang lain, anda perlu melalui tangga yang agak tinggi dahulu pada awal pendakian.
4. Bukit Batu Putih – Hotspot Hikers di Negeri Sembilan
Lokasi: Port Dickson
Durasi pendakian: 45 minit
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan
Buat anda yang berhasrat ingin bercuti ke pantai Port Dickson, apa kata anda selitkan sekali Bukit Batu Putih sebagai salah satu destinasi tempat hiking di Malaysia di dalam jadual perjalanan anda.
Bukit ini terletak di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Port Dickson yang mana ia mempunyai pemandangan laut biru yang sangat cantik dan mendamaikan bahkan banyak tempat makan best di Port Dickson yang boleh anda cuba selepas selesai aktiviti pendakian nanti.
Akan tetapi buat pengetahuan anda, bayaran RM1 dikenakan untuk memasuki hutan rekreasi ini. Kebanyakan mereka yang mendaki bukit ini adalah untuk melihat pemandangan sun set dan sun rise yang sangat cantik dari arah laut.
5. Bukit Batu Condong, Kemensah – Tempat Hiking Popular di Ampang
Lokasi: Kemensah, Ampang, Selangor
Durasi pendakian: 45 minit
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan
Bukit Batu Condong juga adalah lokasi baru yang dijumpai untuk aktiviti pendakian. Ia tidak tinggi dan tidak sukar.
Laluan awal trek ini dipenuhi dengan pokok buluh dan juga dengan gigitan nyamuk. Jadi, kami yakin sekali anda pasti tidak akan terlepas daripada gigitan nyamuk apabila anda di sini.
Oleh itu, adalah disyorkan untuk anda memakai pakaian lengan panjang semasa mendaki.
Tambahan lagi, terdapat beirut di puncak dan anda boleh melihat beberapa mercu tanda kota Kuala Lumpur (KLCC, Menara KL dan Menara Maybank).
Wow, **bestnya!* Anda pasti tidak akan melepaskan peluang ini. Lagi pula, kawasan bukit ini masih bersih dan tidak dicemari.
6. Bukit Batu Lebah – Melaka
Lokasi: Daerah Jasin, Melaka. Jaraknya 16 km dari pekan Jasin
Durasi pendakian: 45 minit
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan
Melaka dikenali sebagai bandaraya bersejarah dan juga diiktiraf oleh UNESCO sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia. Ramai pelancong datang ke Melaka untuk melihat warisan peninggalan sejarah ini.
Namun, tahukah anda Melaka juga mempunyai hutan rekreasi buat anda melakukan aktiviti mendaki bukit. Selain mendaki, dengan adanya Gua Reban Ayam, anda juga boleh melakukan aktiviti caving di sini.
Sedikit berbeza dengan bukit yang lain, puncak Bukit Batu Lebah hanya memperlihatkan kehijauan hutan rekreasi tersebut. Bagaimanapun, suasana puncak yang sejuk yang dipenuhi flora dan fauna ini pasti dapat menenangkan fikiran anda ketika berada di puncak.
7. Bukit Gasing – Tempat Mendaki di Selangor
Lokasi: Petaling Jaya, Selangor. 20 minit memandu dari KLCC.
Durasi pendakian: 2 jam
Tahap kesukaran: 2/5
Guide: Tidak diperlukan. Trek yang agak jelas dan user-friendly.
Bukit Gasing juga merupakan tempat terbaik untuk first-time hikers. Terletak di tengah-tengah kota sesak antara Petaling Jaya dan Kuala Lumpur, tempat ini telah menjadi trek popular untuk aktiviti hiking santai di hujung minggu.
Antara tarikan utama di sini adalah watch tower dan jambatan gantung yang merentasi sungai yang akan memberi sedikit rasa cemas. Anda boleh melihat permandangan sekitar melalui watch tower.
8. Bukit Kutu – Kuala Kubu Baru
Lokasi: Kuala Kubu Baru, Selangor
Durasi pendakian: 4 jam
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan.
Bukit Kutu atau dahulunya dikenali sebagai Treacher’s Hill. Perjalanan untuk tiba di sini sekurang-kurangnya mengambil masa selama 90 minit dari bandar Kuala Lumpur.
