Isi Kandungan
Jepun merupakan salah satu negara yang menarik minat pelancong asing untuk mengembara ke sana dan salah satu lokasi tumpuan jika bercuti ke Jepun adalah Sapphoro. Memang banyak tempat menarik di Sapporo, Hokkaido yang boleh dilawati berbeza dengan post sebelum ini “Tempat Makanan halal di Jepun” untuk post kali ini kami nak cerita tentang Sapporo.
Sapporo merupakan bandar utama di Hokkaido. Kira memang menjadi tumpuan untuk para pelancong seluruh dunia. Bagi pelancong Malaysia, Sapporo memang antara top destinasi percutian di Jepun. Mungkin salah satu sebab adalah penerbangan Air Asia hampir 4 kali seminggu ke Sapporo membuatkan destinasi ini begitu popular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Namun, apakah tempat menarik di Sapporo, Hokkaido yang menarik minat pelancong ini untuk melancong ke Jepun? Di sini, kami senaraikan beberapa tempat yang menarik untuk dikunjungi apabila anda berada di Sapporo Jepun.
Bercuti Sambil Bermain Salji – 10 Tempat Menarik di Sapporo, Hokkaido
10. Taman Shiroi Koibito
Taman Shiroi Koibito adalah sebuah taman tema yang dibina oleh Ishiya iaitu sebuah syarikat coklat tempatan di Jepun dan merupakan salah satu tumpuan tempat menarik di Hokkaido. Shiroi Koibitoo Cookies adalah keluaran utama bagi syarikat ini yang terdiri daripada dua biskut mentega nipis dan satu lapisan coklat putih di antara biskut tersebut.
Taman ini terdiri daripada kedai, kafe dan restoran serta kawasan yang berbayar yang mempamerkan pelbagai coklat. Apa yang menarik disini adalah terdapat beberapa tingkap-tingkap besar yang membolehkan para pelancong untuk melihat proses pengeluaran biskut kilang ini.
Kilang ini dibuka dari jam 9 pagi sehingga 6 petang dengan kadar bayaran masuk adalah sebanyak ¥600 (RM24).
9. Taman Odori
Taman ini berdekatan dengan Art Hotel Sapporo yang hanya memerlukan masa sekitar 5-10 minit sahaja jika anda menggunakan “subway”. Taman ini terletak di pusat Bandar Sapporo iaitu Hokkaido dan ianya merupakan pemisah antara bahagian utara dan selatan kota Sapporo.
Taman ini mempunyai 5000 pohon antaranya lila yang berwarna ungu tua yang menjadi pohon khas buat kota Saporro. Terdapat juga pohon Lilac yang tumbuh dengan mekar di taman ini dan Taman Kawashimo. Terdapat banyak tempat yang boleh dikunjungi di sekitar Taman Odori ini antaranya “Sapporo Tv Tower”, “Sapporo Clock Tower” dan “Saporro Factory”.
8. Menara TV Sapporo
Menara ini terletak di Taman Odori Sapporo Jepun yang mempunyai ketinggian setinggi 150 meter yang menjadi penanda serta saksi kepada pembangunan kota ini selama lebih dari setengah abad. Menara ini telah dibina pada tahun 1956.
Pelancong dibenarkan untuk naik sehingga ke bahagian atas menara bagi melihat keindahan Kota Sapporo ini. Ianya dibuka pada jam 9 pagi sehingga jam 10 malam dengan kadar bayaran sebanyak ¥720 (dewasa), ¥600/¥400 (pelajar sekolah).
7. JR Tower
Ianya merupakan sebuah bangunan yang mempunyai ketinggian sebanyak 38 tingkat yang berdekatan dengan pintu masuk Stesen JR Sapporo di bahagian selatan. Di dalamnya terdapat pusat membeli belah dan restoran makanan.
Di dalam bangunan ini juga terdapat hotel yang diberi nama “JR Tower Hotel Nikko Sapporo”. Terdapat juga menara tinjau di dalam JR Tower ini Tiada bayaran masuk yang dikenakan sekiranya pelancong ingin pergi ke JR Tower ini.
6. Arked Membeli Belah Tanukikoji Sapporo
Lokasi arked ini terletak di tengah bandaraya dan ianya memanjang sekitar 1km yang mempunyai lebih 200 buah kedai di bahagian kiri dan kanan. Arked ini mempunyai 7 blok yang memanjang dan dijadikan sebagai lorong utama bagi destinasi membeli belah.
Terdapat pelbagai barangan yang dijual di arked ini seperti kasut, jam tangan, pakaian dan macam-macam lagi. Kesemua barangan ini dijual dengan harga yang berpatutan. Jadi, tidak hairanlah sekiranya arked ini mempunyai ramai pengunjung dan menjadi salah satu tempat menarik di Sapporo yang popular.
