Let’s travel together.

10 Tempat Makan Best di Sabah | Restoran Popular dan Sedap

1,204

Mencari tempat makan best di Sabah? Tetapi tidak pasti yang mana? Kami kongsikan di sini 10 Terbaik pilihan rata – rata pelancong dan penduduk tempatan.

Gunung Kinabalu Sabah

Sabah bukan sahaja terkenal dengan tempat-tempat yang menarik malah ia juga terkanal dengan tempat-tempat makanan yang sedap. Oleh itu, tidak hairanlah bahawa Sabah adalah salah satu tempat destinasi pelancongan yang ada di Malaysia dan mampu menjana pendapatan dalam sektor pelancongan. Melawat tempat menarik di Sabah tidak lengkap jika tidak dihidangkan makanan yang sedap untuk menjamu selera. Oleh itu, kami disenaraikan beberapa destinasi selera tempat makan best di Sabah yang boleh dikunjungi oleh anda semua ketika melawat Sabah nanti.

10 Tempat Makan Best di Sabah | Restoran Popular dan Sedap

1. Warung Jawa

Gado Gado Warung Semarak best di SabahGado-Gado Di Warung Jawa, Taman Semarak adalah pilihan restoran tempat makan best di Sabah bagi mereka yang hadir ke Sabah khususnya Tawau jika mahu menikmati gado-gado. Gado-gado yang ada disitu adalah yang terbaik kerana dia dibuat ketika diminta dan lada itu di lenyekkan kemudian kacang ditaburkan ke atasnya. Sesiapa sahaja yang meilhatnya pasti membuatkan terliur ketika melihatnya. Selain gado-gado kedai itu juga turut menyajikan kuih muih yang berharga agak murah pada zaman kini iaitu 4 biji bersamaan RM1.

2. Soto Ayamku

Tempat makan best di Sabah Coto MakassarKedai ini terletak di Jalan Guru dan berhampiran dengan SMK Tawau. Coto Makassar, Bandar Sandakan. Warung ini banyak menyajikan makanan tradisional seperti Coto Makassar. Coto makassar adalah makanan tradisional bugis dan ia adalah sup yang berkuah yang di masukkan dengan bersama seperti ayam, daging,lembu atau organ dalaman. Kebiasaanya coto ini dimakan bersama dengan nasi..Kuahnya yang dimasak pekat, dihidangkan dengan keadaan panas,lengkap dengan rempah ratusnya dan limau kasturi membuatkan coto itu adalah yang terbaik di Sabah.

3. Kedai Kopi Mee Tauhu Tawau

Kedai Kopi Mee Tauhu TawauPilihan yang terbaik ketika berada di kedai ini adalah mereka menyediakan mee udang bersama telur dan tauhu. Tauhu yang disajikan dengan kepelbagaian seperti tauhu bulat, tauhu  putih, lada sumbat, tauhu terung atau tauhu peria membuatkan ia satu keunikkan ketika berada di Sabah. Ini adalah kerana kita sudah terbiasa dihidangkan tauhu dengan satu jenis tiba-tiba berada di kedai itu tauhu itu disajikan dengan berbeza. Selain itu, kedai ini juga ada sediakan nasi kuning yang dimakan bersama dengan lauk-lauk yang disediakan. Namun harga nasi kuning juga agak sedikit mahal kerana ia berbeza dari tempat lain.

4. Restoran Sri Mawar

Tempat makan best di Sabah Restoran Sri Mawar
Sumber: tripifyapp.com

Anda gemarkan makanan yang bergoreng? Disini kami kongsikan salah satu kedai makanan bergoreng yang paling sedap dan menjadi tumpuan di Sabah. Ini adalah kerana rata-rata pelancong dan orang tempatan mengesyorkan restoran ini. Sebagai contohnya menu yang ada adalah mee goreng yang dimasak bersama dengan udang yang segar membuatkan keenakkan mee goreng itu menjadi luar biasa. Sebagai rujukan restoran ini terletak di Lot 5,Ground Floor, Block B, Grandview Shop House, Taman Grandview, Off Jalan Buli Sim Sim,90000 Sandakan, Sabah.

5. Coto Makassar

Coto Makassar Kedai Makan Best SabahCoto Makassar yang terletak di Bandar Sandakan salah salah satu warung yang menghidangkan coto yang terbaik. Keadaan warung yang klasik dan hanya kipas sahaja membuatkan ketika anda menikmati coto sudah pastinya berpeluh. Keadaan ini memberi satu keunikkan pada mereka yang ingin berada dalam keadaan santai dan keenakkan  coto dan selera sudah pastinya bertambah. Harga yang ditawarkan juga adalah sangat murah seperti RM4-RM6 bagi setiap satu mangkuk.

