10 Aktiviti Menarik Di Janda Baik – Alam Semulajadi dan “Nature”
Isi Kandungan
- 10 Aktiviti Menarik Di Janda Baik: Pengalaman Percutian Yang Rare
- 10. Mandi Sungai
- 9. Berkelah
- 8. Berbasikal
- 7. Paintball
- 6. Menaiki ATV ( All Terrain Vehichle)
- 5. Program Team Building
- 4. Camping
- 3. Barbeku / BBQ
- 2. Waterfall Trekking
- 1. Menunggang Kuda
- Alami Pengalaman Percutian dengan Aktiviti Menarik di Janda Baik
Bercuti di Janda Baik Pahang sememangnya satu pilihan yang tepat dan baik kerana di sini anda dapat melakukan pelbagai aktiviti menarik di Janda Baik yang berfaedah di samping dapat mengeratkan silaturahim sesama keluarga dan rakan – rakan.
Janda Baik terletak di Negeri Pahang, ianya adalah sebuah kampung kecil Daerah Bentong. Lokasinya tidak jauh dari Ibukota Kuala Lumpur iaitu 30km sahaja dan hanya mengambil masa lebih kurang 30-45 minit dengan hanya melalui lebuhraya Krak-Kuantan.
10 Aktiviti Menarik Di Janda Baik: Pengalaman Percutian Yang Rare
Terdapat banyak port aktiviti menarik di Janda Baik seperti mandi sungai, memancing, membuat aktiviti BBQ, bersantai bersama keluarga, dan menghirup udara segar. Anda juga perlu pandai dalam memilih tempat dan kawasan resort yang banyak menawarkan aktiviti menarik dan yang paling penting harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi dengan kemudahan dan fasiliti yang disediakan. Jadi mari kita senaraikan beberapa aktiviti yang boleh dilakukan apabila bercuti di Janda Baik ini.
10. Mandi Sungai

Janda Baik memang terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan sebab itulah aktiviti mandi sungai ini sangat sesuai dilakukan apabila anda menjejakkan kaki di negeri Pahang ini. Anda tidak perlu risau kerana air sungai di sini sangat jernih dan bersih dan ianya bebas dari sebarang pencemaran bukan seperti di bandar – bandar yang sedang giat membangun.
Di sini anda boleh menikmati air sungai yang sangat sejuk dan yang paling seronoknya ai sungai di sini dikelilingi dengan kehijauan hutan. Jadi sambil mandi sambil itu anda dapat merehatkan minda anda dari kesibukan di kota.
Kebanyakan resort di Janda Baik ini terletak berdekatan dengan air sungai. Jadi jika anda ingin menjadikan aktiviti ini sebagai satu aktiviti sewaktu bercuti, anda perlu mencari resort atau chalet yang terletak berhampiran dengan sungai.
9. Berkelah

Berkelah atau berpicnic juga merupakan salah satu aktiviti yang boleh dilakukan apabila bercuti di sini. Terdapat beberapa pondok yang disediakan di sini dan anda hanya perlu membayar sekitar RM10 ke RM 20 sahaja bagi satu pondok.
Jadi jangan lupa bawa benda – benda penting sebelum berkelah seperti tikar, air mineral, jag air, plastik sampah, bekalan makanan dan sebagainya. Terdapat juga gerai yang menjual makanan Cuma lebih baik kita sendiri yang menyediakan makanan baru terasa seperti sedang berkelah.
Berkelah secara beramai – beramai pastinya dapat memberikan satu pengalaman yang terindah kerana dengan aktiviti ini anda boleh lebih berkomunikasi dengan sahabat andai dan juga keluarga anda. Suasana berkelah di sini memang sangat seronok kerana udaranya yang nyaman ditambah pula dengan air sungainya yang bersih dan sejuk. Rugi tau kalau tidak melakukan aktiviti sebegini sewaktu bercuti di Janda Baik.
8. Berbasikal

Bagi sesiapa yang ingin melihat keindahan alam dengan menunggang basikal anda bolehlah menyewa basikal dengan bayaran sebanyak RM20 sahaja bagi satu basikal. Anda boleh menunggang basikal dengan mengelilingi satu kampung dan melihat dengan mata sendiri bertapa cantiknya Kampung Janda Baik ini.