Di ruang bawah arked ini terdapat satu tempat membeli belah yang dikenali sebagai “Pole Town” yang membawa kepada stesen Subway. Akses untuk ke arked in sangat mudah. anda boleh menggunakan mana-mana pengangkutan awam dan menuju ke Stesen Tanukukoji.
5. Muzium Seni Hakodate Hokkaido – Muzium Seni Menarik di Sapporo
Muzium ini mempamerkan karya yang bertemakan “seni di Hokkaido selatan”, “seni dan kaligrafi Timur”, serta “seni moden yang berkaitan dengan watak dan simbol”. Kesemua karya yang dipamerkan ini mengandungi karya Koneko Otei iaitu seorang jurukhat yang terkemuka di Jepun.
Muzium ini dibuka pada jam 9.30 pagi sehingga jam 5 petang. Mereka menerima pengunjung terakhir pada jam 4.30 petang. Bayaran masuk yang dikenakan kepada pengunjung pula bergantung kepada pameran yang akan dipamerkan pada hari tersebut.
Untuk akses ke muzium pula, anda perlu menaiki trem untuk ke perhentian “Goryokaku-koen-mae” yang mengambil masa selama 17 minit. Sekiranya anda berjalan kaki, hanya memerlukan masa selama 13 minit sahaja.
4. Menara Jam Sapporo
Menara ini pertama kali dibangun pada tahun 1878 sebagai balai latihan ketenteraan untuk tujuan pertahanan. Namun, setelah tahun-tahun berlalu, ianya digunakan untuk berbagai keperluan lain selain latihan ketenteraan dan pendidikan jasmani.
Di tingkat pertama menara jam, ada sebuah pameran tentang sejarah perguruan tinggi, lengkap dengan artifak dari makanan siswa yang dimakan oleh mereka serta catatan yang mereka tulis selama masa pendidikan mereka.
Pada tingkat kedua, terdapat sebuah ruangan muzik dan model bagaimana jam itu bergerak. Terdapat sebuah kotak batu seberat 50 kilo dan loceng seberat 150 kilo digantung di bahagian bawah jam, yang berfungsi untuk membuatkan jam itu tetap bergerak selama lebih lebih dari satu abad.
Menara jam ini terletak berhampiran dengan Hotel Pearl City Sapporo yang memerlukan masa selama 10 minit sekiranya anda berjalan kaki dari selatan stesen JR Sapporo. Bayaran masuk ke menara jam ini adalah sebanyak ¥200 sahaja.
3. Daimaru Hokkaido – Pusat Beli Belah Menarik di Sapporo
Daimaru Sapporo di buka setiap hari termasuklah pada cuti tahun baru. Selain menjadi tempat membeli belah, Daimaru Sapporo juga mempunyai UCC Café Confort di tingkat 8 dan Pokemon Center Sapporo terletak di tingkat 6 di buka sehingga jam 10 malam.
Daimaru Sapporo turut menyediakan ruangan solat bagi pelancong Muslim yang ingin menunaikan solat ketika berada di dalam bangunan tersebut.
2. Sapporo Factory
Sapporo Factory merupakan pusat membeli besar yang terbesar di Sapporo. Tempat menarik di Sapporo, Hokkaido ini telah dibuka sejak tahun 1993 yang mempunyai lebih 160 kedai pakaian, cenderamata, restoran, kafe serta panggung wayang.
Pusat membeli belah ini dibuka pada jam 10 pagi sehingga 8 malam. Sapporo factory ini juga menyediakan ruangan solat bagi orang Muslim yang ingin menunaikan solat. Akses untuk ke Sapporo Factory juga sangat mudah iaitu jika berjalan kaki dari stesen bas Mae dan Tozai Subway Line hanya memerlukan masa sebanyak 5 minit sahaja. Akan tetapi, sekiranya berjalan kaki dari stesen JR Sapporo mengambil masa selama 15 minit.
1. Mt Moiwa Sapporo
Ianya merupakan salah satu pergunungan yang mengelilingi Hokkaido. Gunung ini mempunyai ketinggian setinggi 531 meter. Gunung ini merupakan gunung yang tertinggi di Sapporo dan mudah diakses dengan Ropeway atau Skylift.
Daripada atas gunung ini, kita dapat lihat pemandangan seluruh Bandar Sapporo. Pemandangan yang paling indah apabila berada di atas ini adalah ketika matahari terbenam. Untuk naik ke atas puncak, kita dikehendaki untuk menaiki “cable car”. Bayaran untuk ropeway beserta morris car adalah sebanyak ¥1,700 (dewasa) dan ¥850 (kanak-kanak).
Jom Ke Jepun, Melawat Tempat Menarik di Sapporo, Hokkaido.
Itulah antara lokasi menarik di sekitar Hokkaido yang boleh anda lawati sepanjang percutian anda di Sapporo. Bagi melengkapkan persiapan ke sana, anda bolehlah menempah tiket penerbangan dari AirAsia melalui promosi tambang murah yang sedang berlangsung ketika ini sehingga 30 September 2018. Hanya di airasia.com tau!