6. Restoran Alice’s

Restoran Alice SandakanRestoran sedap di Sabah ini berkonsepkan kepada cina –muslim dan lokasi terletak di bandar Sandakan. Menu utama yang menjadi pilihan bagi para pelanggan adalah pau selain dimsum. Ini adalah kerana pau yang disajikan oleh pihak restoran berkeadaan besar, sedap dan gebu. Malah harga yang dikenakan juga adalah berpatutan. Terdapat beberapa jenis pau yang laku seperti pau daging, pau ayam.pau kari,dan sebagainya.

7. D’Sandakan Seafood Paradise

D’Sandakan Seafood ParadiseD’Sandakan Seafood Paradise adalah merupakan salah satu kedai makan yang menyediakan steamboat, grill buffet,shell-out dan ala-carte. Kedai ini sangat sesuai bagi mereka yang datang ke Sabah secara berkumpulan. Harga makanan laut yang  ditawarkan adalah berpatutan dan di samping masih dalam keadaan segar.Malah harga bagi steamboat dan grill adalah Cuma RM22 untuk seorang dan kita boleh makan sampai kenyang, namun bagi mengelakkan pembaziran pihak kedai turut mengenakan charge bahawa jika makanan yang diambil tidak makan akan dikenakan charge tambahan. Namun jika anda hendak ke sini, digalakkan untuk menempah dahulu jika tidak mahu balik dalam keadaan kecewa.

8. Telaga Indah Café

restoran sedap di sabah Telaga Indah CafeTelaga Indah Café adalah sebuah kedai yang biasa dilihat tetapi masakkannya tidak dapat ditandingi. Walupun restoran ini dimiliki oleh cina namun tukang masak dan pekerjanya adalah daripada orang muslim. Pilihan utama kedai ini seperti biasa adalah makanan laut tetapi yang membezakan kedai ini dengan kedai sekitarnya adalah makanan yang dihidangkan seperti kerang atau udang saiznya adalah besar kemudian harga yang ditawarkan membuatkan anda tidak percaya. Lokasi restoran ini terletak berhampiran dengan Dewan Masyarakat Tawau dan Perhentian Bas Tawau.

9. Indo Café II

Indo Café II TawauMenu pilihan yang boleh di cuba adalah sanggar cheese dan mango sago Chesse yang dihidangkan berkeadaan cair membuat ia menjadi lebih sedap. Selain itu, gado-gado juga turut dihidangkan di kafe ini dan turut menjadi pilihan jika anda singgah ke kafe ini. Kafe ini terletak di Tawau dan jika anda hendak ke kafe ini boleh menggunakan aplikasi google maps sahaja dengan menaip ‘indo cafe”

10. Restoran Sri Titingan

Restoran Sri Titingan Sabah
Sumber: mamatisya.blogspot.com

Tempat makan best di Sabah ini yang terletak di Tawau adalah merupakan salah satu restoran yang menyajikan makanan laut dengan harga yang murah dan menjadi tumpuan kepada para pelancong mahupun orang tempatan. Keadaan ini membuat restoran ini sentiasa berada dalam keadaan penuh. Walaupun restoran ini didatangi pelanggan yang ramai tetapi mutu perkhidmatan mereka tidak terjejas. Kita tidak perlu menunggu lama kerana mereka telah menyediakan perkihdmatan secara pantas dan cekap ditambah pula dengan ruang restoran  yang besar. Oleh itu, tidak rugi jika kita pergi ke sana ketika orang ramai.Waktu operasi mereka dibuka pada setiap hari pada pukul 11.00 pagi hingga 11.00 malam dan pada hari jumaat pada pukul 3.00 petang sehingga 11.00 malam.

Berdasarkan senarai tempat makan best di Sabah diatas, terdapat banyak tempat-tempat makanan yang menarik dan sedap di Sabah ini. Namun masih ada yang belum diterokai dan masih belum diketahui. Oleh itu, jika anda datang di Sabah wajarlah anda mencuba segala makanan yang terdapat di sana kerana tidak akan lengkap percutian anda nanti. Kongsikan mana-mana lokasi tempat makan best atau sedap yang anda pernah cuba di Sabah.

Leave A Reply

Your email address will not be published.