Walaupun diklasfikasikan sebagai bukit tetapi ianya mempunyai ketinggian setaraf dengan sebuah gunung iaitu di paras 3456 kaki ataupun 1053 meter daripada aras laut.
5 minit perjalanan awal anda akan menjumpai bekas tapak rumah banglo yang sudah runtuh. Kelihatan masih lagi ada sisa-sisa bangunan rumah tersebut di sini.
Sekali pandang boleh menajdi lokasi penggambaran cerita seram lah pulak!
9. Bukit Saga – Tempat Hiking di Ampang
Lokasi: Ampang, Selangor
Durasi pendakian: 1 jam
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan.
Bagi anda yang pertama kali datang ke sini mungkin akan sesat semasa mencari lokasi bukit ini walaupun ada tanda arah disediakan.
Ini kerana anda akan melalui kawasan perumahan dan ini akan membuatkan anda sedikit ragu-ragu. Tetapi hakikatnya bukit ini terletak berdekatan dengan Taman Saga, iaitu taman perumahan yang mana anda akan melalui taman ini untuk sampai ke sana.
Anda juga boleh menikmati air terjun di sini selepas mendaki. Jadi, inilah peluang buat anda untuk menyejukkan badan setelah selesai mendaki.
Bezanya Bukit Saga ini, selain pemandangan yang indah, di puncak bukit juga disediakan hammock untuk anda duduk berehat.
Sambil-sambil menikmati pemandangan sekeliling, sambil-sambil tu baring di atas hammock. Memang terbaik!
10. Bukit Panorama – Tempat Hiking di Pahang
Lokasi: Sungai Lembing, Pahang
Durasi pendakian: 1 jam
Tahap kesukaran: 1/5
Guide: Tidak diperlukan.
Dengar nama pun sudah buat kita terfikir, bagaimanalah panorama ketika berada di puncak bukit ini. Rupa-rupanya nama bukit ini memang setanding dengan pemandangan apabila berada di atas sana.
Bukit ini terletak 40 km dari bandar Kuantan. Bukit Panorama berketinggian 291 meter dari aras laut dan semakin mendapat tempat di hati para pengunjung.
Anda tidak perlu melalui jalan denai kerana terdapat 815 anak tangga untuk sampai ke atas.
Seeloknya pendakian bermula pada awal 5.30 pagi. Ini kerana sebaik sahaja tiba di puncak, sudah pasti matahari mula terbit. Di sinilah pengunjung berpeluang merakam pelbagai kenangan menarik sama ada bersama rakan atau ahli keluarga.
11. Bukit Arong – Tempat Hiking di Johor
Lokasi: Mersing, Johor
Durasi pendakian: 3 jam
Tahap kesukaran: 3/5
Guide: Tidak diperlukan.
Kini ia dipanggil sebagai Gunung Arong kerana ia adalah mercutanda tertinggi di kawasan Tanjung Resang. Anda perlu melalui jalan kampung sebelum tiba ke sini. Selepas jalan kampung anda akan menemui jalan dusun dan seterusnya air terjun kecil.
Permulaan pendakian sudah mencabar kerana terdapat batu-batu kuarzt berbagai bentuk di sepanjang trek. Trek di sini agak landai dan tidak terlalu curam dan hanya terdapat satu dua tempat sahaja yang agak curam.
Jika anda tiba ke puncak, anda dapat lihat terdapat banyak pokok tumbuh di sekelilinga batu. Manakala, puncak bukit agak lapang dan terdapat berop (besi penanda) di puncak gunung.
Persediaan Awal Sebelum Mendaki
Bagi yang masih baru dinasihatkan agar membuat persediaan awal dari segi mental dan kelengkapan bagi menngelakkan kejadian yang tidak diingini. Diharap agar perkongsian ini dapat membantu kaki kaki hiking untuk merancang aktiviti pendakian.
Agak – agak ada lagi tak tempat hiking di Malaysia yang masih belum disenaraikan. Kongsikan di ruangan komen tempat hiking di Malaysia yang anda tahu bagi membantu kami memberikan lebih informasi berkenaan hiking.