Bagi penggemar aktiviti ekstrem anda juga boleh menaiki set mountain bike untuk mengharungi jalan yang berliku – liku serta berbukit di sini. Memang satu pengalaman yang tidak akan dilupakan kerana anda akan lalui macam – macam curam di sini. Biasalah jalan kampung kan mestilah mencabar sedikit.
7. Paintball
Terdapat beberapa chalet atau resort yang menyediakan gelanggang paintball untuk para tetamu mereka. Ini merupakan salah satu tarikan yang disediakan untuk menarik lebih ramai pelanggan ke resort mereka.
Antara tempat yang menyediakan gelanggang paintball ialah Chalet Pak Daud. Jadi anda boleh bermain bersama rakan- rakan mahupun keluarga di sini. Kebiasaannya permainan paintball ini memerlukan kebijaksanaan dalam membuat strategik supaya anda tidak ditembak oleh pihak lawan.
Sememangnya permainan paintball ini sangat mencabar tetapi sangat seronok apabila bermain bersama kenalan.
6. Menaiki ATV ( All Terrain Vehichle)
ATV ride ini juga merupakan antara aktiviti yang boleh dilakukan di Janda Baik ini kerana kawasan di sini sangat sesuai untuk anda menaiki ATV ini. Bayaran yang ditawarkan adalah RM80 bagi 5 kilometer yang sekeliling kampung.

Bagi orang yang menggemari aktiviti ini pastinya mereka akan berasa seronok dan teruja. Janda Baik sememangnya sangat sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan untuk membuat aktiviti ekstrem. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mencuba pelbagai aktiviti yang mencabar di sini.
5. Program Team Building
Ada sesetengah resort dan chalet menyediakan ruang untuk para tetamunya membuat aktiviti dan program team building. Bagi syarikat atau sesuatu organisasi yang ingin menganjurkan program ini , anda bolehlah ke Janda Baik kerana kawasan ini juga sangat sesuai untuk dijadikan sebagai lokasi aktiviti seperti ini.
Di sini memang banyak tempat untuk team building seperti di Ashida Villa, Saufiville Resort dan banyak lagi. Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman melaksanakan aktiviti team building ini di Janda Baik.
4. Camping
Anda tidak perlu risau sekiranya anda tidak mempunyai khemah untuk bercamping di Janda Baik kerana di sini mereka menawarkan perkhidmatan menyewa khemah khas untuk bercamping. Saya jamin mesti anda akan merasa seronok apabila camping di sini kerana ianya terletak berhampiran dengan sungai ditambah pula dengan hutan yang kehijauan. Memang terasa seronoklah apabila camping di sini.
3. Barbeku / BBQ

Kalau datang bercuti di sini memang tidak sah jika anda tidak barbeku atau lebih dikenali sebagai BBQ di sini. Hampir kesemua resort dan chalet yang menyediakan peralatan dan kemudahan untuk anda barbeku.
Jadi anda tidak perlulah mengangkut peralatan BBQ dari rumah kerana mereka akan menyediakan peralatan BBQ di sini. Barbeku dengan keluarga dan dikelilingi dengan suasana kampung yang nyaman pastinya membuatkan anda sekeluarga rasa seronok di tambah pula dengan air sungai yang bersih serta persekitaran yang tenang, pastinya anda ingin berkunjung semula ke sini.
Anda boleh menjadikan ayam dan daging sebagai salah satu resepi BBQ anda. Seronoknya apabila menikmati masakan BBQ sambil menghirup udara yang segar di kawasan kampung Janda Baik ini.
2. Waterfall Trekking

Salah satu aktiviti menarik di Janda Baik yang popular adalah waterfall Trekking. Kampung Janda Baik sememangnya popular dengan kawasan air terjun dan sungai yang bersih dan jernih. Jadi memang kawasan ini sangat sesuai untuk aktiviti waterfall trekking dan bagi para pengunjung yang sememangnya gemar dalam dunia trekking anda jangan lupa melakukan aktiviti waterfall trekking ini di sini.
Banyak pengalaman yang boleh anda timba apabila trekking di kawasan ini. Selai itu juga, anda berpeluang melihat dengan lebih dekat keindahan alam yang terdapat di negeri Pahang ini. Apabila anda dah meneroka laluan air terjun ini, jangan lepaskan peluang untuk bermandi- manda di sini yang. Pastinya anda akan berasa sangat segar.
1. Menunggang Kuda
Bagi pelancong yang ingin mencari tempat untuk anda belajar menunggang kuda dan berlatih menunggang kuda, anda boleh lah ke resort Happy Paradise yang terletak di Janda Baik ini. Anda tidak perlu risau sekiranya anda kurang mahir dalam menunggang kuda kerana di sini akan ada pelatih yang mahir yang akan membantu anda dalam menunggang kuda dengan skill yang betul.
Anda juga boleh memberi makan kepada kuda pada waktu makan mereka. Jangan lepaskan peluang untuk melakukan aktiviti menunggang kuda ini apabila sampai di Kampung Janda Baik ini.
Alami Pengalaman Percutian dengan Aktiviti Menarik di Janda Baik
Sememangnya banyak aktiviti menarik di Janda Baik yang berfaedah yang boleh anda lakukan di Kampung Janda Baik ini. Di samping itu dengan adanya aktiviti seperti ini anda dapat mengeratkan silaturahim bersama keluarga dan rakan – rakan anda.
Pastikan anda mencuba kesemua aktiviti yang disenaraikan di sini ya kerana di sinilah anda dapat menambah pengalaman yang penuh bermakna di sini.